Thursday, May 17, 2012


109 Kes Baru HFMD Dilapor Di Seluruh Sarawak Hari Ini

    March 1, 2012

1 Comment


KUCHING – Sebanyak 109 lagi kes baru penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dilaporkan di Sarawak Khamis dengan kes tertinggi dicatatkan di bahagian Kuching iaitu 45 kes.

Jabatan Kesihatan Negeri dalam satu kenyataan di sini menjelaskan selain Kuching kes terbaru turut dilaporkan di Samarahan (24 kes), Bintulu (12), Sri Aman (lapan), Sarikei dan Miri masing-masing enam kes, Mukah (lima), Sibu (dua) dan Betong satu kes.

Empat sekolah iaitu masing-masing tiga di Kuching dan satu di Betong turut diarah tutup hari ini untuk mengelak wabak penyakit tersebut daripada terus merebak.

Daripada 1,621 kes setakat ini hanya lapan pesakit masih lagi mendapat rawatan di beberapa wad hospital di negeri ini manakala tiada kes serius yang dilaporkan.

Menurut kenyataan tersebut secara keseluruhannya kes masih lagi meningkat khasnya di bahagian Kuching dan Samarahan manakala orang ramai dinasihati sentiasa mengutamakan tahap kebersihan diri dari semasa ke semasa. – BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

2,919 HFMD Cases Reported So Far This Year
Hand-Foot-Mouth Disease Now Under Control
HFMD Terkawal Di Sabah - Rosnah
Kes HFMD Di Sarawak Makin Menurun
Kes Baru HFMD Di Sarawak Turun Kepada 49
HFMD: Lebih 3,000 Kes Dicatat Di Sarawak
Sekat Wabak Penyakit Tangan, Kaki, Mulut
Kes HFMD Di Sarawak Meningkat
89 Kes Baharu HFMD Dicatatkan
HFMD: 83 Kes Baru Dilaporkan Hari Ini
66 Kes Baru Dicatatkan Di Sarawak Hari Ini
HFMD: 45 Kes Baru Dilaporkan

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • http://www.facebook.com/people/Hairul-Pyrex/100000476650639 Hairul Pyrex

    Infeksi dari Coxsakie virus A

G1M

Review http://mynewshub.my on alexa.com