Thursday, May 17, 2012


TPM Mahu BN Terengganu Perkukuh Kedudukan

    March 1, 2012

No Comments


KUALA TERENGGANU – Barisan Nasional (BN) Terengganu perlu memperkukuhkan kedudukan dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata walaupun Terengganu dilihat sebagai ‘negeri biru’ yang menyaksikan BN menang dengan majoriti besar pada pilihan raya umum yang lalu, parti itu tidak boleh merasa selesa.

“Ini negeri BN, BN kuat di sini, kita menang dengan majoriti besar di Parlimen dan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), kita mahu ia kekal begitu.

“Kalau boleh kita perkukuhkan lagi terutama di kawasan majoriti (undi)tidak besar atau kawasan yang jatuh ke tangan pembangkang, kita tebus balik kawasan kita. Saya pasti pimpinan BN dan komponen di Terengganu dah sedia bagi memastikan ia terus kekal di bawah BN,” katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Muhyiddin yang dalam rangka lawatan sehari ke Terengganu hari ini sebelum itu mengadakan perjumpaan khas bersama penjawat awam negeri dan persekutuan di Stadium Negeri di sini. Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.

Timbalan Perdana Menteri berkata beliau akan mendengar taklimat berhubung situasi politik semasa di Terengganu yang akan disampaikan Menteri Besar hari ini.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden BN berkata sekiranya ada sebarang isu yang timbul, perlu diselesaikan dengan sebaiknya agar ia tidak menjejaskan masa depan parti itu di Terengganu.

“Paling penting, kita selesai isu dan masalah dalam kepimpinan dengan duduk (bincang) bersama, Menteri Besar mungkin boleh jadi moderator, kalau ada masalahlah. Kita nak jentera licin dan tidak terganggu.

“Jika ada isu, ia akan menggugat kedudukan kita dalam pilihan raya umum nanti,” katanya.

Sementara itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata kekosongan jawatan Pengarah Pelajaran negeri Terengganu akan diisi dalam masa terdekat. Jawatan itu kosong sejak Pengarah Pelajaran sebelum ini, Razali Daud bersara akhir tahun lalu. – BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Terengganu Put Celebrations On Hold
Investment Boost For Terengganu Fishing Sector
Freshwater Fish In Demand In Terengganu
Terengganu Bakal Jadi Tuan Rumah ISTAF
Che Mat: Penyu Tidak Akan Menangis Lagi
T'ganu Beri Perhatian Bantu Sekolah Luar Bandar
Banjir Mula Landa Setiu, Hulu Terengganu
Jumlah Mangsa Banjir Di Terengganu Meningkat
Lebih Ramai Dipindahkan Di Terengganu & Kelantan
Henti Aktiviti Cari Benih Ikan Kerapu Di Terengganu
Terengganu Dilanda Banjir Kali Kedua
Hampir 500 Bas Ekspres Diperiksa Di Terengganu
Muhyiddin Melawat Terengganu Esok
Terengganu Jadi Destinasi Sukan Pacuan 4x4
Penyokong Terengganu Berang!

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
G1M

Review http://mynewshub.my on alexa.com