Thursday, May 17, 2012


CAP Minta Pulau Pinang Tangguh Projek Mega

    March 5, 2012

3 Comments


KUALA LUMPUR – Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa projek infrastruktur mega di Pulau Pinang dikemukakan tanpa rundingan awam.

Presiden kedua-dua badan bukan kerajaan (NGO) tersebut, S.M. Mohamed Idris mendakwa,  hal itu menyebabkan projek infrastruktur mega di negeri itu tidak mempunyai penyebaran maklumat yang mencukupi.

“Laporan akhbar baru-baru ini menyatakan Kerajaan Pulau Pinang akan memanggil permohonan bagi cadangan untuk membina terowong dasar laut sepanjang 6.5 kilometer dan projek ini dijangka dibiayai melalui pertukaran tanah dengan syarikat-syarikat yang bakal membangunkan projek berkenaan.

“Projek-projek besar bernilai berbilion ringgit ini sudah tentunya datang daripada sumber awam maka orang ramai perlu diberi maklumat lengkap mengenai manfaat dan kesan projek serta butiran pertukaran tanah supaya mereka boleh membuat keputusan bermaklumat mengenai keperluan projek mega seperti itu,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

S.M. Mohamed seterusnya mendakwa, menafikan hak awam berhubung perkara itu melanggar kriteria antarabangsa seperti Prinsip 10 Deklarasi Rio mengenai Pembangunan dan Alam Sekitar yang menyokong akses kepada maklumat alam sekitar, penyertaan awam dan akses kepada keadilan dalam perkara berhubung alam sekitar.

Malah, dakwanya, tindakan kerajaan negeri yang beria-ia melaksanakan projek-projek infrastruktur mega (seolah-olah) menidakkan peluang penduduk Pulau Pinang untuk turut serta dalam proses membuat keputusan terhadap isu yang akan menjejaskan kehidupan dan alam sekitar mereka.

“Tambahan pula kami masih belum melihat dan mengulas Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang terkini yang masih dalam proses penyediaan,” dakwanya lagi.

Justeru, katanya, pihaknya menggesa Kerajaan Pulau Pinang menangguhkan empat projek infrastruktur mega tersebut sehingga rundingan awam yang bermakna dan kajian kesan projek dibentangkan. – mynewshub.my

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Reduce Lottery, 4D, Toto, Horse Race - CAP
Najib Ulangi Janji Tidak Pinggirkan P.Pinang
Jambatan Kedua Pulau Pinang DiJangka Siap Awal
CAP Dakwa Hostel Reggae Amal Diskriminasi
Indeks Jenayah Pulau Pinang Menurun 20%
Ramai Lupa Kelebihan Herba Dalam Kesihatan
TPM Lawat Pulau Pinang Esok
Batang Lolipop Pendafluor Mengandungi Toksik?
Kerajaan Sekat Kemasukan Lolipop Pendaflour
Siasat Pencemaran Sungai Sepetang - CAP
MCA Pulau Pinang Siap Sedia Hadapi PRU-13
CAP Minta Haramkan Pukat Tunda
13 GRO Warga Asing Ditahan Di George Town
TPM Tiba Di Pulau Pinang Untuk Lawatan Kerja Sehari
Kereta Terbakar: Jambatan P.Pinang Sesak

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • http://adebrann.blogspot/ neena hs

    bagus… mencuba…

  • http://www.facebook.com/people/Akid-Zulqarnain/100002278223203 Akid Zulqarnain

    err… semua kena buat rundingan awam ke?

    -bapaknya Akid-

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100000398728623 Sitirohana Mahmud

    ermmmm……… 

G1M

Review http://mynewshub.my on alexa.com