Thursday, May 17, 2012


Mawi Kongsi Gambar Cahaya Malaika Bersama Peminat

    March 2, 2012

37 Comments


KUALA LUMPUR – Meskipun pada awalnya kurang bersedia untuk mendedahkan bayi sulung, Mawi akhirnya bersetuju untuk berkongsi gambar anak pertamanya itu bersama peminat melalui laman sosial Facebook milik Astro.

Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani turut mengumumkan telah memilih nama Cahaya Malaika untuk puterinya itu, hasil perkahwinannya bersama Nora’Asikin Rahmat atau lebih dikenali sebagai Ekin.

Bekas juara Akademi Fantasia musim ke-03 itu memaparkan gambarnya mendukung Cahaya Malaika yang kelihatan begitu comel berpakaian sedondon berwarna merah.

“Abi dan Cahaya Malaika,” kata pihak pengendali laman Facebook Astro di gambar yang tersiar semalam itu.

Sehingga kini, lebih 4,300 peminat sudah menekan butang ‘likes’, lebih 500 peminat berkongsi gambar tersebut di laman masing-masing dan sudah lebih dari 750 orang sudah memberikan komen mereka pada gambar tersebut.

Rata-ratanya para peminat tidak putus-putus mengucapkan tahniah kepada Mawi dan Ekin serta ada pula yang mengatakan wajah Cahaya Malaika yang lebih mirip kepada ibunya.

“Mmg comey gler!!muka ikin sbijik..cute la..tgk cahaya malaika ni trus lg xsbr nk shopping brg bb GURL..,” kata salah seorang peminat, Kartini Ramli.

Biar mirip siapa pun, penulis ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan tahniah kepada Mawi dan Ekin atas kurniaan Allah SWT yang tidak terhingga itu serta diharapkan agar menjaga amanah tersebut sebaik-baiknya.

Semoga rumahtangga Mawi dan Ekin lebih utuh dengan kehadiran Cahaya Malaika dengan kerahmatan dan kebahagiaan dariNya.

Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Hamid Gurkha Kecewa Di Letak Harga Rendah
Norman & Memey Sah Bergelar Suami Isteri
Kak Pah Mahu Buat Konsert Dengan Siti Nurhaliza
Rahsia Aishah Turun Berat Badan 23 Kilogram
Senarai Dan Gambar Pemenang AIM 18
Johan Raja Lawak Belum Terima Surat Peguam Ogy
Pemuda PAS Ajak Artis `Berhijrah'
Artis, Golongan Muda Biadap, Kurang Ajar!
Norish Karman Hamil Anak Luar Nikah?
PANAS!!! - Gambar Lisa Surihani Dalam Aksi Ala-ala Lesbian?
Fahrin Nafi Bercinta Dengan Pelajar UPM
Dang Suria ‘Celupar’ Dalam On Air?
Penyanyi Dan Pelakon Terkenal 70-an, Latiff Ibrahim Meninggal Dunia
Ana Raffali Selamat Dinikahkan Dengan Naim
Azza Sah Isteri Kepada Pramugara Air Asia

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • http://www.facebook.com/people/Hani-Raidah-Abd-Yasin/100000607150573 Hani Raidah Abd Yasin

    cahaya malaika….

  • Hoho

    Knp pilih nama cahaya malaika?

  • Emelyea

    Tahniah Mawi & Ekin, Apa makna disebalik nama tu?

  • http://www.facebook.com/people/Elia-Alia/100002283838309 Elia Alia

    kenapa “cahaya malaika” kenapa x trs jew tls “cahaya malaikat” cuma tmbh T jew  

    • Iqachocola

      cahaya permaisuri 

    • http://profile.yahoo.com/DWZSWUSAN7W6PJLEH4DB63CI4U Kelas Group

       anak dia bukan malaikat,-,-”malaika maksud lain

  • Puteri_illusia

    cahaya malaika maksudnya cahaya permaisuriku ~ =)

  • lavender

    comelnyer ank dia….harap bleh dpt ank secomel ini…

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=1402560171 Ef Garfield

    comelll

  • http://www.facebook.com/dama.amore1 Khairul Naim Saedin

    tahniah sbb dh jdi bapak

  • sue79

    cumilll

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=1049863857 AZzma Nor

    comeyy~

  • http://adebrann.blogspot/ neena hs

    comel

  • http://www.facebook.com/people/Naim-Miller/100003555802590 Naim Miller

    comell…name pon cantik cahaya malaika…

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=1588264748 Nurul Najihah

    congrates…comel baby tu…gram tgok mulut dye…rase nak gigit…huhu

  • AA

    comel!

  • Ibnrahman_91

  • Eika_7738

    cumeyyyy sgtttt….tahniah……

  • Deelyz

    Tahniah Mawi & Ikin semoga dimurahkan lagi rezeki

  • http://www.facebook.com/p.arevolver Pa Revolver

    tahniah mawi & ekin…lps nie buat lahhh bnyk2 lg ye anak…hahhaa

  • http://www.facebook.com/people/Alia-Najwa/1568931568 Alia Najwa

    comelnye baby!geram2!

  • Masak_rrj

    Selamat kpd mawi,ekin,dan cahaya malaika iaitu puteri sulung mawi dan ekin smoga terlahir nya puteri sulung ini rzeki mawi dan ekin bertambah2,,,,smoga allah merestui khidupan kuarga anda dunia akhirat aminnn lg 1 yg penting buat knduri doa selamat sempena kelahiran bayi sulung anda

  • Tuan Azman Putra

    Allhamdullilah…tahniah pada kedua Mawi & Ekin
    permata hati tiba jua akhirnya…
    moga dgn kehadiran Cahaya akan terus menyinari
    kalian beruda…..InsyaAllah….

  • http://www.facebook.com/people/Senyum-Saja/1600912326 Senyum Saja

    ala tomey2!

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=1485290252 Monica Lok

    tahniah..baby anda memang comel.. :)

  • http://twitter.com/aindayah95 dayahCHUL

    tahniah~ sedap lah name anak mawi&ekin ^.^ 

  • Fifi safiah

    tahniah mawi…comel sgat2 ank mawi 2..

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=1519585491 Bib Abdul Hamid

    comellllllll!!!! tahniah mawi n ekin

  • smiley..

    bergelar ayah..

  • pedustanwar

    alhamdulillah..akhirnya.murah rezeki

  • miss_ira

    mmg comel bby ekin ngn mawi nih…like byk2=)

  • Mom_jah

    Tahniah comelnya teringin nak nak tengok semoga menjaadi anak yang solehah dan tambah anak lagi

  • MUHDSYAHMI

    kenapa pilih nama cahaya malika?

  • ish..ishh..

    tahniah mawi.atas berkat kesabaran,akhirnya membuahkan satu anugrah yg x ternilai.

  • Zurra_94

    Sorry tu say la. Nama anak dia mcm nama orang indonesia la….
    Nanti org yg tak kenal anak mawi ni mesti ingt die org indo……

  • SomeoneCaithilinn

    Okayler nme tu , Nnti ade anak bgi nme krg pnya pilihan , ni anak org. Tkleh nk komen2 kann? 

  • Hamba allah

    asl bgi nma mcm tu … tpi klau nk fkirkn blek .. ssuai jgk nma tu dngn ank dia :) 

    Jangan marah ye .. sy nk bri pndapt je 

G1M

Review http://mynewshub.my on alexa.com