MYNEWSHUB.MY - PORTAL BERITA ONLINE TERHANGAT MASA KINI!
Wednesday, April 23, 2014


Betty Rahmad Disamun, Kereta Kena Pecah

Betty Rahmad Disamun, Kereta Kena Pecah

    February 27, 2012




KUALA LUMPUR – Adik kepada pelakon terkenal dan pengarah ternama, Umie Aida dan Eirma Fatima, Betty Rahmad disamun dan cermin keretanya dipecah oleh peragut motosikal baru-baru ini.

Ketika kejadian berlaku, Betty baru sahaja pulang dari rumah pelakon Nora Danish di sekitar Jalan Ampang dan kejadian itu berlaku betul-betul berdekatan perkarangan kondominium Nora Danish.

Dua orang penunggang motosikal telah bertindak memecahkan cermin kereta bahagian kiri penumpang hadapan dan sempat membawa lari beg tangan milik pelakon itu ketika Betty berhenti di persimpangan jalan.

Kesemua barang berharga milik Betty yang berada di dalam beg tangannya termasuk kad pengenalan dirinya hilang dilarikan perompak tersebut kecuali telefon bimbitnya yang dipegang ketika kejadian itu berlaku.

Walaupun cermin kereta Betty telah pun ditutupi dengan lapisan ‘anti-smashed’, ternyata perompak tersebut berjaya memecahkan cermin keretanya dengan menggunakan objek kuat yang tidak dapat Betty kenal pasti.

Betty hanya sempat membuat laporan polis sejurus dia pulang ke rumahnya di Mont Kiara selepas panik dengan kejadian yang menimpa dirinya.

Artis lain yang pernah disamun awal bulan lalu, pelakon watak Hantu Kak Limah dalam filem komedi seram Hantu Kak Limah Balik Rumah, Dalimawati Ismail cedera lengan kiri selepas disamun di lampu isyarat berhampiran Stadium Bukit Jalil.

Oleh: NAIMAH SHAARI

Betty Rahmad Disamun, Kereta Kena Pecahhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/02/Betty-Rahmad-Disamun-Kereta-Kena-Pecah.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/02/Betty-Rahmad-Disamun-Kereta-Kena-Pecah-150x150.jpg MyNewsHub
KUALA LUMPUR – Adik kepada pelakon terkenal dan pengarah ternama, Umie Aida dan Eirma Fatima, Betty Rahmad disamun dan cermin keretanya dipecah oleh peragut motosikal baru-baru ini. Ketika kejadian berlaku, Betty baru sahaja pulang dari rumah pelakon Nora Danish di sekitar Jalan Ampang dan kejadian itu berlaku betul-betul berdekatan perkarangan...
KUALA LUMPUR – Adik kepada pelakon terkenal dan pengarah ternama, Umie Aida dan Eirma Fatima, Betty Rahmad disamun dan cermin keretanya dipecah oleh peragut motosikal baru-baru ini. Ketika kejadian berlaku, Betty baru sahaja pulang dari rumah pelakon Nora Danish di sekitar Jalan Ampang dan kejadian itu berlaku betul-betul berdekatan perkarangan kondominium Nora Danish. Dua orang penunggang motosikal telah bertindak memecahkan cermin kereta bahagian kiri penumpang hadapan dan sempat membawa lari beg tangan milik pelakon itu ketika Betty berhenti di persimpangan jalan. Kesemua barang berharga milik Betty yang berada di dalam beg tangannya termasuk kad pengenalan dirinya hilang dilarikan perompak tersebut kecuali telefon bimbitnya yang dipegang ketika kejadian itu berlaku. Walaupun cermin kereta Betty telah pun ditutupi dengan lapisan ‘anti-smashed’, ternyata perompak tersebut berjaya memecahkan cermin keretanya dengan menggunakan objek kuat yang tidak dapat Betty kenal pasti. Betty hanya sempat membuat laporan polis sejurus dia pulang ke rumahnya di Mont Kiara selepas panik dengan kejadian yang menimpa dirinya. Artis lain yang pernah disamun awal bulan lalu, pelakon watak Hantu Kak Limah dalam filem komedi seram Hantu Kak Limah Balik Rumah, Dalimawati Ismail cedera lengan kiri selepas disamun di lampu isyarat berhampiran Stadium Bukit Jalil. Oleh: <strong>NAIMAH SHAARI</strong>

Iklan Teks:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014