Thursday, May 17, 2012


Anak Tun Mahathir Ceburi Bidang Teater

    February 29, 2012

10 Comments


KUALA LUMPUR – Mazhar Mahathir, 28, anak angkat kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sekarang ini melebarkan kerjaya dirinya dengan menceburi bidang pementasan teater.

Mazhar berkata dalam laporan berita mStar Online, ibu dan bapanya tidak pernah menghalang pilihannya untuk bergiat aktif dalam bidang teater meskipun ditentang oleh bapanya pada peringkat awal untuk dia memulakan karier sendiri.

Tetapi, berkat usaha dan pujukan, Mazhar berjaya meyakinkan Tun Mahathir untuk berusaha bersungguh-sungguh mengejar cita-citanya sendiri.

“Beliau juga seperti bapa-bapa lain di dunia yang sentiasa mahukan terbaik untuk anaknya dan saya tidak terkecuali. Pada awalnya beliau memang kurang senang dengan pilihan saya tetapi apabila melihat kesungguhan saya, dirinya sudah boleh menerima.

“Malah beliau banyak memberi sokongan dan dorongan untuk saya lebih berjaya dan bersemangat mengejar cita-cita,” kata Mazhar.

Selain itu, dorongan dan sokongan yang diberikan oleh ibunya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali sentiasa memberikan dia semangat untuk lebih bergiat aktif dalam bidang seni itu.

Mazhar berkata lagi, ibunya sentiasa akan turun padang dan menonton lakonan teaternya sekiranya mempunyai kelapangan masa untuk berbuat demikian.

“Kebetulan siri Upin & Ipin adalah kegemarannya dan dia begitu teruja untuk melihat aksi saya dalam teater muzikal ini. Kehadirannya pada majlis pelancaran ini juga adalah begitu bermakna buat saya,” ujarnya.

Bercerita mengenai perjalanan karier seninya, Mazhar sekarang ini sedang aktif menyertai pementasan teater siri Upin & Ipin yang mampu memberikan peluang kepada dirinya untuk mengasah bakat serta membuka mata ramai pihak dengan bakat lakonan yang dia tonjolkan.

Dibesarkan oleh tokoh terkemuka negara dan dalam pengaruh keluarga yang besar, Mazhar tidak pernah lari dari kenyataan dirinya sering dikaitkan dengan nama ibu dan bapanya.

Bagi anak teruna Tun Mahathir ini, dia tidak kisah jika masyarakat sering mengaitkan nama bapanya dalam dunia seni yang bakal ditempuhi itu nanti.

Bagaimanapun, dia lebih selesa untuk hidup berdikari dan berdiri di atas kaki sendiri walaupun sudah terbiasa dengan keadaan dan digelar anak orang terhormat.

“Saya tidak kisah orang sering nak kait-kaitkan saya dengan siapa ibu bapa saya tetapi sebolehnya mahu masyarakat menilai saya melalui bakat dan bukannya kerana siapa saya,” katanya.

Oleh: NAIMAH SHAARI

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Dr M To Be Witness In Dr Ling's Cheating Trial
Tun Mahathir Yakin 9/11 Adalah Konspirasi AS
TPM Tonton Teater The Secret Life Of Nora
Teater Upin & Ipin The Muzikal Kos RM2 Juta
Watak Mazni Paling Mencabar Erra Fazira
"Saya Sokong Najib Kerana Beliau Yang Terbaik" - Dr M
NGO Tajaan AS Nak Bantu Guling Kerajaan- Dr.M
Proton Akan Kekal Sebagai Kereta Nasional
Apakah Hak M'buat Rayuan Hanya Pada Anwar?- Tun M
Tun M Dianugerah Ijazah Kehormat Universiti Thai.
Akui Balas Surat, Tolak Hubungan Dengan Israel
M'sia Upaya Ada Sistem Sendiri Yang Unik
Surat Dr Mahathir Kepada Yitzhak Rabin
Tun M Saran MAS Belajar Daripada Airasia
M'sia Kini Galas Penampilan Sebagai Negara Maju

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • http://www.facebook.com/people/Lagenda-Novel/100001036993673 Lagenda Novel

    suspen je ingat anak betul..apa2 pun cayalah!

  • LOL

    haha.. Dato Mukhriz Mahathir x jeles ka? :P

  • http://adebrann.blogspot/ neena hs

    hebat!

  • http://www.facebook.com/people/Akid-Zulqarnain/100002278223203 Akid Zulqarnain

    kehkeh… janji u suka apa yg u buat & tak bertentangan ngan hukum-hakam, mak-bapak nak halang sampai bila? diorang pun nak tgk anak2 diorang happy… all the best! :)

    -bapaknya Akid-

  • matkota

    anak angkat bleh bin pada bapak angkat ke?..

    • Muhammad Fakhrul Alif

      Mazhar Mahathir…komersial name je….. kan pelakon……

    • ms mym fuzi

       boleh kot kalo anak angkat itu disusukan oleh ibu angkat nye tu… dah jadi mcm anak sndiri dah..

      • matkota

         Ish mana adanyer..ikut hukum mana plak..kan mmg dah kata mesti bin kepada Abdullah..adusss..

  • alexandria

    wow…kaya sgt da ni..

  • akulah

    all the best to you 

G1M

Review http://mynewshub.my on alexa.com