- Malaysia Hotel: Tempah Hotel di Jom.com.my untuk Menikmati Kadar Diskaun Online
- Kekalkan Keseimbangan Aura agar Elemen Positiviti Melingkari Kehidupan Anda.
- Pendaftaran Badal Haji 1433 / Tahun Masihi 2012 DIBUKA SEKARANG!
- ++ALAT SENAMAN LELAKI DI BILIK MANDI++
- [ BISNES ] - Agen e-Reload 1 Malaysia diperlukan
KUALA LUMPUR – Bertenang. Itu permintaan Persidangan Pertubuhan Islam (OIC) terhadap seluruh umat Islam berhubung insiden pembakaran al-quran di Afghanistan baru-baru ini
Setiausaha Agung OIC, Profesor Ekmeleddin Ihsanoglu berkata, OIC merayu umat Islam termasuk penduduk Afghanistan supaya mengelak keganasan ekoran kejadian itu.
“Penduduk Afghanistan dan lain-lain negara bertenang dan elakkan keganasan,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Pada 25 Februari lalu media melaporkan sekurang-kurangnya empat penunjuk perasaan terbunuh ketika kumpulan itu cuba menyerang bangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di daerah Kunduz, utara Afghanistan.
Korban itu menjadikan jumlah maut pada protes berhubung pembakaran al-Quran di pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di negara berkenaan meningkat sekurang-kurangnya 30 orang.
Pada 22 Feb lalu, Ihsanoglu telah meminta siasatan menyeluruh diadakan agar tindalan segera dapat diambil terhadap pihak yang terbabit dengan kejadian tersebut.
Malaysia turut mengecam tindakan tersebut dan menyifatkan pembakaran itu sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.
Iklan Teks:


