- Malaysia Hotel: Tempah Hotel di Jom.com.my untuk Menikmati Kadar Diskaun Online
- Kekalkan Keseimbangan Aura agar Elemen Positiviti Melingkari Kehidupan Anda.
- Pendaftaran Badal Haji 1433 / Tahun Masihi 2012 DIBUKA SEKARANG!
- ++ALAT SENAMAN LELAKI DI BILIK MANDI++
- [ BISNES ] - Agen e-Reload 1 Malaysia diperlukan
- P-A-N-A-S-S-S..!!! Rahsia "KEBESARAN" Suami Saya Yang Didambakan Setiap Wanita...
KUALA LUMPUR – Dua juruwang warga Bangladesh hari ini dijatuhi hukuman penjara setahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan pecah amanah wang milik stesen minyak Esso tahun lalu.
Hakim Che Mohamad Zulkifly Jusoh memerintahkan Kibul, 33, dan Shahabul, 29, menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh mereka ditangkap pada 28 Oktober 2011.
Mengikut pertuduhan, Kibul didakwa melakukan pecah amanah membabitkan wang RM1,170.19 di stesen minyak Esso, Highway Besraya, Cheras di sini pada 2.50 petang pada 28 Oktober 2011.
Manakala Shahabul pula didakwa melakukan kesalahan yang sama membabitkan wang RM3,423.25 milik stesen minyak itu pada tempat dan masa yang sama.
Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh dikenakan sebatan dan denda.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Aishah KM Abu Bakar manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Rosnan Hassan. – BERNAMA
Iklan Teks:


