Thursday, May 17, 2012


Rumah Nabil Di Mambau Dipecah Masuk

    February 29, 2012

5 Comments


SEREMBAN – Kediaman pelawak terkenal  tanah air, Ahmad Nabil Ahmad atau lebih dikenali  sebagai Nabil dipecah masuk sekumpulan  penjenayah di Kampung Masjid, Mambau di sini  hari ini.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 9.55  pagi apabila penjenayah itu memecah masuk  rumah keluarga juara Raja Lawak musim kedua itu  yang kini dihuni oleh bapa saudaranya melalui  bahagian belakang rumah itu.

Menurut bapa saudaranya, Rahmat Abd. Latiff,  55, kejadian itu disedari sebaik sahaja dia tiba di  rumah selepas pulang menghantar anak  perempuannya ke tempat kerja di sebuah pusat  beli-belah berhampiran.

“Saya nampak pintu belakang rumah sudah  terbuka dan kesan umpil pada jeriji tingkap di salah  sebuah bilik tingkat bawah.

“Tanpa berlengah, saya bergegas masuk ke dalam  rumah dan mendapati bilik tidur diselongkar, habis  semua pakaian sudah bersepah di atas lantai,”  katanya di sini hari ini.

Menurut Rahmat, setelah diperiksa, sebuah  komputer riba jenis Lenovo milik anaknya yang  berharga RM3,000 lesap.

“Ini kali pertama rumah ini dipecah masuk. Saya  kemudian membuat laporan di Balai Polis  Mambau sejurus selepas kejadian,” kata Rahmat  yang menetap di rumah itu sejak dua bulan lalu.

Difahamkan, Nabil bersama ahli keluarganya kini  menetap di Kuala Lumpur dan jarang pulang ke  rumah itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten  Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika  dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan  berkata, kes ini disiasat mengikut Seksyen 457  Kanun Keseksaan iaitu pecah rumah. – mynewshub.my

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Guru Rugi RM6,000 Rumah Dimasuki Pencuri
Nabil Bakal Gantikan Sharifah Shahirah?
Mampukah Nabil Naikkan Rating Suria FM?
Remaja Terlibat 10 Kes Pecah Rumah Ditahan
Tiga Lelaki Terlibat Pecah Rumah Diburu
Polis Cari Suspek Pecah Rumah Berkereta Kancil
3 Lelaki Geng Pecah Rumah Mati Ditembak Polis
Polis Tumpas Geng Pecah Rumah Di Cheras
Pecah Rumah: Tiga Pelajar Antara 10 Ditahan
3 Suspek Pecah Rumah Ditahan Polis
Tukang Paip Disyaki Terbabit Kes Pecah Rumah

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • Lya

    nasib baik takde sapa dekat rumah..harta benda tuh boleh cari lagi..kalo nyawa takleh..

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100000239534341 NursyafinasMazlan Thechubbypin

    penat2 masuk pencuri ni amik lappy jer! =.=”
    bhahahaha!~ dosa tetap dosa.

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100000506033136 Leeyana Leeya

    harap org yg mencuri tu dh dpt ditangkap…xder wat kt umh org len..

  • http://www.facebook.com/people/Lagenda-Novel/100001036993673 Lagenda Novel

    nabil ko kayo ko?

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100000791675711 Aizan Aziz

    ayoooo

G1M

Review http://mynewshub.my on alexa.com