Thursday, May 17, 2012


Badrulamin ‘Mengganggu’ Himpunan Hijau

    February 27, 2012

49 Comments


Oleh:  Iskandar Zulfi

Tidak semena-mena impak yang diharapkan dari Himpunan Hijau terhadap Lynas tidak menjadi dan sebaliknya publisiti beralih kepada Badrulamin, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dr. Badrulamin Bahron yang di dalam rangka aktiviti Himpunan Hijau di Kuantan telah ditangkap khalwat di Hotel Swiss Garden Kuantan.  Bagaimanapun, beliau tidak mengaku salah dan menuduh bahawa tangkapan itu adalah ‘komplot terancang’ daripada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

Nampaknya, bukan Anwar sahaja yang menjadi ‘mangsa komplot’ perangkap seks tetapi semua pemimpin PKR tidak terkecuali dari kemungkinan menghadapi masalah yang sama.

Penangkapan ini sekali gus ‘mengganggu’ strategi PR untuk menjadikan Himpunan Hijau sebagai tajuk berita utama.   Sebaliknya, negara digemparkan dengan berita Badrulamin memberi kaunseling rumahtangga kepada isteri orang pada jam 3.00 pagi!  Adalah dikhabarkan bahawa ketika pintu dibuka, Badrulamin hanya bertuala.

Pertama sekali penulis ingin bertanya, apa kata orang PAS, yang kononnya begitu tegar memperjuangkan Islam dan hudud, mengenai perkembangan ini?

Namun, penulis percaya PAS tidak kisah kerana berkhalwat dengan isteri orang adalah perkara biasa bagi mereka.   Malah bagaikan sudah menjadi budaya bagi Muslim dan Muslimat PAS untuk melakukan ‘swap’ (bertukar-tukar pasangan) sesama mereka.   Lagipun, apalah sangat yang kita harapkan dari parti yang Timbalan Presidennya terkenal dengan kes khalwat dan ‘phone sex’?

Jika tidak, tidak mungkin PAS sanggup berada di bawah naungan peliwat dan penzina tegar.  Dan jangan kita lupa bahawa Ustaz Badrulamin itulah yang mengangkat peliwat dan penzina itu sebagai Imam Mahadi dan PAS langsung tidak menegur atau tercuit.

Justeru, sepertimana ‘Imam Mahadi’ seperti itulah pengikut-pengikutnya.

Selama ini, PKR dan PAS tidak pernah mengambil tindakan atau mengaku kesalahan pemimpin-pemimpin mereka yang terlibat dalam skandal seks mahupun rasuah.   Setiap pendedahan mengenai kesalahan mereka akan ditepis sebagai komplot UMNO, konspirasi musuh dan berbagai-bagai alasan lagi.

Namun, kes Ustaz Badrulamin nampaknya agak sukar untuk ditepis dan PKR mungkin terpaksa ‘melepaskan’ beliau jika benar-benar bersalah yang mana pastilah akan dilihat sebagai tidak adil bagi Badrulamin.

Manakan tidak, sedangkan teman lelaki Elizabeth Wong dibantu oleh PKR untuk hidup mewah di luar negara bagi menutup skandal bogel teman wanitanya dan Anwar Ibrahim sendiri masih kekal memegang teraju parti walaupun berkali-kali kantoi meliwat dan berzina, maka kenapa Ustaz Badrulamin perlu dikecualikan dari keistimewaan ini?

Mungkin lebih baik Ustaz Badrul menjadi pengikut PAS dari PKR, sekurang-kurangnya di dalam PAS beliau sudah pasti diampunkan oleh “pope’ Nik Aziz dan tidak perlu risau lagi.   Nik Aziz sebelum ini telah ‘mengampunkan’ dosa ADUN PAS Perupok setelah terkantoi berzina dengan isteri rakannya.

