Thursday, May 17, 2012


PR Lawan BN Atau Kaum Cina Lawan Kerajaan?

    February 27, 2012

14 Comments


Oleh:  Iskandar Zulfi

Semalam, Himpunan Hijau 2.0 diadakan di Kuantan bagi menghalang projek Lynas dari beroperasi.   Kilang Lynas terus ditohmah sebagai kilang nuclear yang merbahaya kepada alam sekitar dan manusia kerana berpotensi membebaskan radioaktif dan mencemarkan udara dan tanah.

Kilang itu juga ditohmah sebagai diuruskan oleh warga Australia tetapi hakikatnya ia adalah dibawah pengurusan rakyat Malaysia dengan dibantu oleh pakar-pakar dari China dan India.

Hakikatnya juga kilang tersebut bukanlah kilang nuklear tetapi adalah kilang memproses bahan kimia biasa.   Radiasi yang berpotensi dikeluarkan oleh kilang ini juga adalah jauh lebih rendah dari radiasi dari menonton TV.   Risiko penyebaran radioaktif melalui udara dan tanah juga adalah terlalu kecil memandangkan gas Radon dan Thoron yang dikeluarkan mempunyai jangka hayat yang terlalu pendek dan tidak mampu tersebar jauh kerana akan bertukar bentuk menjadi pejal hampir serta merta.

Pun begitu, premis Lynas dibina mengikut standard tertinggi bagi mengelak sebarang risiko penyebaran, penyerapan atau pendedahan radioaktif dengan lantainya ditinggikan sehingga 4.15 meter dari paras air dan tebingnya dibina dengan ketinggian 9m.

Pendek kata, Lynas menepati piawaian penguatkuasaan nuklear dan atom antarabangsa dari segi produk, proses dan bahan buangan.

Namun, entah kenapa semua fakta-fakta saintifik ini diketepikan oleh pihak-pihak tertentu untuk terus menyerang Lynas.  Lebih buruk apabila Pemuda MCA Indera Mahkota sendiri mengambil pendirian untuk bersama-sama pembangkang mempolitikkan dan menentang Lynas.

Malah David Choi, ketua pemudanya seolah-olah mengugut BN bahawa BN akan tumbang sekiranya tidak menghentikan operasi Lynas.  Sedangkan sepatutnya beliau berusaha memberi penerangan tentang kebenaran mengenai Lynas dan bukan turut mewar-warkan dan menyokong tuduhan liar pembangkang.

David Choi juga mengakui bahawa Himpunan Hijau yang diadakan disertai oleh majoritinya kaum Cina.  Dan, katanya, kaum Cina bersatu menentang Lynas.  Walaubagaimanapun, difahamkan majoriti mereka juga bukanlah warga Gebeng tetapi datang dari jauh semata-mata untuk ‘membela’ nasib rakyat Gebeng.

Tindakan mereka yang menutup telinga dari mendengar hujah saintifik Lynas amat memusykilkan kita.   Keengganan mereka mendapatkan injuksi mahkamah tetapi hanya ingin terus membuat protes jalanan menentang Lynas meningkatkan lagi kemusykilan kita.

Apakah ada agenda lain di sini, selain dari mempergunakan nama alam sekitar untuk tujuan politik PKR?   Apakah ada tangan-tangan luar yang mencaturkan permasalahan ini?   Atau apakah ia sekadar satu lagi usaha sesuatu golongan untuk menguji kekuatan?

Dalam ertikata lain, apakah penentangan terhadap Lynas bukan lagi soal PR melawan BN tetapi soal kaum Cina melawan kerajaan?

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

15% Penjawat Awam Terpengaruh Isu Lynas
Lynas Berbeza Dengan Asian Rare Earth (ARE)
Hijau 2.0: Polis Berkas Suspek Belasah Wartawan
PAS Akan Terus Bantah Lynas
“Namewee Lynas" Cara Generasi Lepas Geram?
Riwayat Politik Che Rosli Wajar Ditamatkan
DAP Enggan Sertai PSC Mengenai Lynas
Pandangan Akademia Input Penting Dalam Soal Lynas
AELB Dikehendaki Fail Afidavit
Fakta Kilang Lynas Yang Anda Mahu Tahu
PSC : Lynas Diteruskan Tanpa P'bangkang
Demonstrasi Lynas Semakin Tidak Dapat Sambutan
PSC Lynas Lawat Lokasi Kilang Khamis Ini
Lynas Tiada Impak Negatif Ke Atas MCKIP
Projek Nadir Bumi Iktiraf Kemampuan Negara

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • Pelancong

    tak suka politik tak sukaaaaaaaaa~

  • Anonymous

    Politik skang ni makin mengarut

  • kamariah

    Cina sanggup bersatu untuk mempertahankan nasib bangsa mreka…Melayu sajalah yg still di takuk lama dgn kebodohan dan perasaan hasad dengki

  • http://www.facebook.com/zaza.arifin Julieyza Zaza Arifin

    mmg da termaktub diaorg nk jd PM…gila kuasa!!!!

  • taikotai

    Kat Malaysia ni,trafik light mati pun xde org nak betulkan…jln spai jem teruk pun x dibaiki lagi..apa pun x boleh!!!

  • anti-racist

    bg aku xpyh la nk perkauman sgt..my mom is chinese..so aku trasa bila korg ckp cm2..klu mlibatkn agama baru aku akn boikot..ni psal chinese is nothing la..korg tau x knapa diorg rmai??sbb diorg nmpak future..diorg dh pngalaman..tgk kt bukit merah dlu..spe yg ramai jd mngsa???????kaum cina rite..so xpyh la nk prkauman sgt la klu agama islam pn masih tunggang langgang lg kt mlysia..so plz la celik mata

    • http://www.facebook.com/people/Akid-Zulqarnain/100002278223203 Akid Zulqarnain

      sokong!… kadang2 aku pun sendiri terasa ‘malu’ bila kat sini sket2 hentam kaum je.. terutama kaum cina yg kena bambu… lg pun semua bangsa/kaum ada org jahat/baik so takleh terus cakap semua jahat/baik hanya berdasarkan tindakan segelintir… having said that aku tetap tak sokong kaki2 racist tak kira la apa bangsa pun… dalam Islam org tak tgk kaum la! org tgk agama… u all leh pilih ke siapa mak bapak u? sendiri mau ingat la…. bangang tahap cipan… pegi hidup ngan cipan lagi baik la… jgn menyusahkn manusia lain!

      -bapaknya Akid-

  • http://adebrann.blogspot/ neena hs

    betul kata kamariah!

  • http://www.facebook.com/people/Akid-Zulqarnain/100002278223203 Akid Zulqarnain

    ‘abang’ Iskandar Zulfi sila jangan buat andaian yg sengaje mencucuk api kemarahan orang… berdosa gak tahu tak?

    -bapaknya Akid-

  • Kluklexklan

    ok aper LYNAS tu semua yang dok pi berhimpun tu masyukkkk …. temberang jer semua nie bangsat

  • lala

    no komen

  • Anonymous

    aku tgh tunggu kisah brader ameno blasah peserta demo. mane nih ? MNH x nk siar ke ? kekeke

  • JUmadi

    org cina dipersilakan saman mynewshub ………. ni artikel fitnah !!!!!

  • http://profile.yahoo.com/G232OB3WFZDEL64BCUNIQYZ2PM Rayyan

    tempat aku ada cina cakap melayu ni pendatang.. hahaha.. kena simbah kuah laksa la depan org ramai ngn bdk mlayu.. 

G1M

Review http://mynewshub.my on alexa.com