Thursday, May 17, 2012


3 Sekeluarga Ditahan Edar Ganja

    February 27, 2012

1 Comment


KUALA LUMPUR – Polis menahan tiga  sekeluarga termasuk sepasang suami isteri yang  dipercayai pengedar dadah dalam dua serbuan  berasingan di tempat letak kenderaan di Pasar  Raya Besar Giant Batu Caves dan Kampung  Melayu Gombak dekat sini Jumaat lalu.

Dalam serbuan pertama pukul 1 petang, polis  menahan pasangan suami isteri berusia 20-an itu  ketika menuju ke kereta mereka di pasar raya  berkenaan.

Difahamkan, sejurus menyedari anggota polis  mengekori, mereka bertindak mencampakkan  bungkusan berisi dadah seberat lima kilogram  yang dibawa ke dalam kereta dan cuba melarikan  diri.

Kedua-duanya bagaimanapun berjaya ditahan dan  mengaku dadah terbabit milik mereka.

Menurut sumber, hasil soal siasat, pasangan itu  membawa polis ke rumah mereka di Kampung  Melayu Gombak dan menahan adik ipar suspek  lelaki berusia 24 tahun yang disyaki turut terbabit  mengedar dadah.

“Hasil pemeriksaan menemui beberapa gram  dadah jenis ganja di rumah tersebut,” katanya  di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner  Abdul Rahim Abdullah berkata, siasatan awal  pihaknya percaya kesemua dadah yang dirampas  itu adalah untuk dijual kepada pelanggan yang  dikenali.

Beliau berkata, kesemua suspek kini ditahan  reman bagi membantu siasatan mengikut  Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Lima Lelaki Ditahan Terlibat Kes Dadah
Kastam KLIA Rampas Dadah Bernilai RM375,000
Lapan Lelaki Diberkas Kerana Dadah
Enam Termasuk Dua Warga Asing Ditahan
Wanita Uganda Diarah Bela Diri
Bekas Ratu Cantik Dipenjara Kerana Dadah
Polis Cari Wanita Saksi Kes Dadah
Tiga Beranak Proses Dadah Dihukum Mati
Polis Tumpas Sindiket Dadah Di Perak
Ibu Tunggal Antara Yang Ditahan Ambil Dadah
Makmal Dadah Proses Pil Yaba Dibongkar
Polis Cari Warga Iran Saksi Kes Dadah
Polis Cari 2 Warga Iran Saksi Kes Dadah
Bekas Posmen Dihukum Gantung Edar Dadah
Warga Itali Ditahan Di Bali Miliki Dadah

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • http://www.facebook.com/people/Akid-Zulqarnain/100002278223203 Akid Zulqarnain

    fuhh…. betul2 ‘bisnes keluarga’ nih… harap2 dpt dihukum gantung je diorang nih… tahu merosakkan anak org je… 1 sen pun tak guna!

    -bapaknya Akid-

G1M

Review http://mynewshub.my on alexa.com