Apabila telah diampunkan oleh Nik Aziz, Badrulamin tentu tidak perlu bersusah-payah membersihkan nama sepertimana yang disaran oleh kepimpinan PKR terhadapnya kerana secara automatik penyokong-penyokong PAS akan menganggapnya sebagai suci serta-merta.

Justeru, pengajaran dari episod ini ialah, Badrulamin telah tersilap parti.  Seorang Ustaz yang tidak kuat iman sepertinya seharusnya menjadi ahli PAS bukan PKR, kerana Ustaz-ustaz PAS semuanya kebal dari dosa.

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

ROS: Why PKR Should Not Be Deregistered
PKR To Hold Election Convention This Sunday
Tian Chua Remains MP For Batu
PAS Minta PKR, DAP Selesai P'bahagian Kerusi
PKR Nafi Dokumen Penting Hilang
Isu Ceramah PKR Batal Saat Akhir Tidak Timbul
Zuraidah MB Selangor Yang Baru?
PKR- Hati-hati Dengan Manusia Ini
Bai’ah: DAP & PKR Perlu Ikut Langkah PAS
Cadangan PKR Tidak jelas - IDEAS
Video Seks: PAS Usah Tikam PKR Dari Belakang
Pemecatan Isa Satu Tindakan Kuku Besi
Chegu Bard Hilang Semangat?
Ketua Wanita PKR Bidas MB Selangor
Durian Runtuh Felda: PKR Sudah Sawan

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • Che’ Fariz

    ‘Anwar Ibrahim sendiri masih kekal memegang teraju parti walaupun berkali-kali kantoi meliwat dan berzina’ – Berat tuduhan tu Iskandar, ada bukti yang sahih?

    • Pwinzessyuyu

      betul tu, kita hanya manusia biasa. bercakap jgn ikut sedap mulut je. kita tiada hak nak jatuhkan hukuman, biar Allah je yg membalasnya

    • Rahimrazali

      Tahun 1998 telah dibuktikan oleh Mahkamah.. dan Video yang wajah seakan2 peminpin tertinggi parti tersebut juga tersebar.. apa jenis bukti lagi yang hendak di minta?

      Lagi satu, kes ni bukannya fitnah.. dah memang jelas yang tuan punye badan berada dalam bilik dengan bukan mahramnya pada pukul 3 pagi.. bukankah itu khalwat??

      kalau beri kaunseling kenapa tidak diadakan di tempat terbuka yang mana orang ramai boleh melihat dan mengelakkan fitnah?

      mengapa tidak diadakan di pejabat sahaja dan di waktu pejabat??

      kantoi tetap kantoi.. memalukan gelaran USTAZ sahaja..

      hahahahaha.. bapa borek anak rintik la ape lagi.. hehehehehehe

  • alexandria

    tanya sama pokok..apa sebab goyang

  • Komentar

    Sesungguhnya fitnah tanpa bukti itu lagi besar hukumnya dari membunuh. Jangan la dgr dari ckp2 tanpa bukti menyebabkan diri kita ni dicampakkan ke neraka Allah S.W.T.

  • Politik Kotor

    artikel atau berita ini bodoh.. melanggar etika kewartawanan dan juga melemparkan tuduhan yang melulu. penulis juga mengaitkan org lain selain subjek. 

    • Rahimrazali

      etika kewartawanan?? apa selama ni portal dan medium PR ikut etika kewartawanan? menuduh dan menyisipkan perasaan benci dalam setiap artikel?

      • Politik Kotor

        contoh? ada? kalau ada memang tak bagus lah tuduh menuduh melulu.. baik PR atau Mynewshub ini sendiri. hentikan tuduh menuduh begini.. mewujudkan ketegangan.. 

  • Shizuka_son

    (Mungkin lebih baik Ustaz Badrul menjadi pengikut PAS dari PKR, sekurang-kurangnya di dalam PAS beliau sudah pasti diampunkan oleh “pope’ Nik Aziz dan tidak perlu risau lagi)jgn hina tok guru!!

