Thursday, May 17, 2012


BN Youth Music: 12 Peserta Bakal Berentap

    March 3, 2012

1 Comment


PETALING JAYA – Pencarian pemuzik muda berbakat berstatus juara akan diketahui esok apabila 12 peserta berentap mempamerkan bakat masing-masing di peringkat akhir BN Youth Music 2011 di sini esok.

Program itu menerima lebih 1,200 penyertaan melalui saluran perkongsian video YouTube sejak dilancarkan November lepas serta menerima hits lebih daripada sejuta.

Program itu memasuki peringkat separuh akhir hari ini melibatkan pertarungan 30 peserta dalam tiga kategori iaitu vokal berkumpulan, solo dan band bagi menempah tiket ke akhir.

Pengerusi Biro Kebudayaan dan Kesenian Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar berkata, empat peserta terbaik bagi setiap kategori akan dipilih untuk ke pertandingan akhir esok.

“Pertandingan ini menjadi platform dan peluang kepada golongan belia dalam mengetengahkan bakat mereka dalam muzik melalui media sosial,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, pemenang bagi setiap kategori berpeluang untuk membuat rakaman dengan Syarikat Universal Music Malaysia selain akan membawa pulang hadiah wang tunai antara RM10,000 hingga RM20,000 berserta trofi. – BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

BN Youth Job Fair 2011 In Kedah July 1 - 3

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • http://www.facebook.com/profile.php?id=1404431242 Ahmad Ash

    joget2..ewahh..hahaha

G1M

Review http://mynewshub.my on alexa.com