Thursday, May 17, 2012


Mr. Bean Pula Dikatakan Meninggal Dunia?

    February 27, 2012

22 Comments


Keghairahan sesetengah pengguna laman sosial Twitter yang menggunakan medium komunikasi popular itu untuk menyebarkan maklumat mampu mengundang bahaya disaman, ditahan pihak berkuasa dan mencetus provokasi melampau di kalangan masyarakat.

Ada di antara pemilik akaun laman Twitter yang kurang bertanggungjawab telah menyebarkan berita-berita kontroversi atau palsu mengenai individu terkenal dan berpengaruh.

Antara yang pernah menjadi mangsa ‘permainan’ pengguna Twitter ialah pelakon popular tanahair, Azean Irdawaty dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang dikatakan ‘meninggal dunia’.

Penyebaran maklumat palsu tersebut jelas menyinggung ramai pihak khususnya kedua individu terkenal itu dan menyebabkan pihak berkuasa bertindak menyiasat mengenai dalang yang menjadi punca di sebalik berita-berita tersebut.

Persoalannya, wajarkah perkara hidup dan mati dijadikan bahan ‘permainan’ sebegitu?

Mangsa terbaru ialah bintang komedi terkenal, Rowan Sebastian Atkinson atau lebih dikenali sebagai Mr. Bean dikatakan telah meninggal dunia oleh seorang peminat di Twitter.

Menariknya, peminat tersebut mempunyai alasan tersendiri untuk berbuat demikian dan menyifatkan tindakannya menyebarkan ‘kematian’ Mr. Bean itu sebagai sinikal serta beralasan kukuh.

Di sebalik dakwaan yang menjadi kontroversi itu, peminat tersebut, Micheal Robert Meras memberikan “link” yang menjadi sumber untuk dia menyebarkan berita itu dan menganggapnya sebagai satu jenaka yang perlu diperbetulkan.

“Link” yang diberikan itu adalah merujuk kepada kenyataan fakta di laman web Wikipedia yang menulis mengenai tarikh kematian pelakon komedi itu pada ’26 Februari 2012’.

Bagaimanapun, menyedari tindakannya telah mencetus kontroversi dan kemarahan ramai pihak, Robert Robert meminta maaf secara terbuka atas kesilapannya tersebut.

Begitulah pengaruh Twitter yang mampu mengundang kontroversi dan ketegangan dengan sekelip mata sehingga menarik perhatian pihak berkuasa.

Tidak ramai yang menyedari bahawa setiap patah perkataan yang diungkapkan di laman-laman sosial internet itu juga mampu dimanipulasi, menyinggung emosi dan disalah anggap oleh masyarakat.  –Mynewshub.my

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Mr.Bean In ‘Miracle’ Escape From Car Crash

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • http://www.facebook.com/profile.php?id=1433991595 Fadhli Zawawi

    alahai x de keje ke gosip2 liar :P

  • http://adebrann.blogspot/ neena hs

    hahahhaha

  • mael lambung

    mcm2 yg idop kate mati yg mati kate hidop

  • aku taklah sebodoh kojak

    kalau betul mati kan…memang xbestlah..patut justin bieber dulu hahahaaha

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100000618639549 Aizat Muslimin

    apa la

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100000933735998 Johnny Lax

    Tak patut tak patut…

  • Lolalova

    bodo la michael robert meras nih…

  • taring_girls

    apa perasaanmu lau org kata hang pulak yg mati????amacam…
    len kali agak2 la lau yer pon nak popular….adoi wat suspen aku jer td..
    seb bek xda lomah jantong…kusss semangat!!!
    marah ni series ni…huuuu

  • http://www.facebook.com/red.one.echizen Red-one Echizen

    x patut

  • http://www.facebook.com/people/Nur-Nadia/1811721129 Nur Nadia

    kesian kt mr bean…

  • http://twitter.com/piejiehairul piejie hairul

    kesian.. kesian

  • Fiqtaekwondoitf

    rase2 mr bean x mati lagi . hrp2 sebelum mr bean mati , hrp2 dia peluk islam.. inshallah..

  • http://twitter.com/risyati ris

    Mungkin dia maksudkan watak mr bean di tv sbb mana ada sambungan lagi.

  • http://www.facebook.com/people/Joanna-Yong/100000002605242 Joanna Yong

    Dah jadi legend jg?

  • http://www.facebook.com/wanrofiza.afie Wan Rofiza Afie

    macam macam hal la

  • http://www.facebook.com/ezrymafia Ezry Samad

    …………………

  • http://twitter.com/Adam_Lim Adam Lim ™

    tak henti-henti ni RIP kat twitter…
    setiap bulan pasti ada selebriti kena ni

  • http://www.facebook.com/people/Hairul-Pyrex/100000476650639 Hairul Pyrex

    kesian Rowan Atkinson… heheheh

  • http://www.facebook.com/people/Azrealz-Realz/100000441116081 Azrealz Realz

    o tedah nya lok…….

  • OneWan

    kalau dia nak mati,biarlah dia mati,harta dia bukan buleh dpt kt awk pun….hehehe

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100000338334519 Fakhruddin Faris

    mr bean

  • Remeyleyley

    ada2 saja yg dinyatakan..kalau betul buktikan ….

G1M

Review http://mynewshub.my on alexa.com