  • http://pulse.yahoo.com/_WCKY7JSOWYXT7C7B6NQM4U4X4I Siti Rohaya

    OOOOSSSSTADDDDD……kenA tgkap KHALLLLWATTTT??????OMG…..

    • Politik Kotor

      inilah akibatnya.. keputusan kes tersebut pon belum diputuskan lagi.. ini lah akibatnya apabila menulis dan menuduh melulu.. masih dalam siasatan lagi kes ni. tp orang dah fikir mcm2.. maka berjayalah sesuati fitnah yg jijik untuk menjatuhkan seseorang itu.

      • http://pulse.yahoo.com/_WCKY7JSOWYXT7C7B6NQM4U4X4I Siti Rohaya

        bukankah suami prempuan tu yg pergi cekup mrk…. fitnah jg ka????

      • Abgsudin

        kau tak rasa kelakar ke apa kau tulis ni?  aku nak tanya, masa pembangkang tuduh rosmah macam-macam termasuk bunuh altantunya, kau duk mana?  sembunyi dalam gua?

        hanya sebab pemimpin pujaan kau kena kutuk, keluarlah semua cerita fitnah ni ya

      • TAK_TAHU_APA2

        korang bdua kat bawah otak simpan dalam almari ke ape..??

  • Rajamuda1991

    entah apa2,,,, lemparan tuduhan yang sangat2 terlampau,, kah22,,, terkeluar dari had muhasabah sesuatu kes,,,

  • Arety_yat87

    macam2 hal lah….

  • zorro

    bodoh la artikel nie.mcm gampang.bukti,saksi,,perlu ad.ko ckp ta benar.ko da lempar fitnah.

  • http://www.facebook.com/fiez786 Hafiz Hj Ismail

    macamana

  • http://www.facebook.com/ZaRamirez Muhammad Zaimi Zakaria

    fitnah itu berdosa besar…fikir-fikirkanlah..

  • Kids_underground

    weh, ko ni islam ke? smpai Nik Aziz pon ko bagi pope? gila ape?

    • Seliparjepun

      ooi budak, engkau kena beza ulama dengan ahli poltiik…nabi pun pernah sabda, pada akhir zaman akan datang golongan ulama yang mendustkan agamanya (lebih kurang macam itu maksud)…aku yakin, nik aziz masuk dalam golongan tu…

      nak salah mynewshub buat apa…

      • TAK_TAHU_APA2

        ko ni pun lagi sorg, dah bleh mengucap smula dah….

  • Ixle

    yang ditangkap geng pkr yang diburuk burukkan geng pas. xde modal la tu. 

  • http://www.facebook.com/agharrfauzi.abahagharr Agharr Fauzi Abah Agharr

    “pope’ Nik Aziz???? apa maksud penulis nie???

    • Abgsudin

      maksudnya nik aziz macam paderilah, selalu ‘ampun’kan dosa orang pembangkang yang terlibat hal-hal zina dan khalwat, tidak terkecuali liwat…eli wong yang bergambar bogel pun nik aziz pernah ampunkan tau..

      and you know what, orang pembangkang accept such a practice..buktinya lepas jumpa nik aziz, tak sapa nak sebut hal tu lagi dah

      • TAK_TAHU_APA2

        ko ni dah bleh mengucap smula dah aku rasa….

  • Aku_pembaca

    sory…dulu aku respect mynewshub malaysia..sebab berita yang korang letak mmg sesuai di baca…skrg sory to say…jgn sebab politik…kita tambah dosa…kutuk sana kutuk sini..hina sana hina sini…tak perlu la penulis buat mcm nie…cukup post sbgai info…jgn menghina… da melanggar etika kerwartawanan..klau memang die slah pun..rasanya..kita manusia tak boleh hukum manusia

  • Rosmah

    ni banggang yang tak tau ape2…hati dah hitam….kroni forever….rasuah2…..biar yg makin kaya mkin kaya…yg miskin kasi mampos….andai ada penghalang…kasi itu fitnah byk2…..asasnya fitnah dajjal….hahahhaha,,…..bodoh…kecik2 x mau mapos….

  • Asd

    elok la tu.. tok guru nik aziz dipanggil pope… .mmg penulis si iskandar zulfi nie xsedar  yg die tu duk mengutuk ulamak… buat la ap pun… selagi ko mtk maap dgn tok guru slagi tu la dosa2 ko berkumpul….

  • Bromine90

    mcm2..

  • http://www.facebook.com/people/Zarakhi-Hafiz/100000181316446 Zarakhi Hafiz

    kadangkala bahasa perlu dijaga wahai penulis.. saya x berpihak pada mna2 pihak.. tp tlg jaga adab bahasa..

  • hhhaaiiisshhh

    too many facepalm in here….

  • Pinkygurlz_annyys

    mynewshub malaysia macam celaka! hentikan kutuk ulama..jangan jadi barua dajjal. Aku hilang respect dengan cara penulisan 
    mynewshub malaysia yang memang betul2 celaka!

  • Tetamu

    “pope”, kenapa penulis samakan ulamak islam dengan ketua kristian?? masyaallah……bawak2x la mengucap, kalo xnk kn islam pon, jngan dok hina………

  • Miebcb

    Penulis ikandak kuti tiu naseng..agak2 la nk tulis lu ada bukti keen nk tuduh2

  • tetamu

    writer nie seriusly bodoh…….tata etika sbagai wartawan buang ke mana x taw la, kesian ak tengok ko…….

  • cik mama

    Ayah kau!!! Bodo punye punye org..mmg dajjal penulis ni..

  • pedustanwar

    jangan buat sesuatu yg menimbulkan fitnah.jauhi perkara yg menimbulkan fitnah

  • Ustaz

    Tok sah nak dolak dalik. Duduk kat hotel pada jam 2.30 pagi dengan bini orang tu tak ada apa-apa ker? Nak register hotel pukul 2.30 pagi. Kenapa tak bawa bini sekali kalau memang bini dah kenal rapat dengan bini orang tu..? Kenapa lambat buka pintu 20 minit selepas diketuk? Kenapa perlu register kat hotel kalau boleh bawa pulang ke rumah..lagi pun bini kan dah kenal…

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100000806376139 ? ?

  • Badiuzzaman855

    kenapa lah sanggup menuduh tok guru pope ni….insaf lh wahai penulis….

  • uu

    pope nik aziz ??!!!! pnulis ni org ke ape ?

  • Sitifatimahazmi

    ni semua fitnah

  • Sham

    kesian mynewshub..ckp mcm org xde akal..ke tgh high skrg ni?

  • miki

    penulis ni tulisan cam org tkde iman,mcm tk skolah pun ade..anyway mangkuk ayun ni plak kna tangkap khalwat,pun bangang gak.malu sket la kat kopiah atas kpala tu oi..dah tue…bini org plak tu..dngan btuala sakan..masyaalahh..

  • http://www.facebook.com/mohamedariff.jamean Mohamed Ariff Jame’an

    penulis jgnla terlalu emosi :-)

  • Winstonkedah

    aku benci politik malaysia..memecah belahkan org melayu kita..bangsa tergadai,agama pon tergadai..hampa semua bodoh..yg penulis pon bangang jgak..klu bnci ulama neraka la tmptnya..salah mcm mna pon dia tlong jgn smakan dgn agama..sumpah penulis bodo..klu ampa rsa ampa baek sgt tnjuk la skit cri2 islam 2..bknnya mengkafirkan org..aku benci semua parti…

  • Anonymous

    Tak kiralah ustaz ke ulamak ke kite semua manusia biasa xde beza disisiNya kita semua ada nafsu hanya Allah sahaja yang tahu peringkat mana iman & taqwa kita.. Tepuk dada tanya iman.. JazaakAllaahu Khairan

  • Asyrafmutalib

    ape cer ni…? penulis dah selidik betul dah…ker?

G1M

Review http://mynewshub.my on alexa.com