Thursday, May 17, 2012


Majlis Sanding Yusry Dan Lisa Meriah!

    February 27, 2012

30 Comments


KUALA LUMPUR – Majlis resepsi perkahwinan Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani yang diadakan di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC) malam Ahad lalu ternyata cukup meriah.

Selepas selamat mengikat ikatan sebagai suami isteri yang sah pada 23 Februari lalu, majlis resepsi itu pula dihadiri hampir 2000 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara kedua-dua belah pihak, sahabat andai kepada pasangan tersebut serta rakan-rakan media.

Majlis resepsi itu bermula tepat jam 9 malam dengan ketibaan pengantin perempuan dan diiringi pula dengan pengantin lelaki.

Acara berbalas pantun mengikut adat melayu juga turut dipersembahkan sebelum pengantin lelaki dibenarkan duduk atas pelamin bagi memulakan upacara persandingan.

Turut kelihatan cantik dan berseri pasangan pengantin sendiri di mana Lisa kelihatan anggun dan manis memperagakan busana putih rekaan Putra Aziz dari butik Cosry manakala Yusry segak berbaju melayu warna sedondon juga dari pereka yang sama.

Bertemakan konsep ala-ala ‘French Vintage’, suasana dewan kelihatan cukup indah dihiasi dengan bunga-bunga berwarna lembut dan menampakkan ciri elegen dalam majlis tersebut.

Antara artis-artis yang hadir memeriahkan majlis tersebut adalah, Jaclyn Victor, Marion Counter dan suami, Sein (Ruffedge) dan isteri, Dephne Iking, Aizat, Stephen Rahman, Atilia, Sazzy Falak dan suami, Rabbani dan ramai lagi.

Perkahwinan ini merupakan perkahwinan yang kedua buat Yusry selepas berpisah dengan pelakon cantik negara, Erra Fazira dan pertama kali untuk Lisa.

Oleh: NAIMAH SHAARI

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Pengumuman ‘Istimewa’ Yusri – Lisa Surihani Esok
Yusry, Lisa Surihani Nikah 23 Februari ini
Yusri Teruja Teman Lisa Kursus Pra-Perkahwinan

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • eiyta

    smoge kkl slmenyer

  • http://www.facebook.com/people/Hairul-Pyrex/100000476650639 Hairul Pyrex

    tahniah!

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100001827379334 Nadia Roxy

    tahniah kpde abng yusry ngn kak lisa..smlmt pngntin brue k……

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100001091002349 Ahmooyy Chantekk

    Semoga Bahagia (:

  • krohhkohhh

    melepass aku xD wahahh

  • Dawama Nurhanani

    congrat kak lisa n abng yusry…:) mge mrah rzeki n kekal smpai ke akhir hayat..-amin-..:)))

  • Boy_tincing

    ERRA FAZIRA rasa2 ade datang x??

  • Ellsymit

    amboi2 .. =,=!

  • http://profile.yahoo.com/OLD73WK23XAPNURKMPYPIY4UEQ Uya

    adeyy . kak erra tak datang ?

  • http://adebrann.blogspot/ neena hs

    Tahniah!

  • Faza

    adik dan abang berlari-lari,
    penat berlari makan pengat,
    sama padan lisa dan yusri,semoga kekal ke akhir hayat.

  • Ainamaisara14

    Just want to said  Congratulations to Kak Lisa Surihani and her husband Yusri :)

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=771482449 Bro Din Waja

    ni 1 contoh kecuaian org Islam masa perkahwinan…mendedahkan aurat…x sedarkah akan dimurkai Allah s.w.t? perkahwinan sepatutnya slh 1 syarat utk lengkapkn iman dan akidah…utk sesiapa yg nk shoot aku,aku x kisah…perkara haq tetap haq…nanti kita akan disoal olehNya…masa tu nk jwb apa?renungknlah…

    • saodah nasik lemak

      bro…toksah cite ms perkahwinan.. ms bukan perkahwinan pon diorang dh dedah aurat sna cni..

  • teruja..

    tahniah lisa&yusri lps nie cpt2la timang ank lak yew..hehehe

  • http://twitter.com/kei18kun kei18kun

    tahniah :)

  • Emleyea

    Tahniah… moga berkekalan ke akhir hayat.

  • Lolalova

    Congratz to both of U…smoga kekal bhagia hingga ke anak cucu :D

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=1787843416 Siti Nur Syuhaila

    Tahniah

  • Anonymous

    moga kekal smpai mati

  • haz win

    TAHNIAH..

  • Idayuhan

    tahniah,moga kekal spai akhir hayat

  • Nazmi44

    tahniah…

  • Nazmi44

    …..

  • taring_girls

    mula2 mmg mcm x brapa suka dgn majlis depa…bla tgok pic sblom jd suamistri soo cute n sweet…moga kekal k anak cucu…amin

  • gusti~ayu

    pelakon cantik negara..?

    haha,sorry to say..lisa surihani lebih mnyerlah kecantikannya ditambah dgn wajah yg natural 100%.. :))

  • http://www.facebook.com/Miszydian Dian Munira

    hope dorang berbahagia :))

  • atiqah

    tahniah lisa n yusry…moga berkekalan hingga akhir hayat…amin…

  • murnie

    tahniah..
    smoge b’kekalan hingga ke akhir hayat..:)

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=755829754 Hanis Farzana

    semoga bhgia hngga ke syurga.. =)

G1M

Review http://mynewshub.my on alexa.com