- Malaysia Hotel: Tempah Hotel di Jom.com.my untuk Menikmati Kadar Diskaun Online
- Kekalkan Keseimbangan Aura agar Elemen Positiviti Melingkari Kehidupan Anda.
- Pendaftaran Badal Haji 1433 / Tahun Masihi 2012 DIBUKA SEKARANG!
- ++ALAT SENAMAN LELAKI DI BILIK MANDI++
- [ BISNES ] - Agen e-Reload 1 Malaysia diperlukan
- P-A-N-A-S-S-S..!!! Rahsia "KEBESARAN" Suami Saya Yang Didambakan Setiap Wanita...
NEW YORK — Datin Seri Rosmah Mansor berharap lebih ramai anak-anak Malaysia yang berbakat dalam bidang seni pentas diberi peluang menuntut di Juilliard School, sebuah institusi yang terkenal kerana telah melahirkan ramai pemenang anugerah Grammy, Emmy dan Pulitzer antara lainnya.
“Malaysia amat berbesar hati dapat menjalin hubungan dengan Juilliard School dalam bidang seni pentas,” katanya sempena lawatannya ke sekolah itu di sini pada Khamis.
Beliau tiba pada Rabu dalam rangka lawatan empat hari sempena mesyuarat Suruhanjaya Mengenai Status Wanita (CSW) Pertubuhan Bangsa Bersatu yang sedang berlangsung di sini. Beliau dijadual berucap pada Jumaat.
Rosmah, yang juga penaung Permata Negara, berkata di bawah program Permata Seni, ramai artis seni pentas berusia antara tujuh dan 17 tahun telah dikenal pasti untuk diberi pendedahan antarabangsa.
Beliau gembira kerana pemuzik muda, Tengku Ahmad Irfan Tengku Ahmad Shahrizal, 13, telah menjadi rakyat Malaysia yang pertama diterima masuk ke sekolah berprestij itu, dan berharap dengan tunjuk ajar pemain piano terkenal, Dr. Yoheved Kaplinsky, anak muda itu dapat menjadi seorang ahli muzik terkenal di peringkat dunia.— BERNAMA
Iklan Teks:


