Thursday, May 17, 2012


Syukur Saya Lebih Cantik Dari J-LO – Wardina

    February 26, 2012

58 Comments


ALOR GAJAH – Selebriti tanahair terkenal, Wardina Safiyyah yang kini menceburkan diri di dalam bidang motivasi minda mendakwa bahawa beliau lebih cantik dari penyanyi, pelakon dan model antarabangsa terkenal, Jenniffer Lopez.

Beliau berpendapat demikian kerana mendakwa dirinya dan seluruh muslimah di dalam dunia lebih cantik memandangkan mereka ditakdirkan Allah untuk beragama Islam dan itu sudah cukup cantik ‘di dalam’nya.

“Saya merasakan bahawa saya lebih cantik dari J-Lo. Kita semua dilahirkan sebagai wanita Islam dan itu sudah cukup cantik.

“Lebih cantik lagi kita tak payah nak pamerkan kecantikan kita kepada khalayak umum. Kecantikan kita terhad hanya untuk diri kita sendiri,” katanya pada program Pameran Komunikasi Islam 2012 (ICE 2012) di sini hari ini.

Selain itu, beliau turut menyarankan kepada para muslimah khususnya golongan remaja agar memelihara kecantikan yang dikurniakan Allah kepada mereka dengan menutup aurat sebagaimana yang ditetapkan oleh hukum syarak.

Wardina turut menasihati para pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang hadir di situ agar bijak berfikir dan beridea kritis untuk membina kehidupan yang lebih bermakna.

“Di dalam Al-Quran, kita diminta oleh Allah supaya banyak berfikir dan kita perlu punya pemikiran kritis untuk menjadikan hidup kita lebih menarik dan bermakna,” katanya lagi.

Wardina dijemput penganjur ICE 2012, pelajar-pelajar semester akhir Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Melaka untuk mengisi slot program berkenaan dan berinteraksi bersama para hadirin yang memenuhi ruang Kompleks Dataran Pahlawan tersebut.

Meskipun diberikan masa yang singkat, Wardina jelas hebat dengan berada di kelasnya yang tersendiri apabila menggamatkan majlis dengan telatahnya yang mencuit ramai peminat untuk mengerumuni beliau dan mendengar celotehnya.

Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN / Foto: YUMNI HARUN

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

I Am Not A PKR, Bersih 2.0 Supporter- Wardina
Nik Nazmi Apologizes To Wardina
No UiTM Students Involved In Demos
YDPA: UiTM Main Peranan Ubah Nasib Anak Bangsa
UiTM Juara Debat Bahasa Inggeris Piala PM
Ketua Hakim Negara Jadi Profesor Adjung UiTM
Kelab Inspirasi UiTM Melaka Berdakwah Dengan Nasyid
Prof Sahol Hamid Dilantik Semula Naib Canselor UiTM
Rumah Wardina Dipecah Masuk!
Permohonan Ke UiTM Dah Dibuka
Anugerah Kecemerlangan UiTM P.Pinang 20 Feb Ini
UiTM Perkenal Komunikasi Islam Ke Alaf Baru
Foto Senibina Islam Menarik Garapan Pelajar UiTM
SIDC Dan UiTM Jalin Kerjasama
Jelajah Destini Anak Bangsa 1Malaysia

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • Chantek9999

    cantik kerrrrrrrrrr!!!

    • jgncemburu

      eleh jeles la tu..

    • http://www.facebook.com/profile.php?id=100002130072780 Farah Mn

      Semua wanita islam adalah cantik jika mereka menutup aurat mereka. :)

    • firz

      yg pasti wanita yg menutup aurat mmg cantek cam wardina…

    • No Name

      Maksud cantik yg wardina ckp tu sbg kiasan sebenarnye..wardina rase dia lebih cantik daripada J.lo sebab J.lo adalah seorang kafir dan dia adalah seorang Muslim..ko ni melayu ke org asli?klo ko bkn melayu,so bodoh sket la kot kiasan2 nih.hahahah..

  • http://www.facebook.com/red.one.echizen Red-one Echizen

    cantik….sbb semua mislimah cantik…lagipun jlo buat plastic surgery totally mengubah ciptaan Allah walaupun dia berbeza agama kan…

  • Adam

    Alhamdulillah. Moga semua muslimah dalam dunia berpikiran mcm ni :)

  • http://twitter.com/muntzic MuntziC

    Tapi kalau J.Lo masuk Islam nanti, lagi cantik daripada Wardina, itu sudah pasti! LOL

    • Shark_josh88

      bodoh kau!

    • firz

      mmg dye cantek…

      lau JLO msk islam pon p ta ttp aurat same je hine..
      plastik surgery plak tuh

  • http://www.facebook.com/eman.isa Eman Isa

    setiap org ade kecantikannya tersendiri..
    chantek luar chantek dlm, chantek dengar sini..
    kalau chantek..(hehe)

  • Zarazarzz

    Alhamdulillah..

  • Isabran25

    pada sy kecantikan seseorng itu hanya dpt dinilai oleh org lain…kita x boleh menilaikan utk diri sendiri…

    • firz

      tp lau dye tuh da mentup aurat n jage tatatertib serta tidak ingkar pd agama

      sye rase dye layak ckp dye lbh cantek dr JLO..
      asalkan tdk mbangge..

    • ultra

      hahah…noob tul…mksd cntk tu,buikan fizikal,kiasan semata…straight macam papan la isabran25 ni

    • ayu

      NOPE..KECANTIKAN MANUSIA HANYA layak DINILAI OLEH aLLAH.

      Manusia yang tak SEMPURNA nak emnilai manusia lain….nampak sangat tak layaknya.

  • http://www.facebook.com/wanrofiza.afie Wan Rofiza Afie

    setiap manusia mempunyai kecantikan tersendiri 

  • BukanPeminatWardinaMahupunJLo

    okey la tu…drpd dang suria yg mengutuk kejadian Tuhan, cakap org tu xhensem la ape laaa…at least wardina cakap dia lg cantik dr JLo pun maksudnya JLo cantik jugak, cuma dia lebih cantik…good one!

    • firz

      wardina patot ckp camni

      “saye lbh cantek dr dang suria”
      sye akan sokong wardina 100%

  • Ayu

    smua muslimah mukminah adalh cntik dcc Allah Taala..

  • fatanat

    i do love her!!

  • http://adebrann.blogspot/ neena hs

    SOKONG!!!

  • http://adebrann.blogspot/ neena hs

    BETUL TUU

  • Kapalkertas001

    Sokong !!

  • Kekanda

    Di Dataran Pahlawan tadi :D

  • Masscomm student

    saudara, saya nk betulkan, bukan Fakulti Komunikasi dan Multimedia. Tapi Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media. diharap anda lebih sensitif dlm menulis maklumat untuk dibaca,

  • http://www.facebook.com/people/Izzatunnazmi-Syazwan-Abd-Aziz/675053253 Izzatunnazmi Syazwan Abd Aziz

    nice one~

  • Noor Azlan

    nice.wardina memang jauh lagi cantik dari j’lo.hohoho

  • Wardina Dina

    Btw, saya tak pernah ingat saya kata begitu. Did u tape it?

    • http://www.facebook.com/people/Zarakhi-Hafiz/100000181316446 Zarakhi Hafiz

      nie wardina btul ka yg komen nie

    • http://www.facebook.com/people/Akid-Zulqarnain/100002278223203 Akid Zulqarnain

      abih u cakap camner? (seingat u la)..

      -bapaknya Akid-

    • MassCommPart4

      We were there and yes…u did say it… -masscom students part 4

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100000275998273 Hajar Razali

    yeah. betul!

  • Ca_xden

    alhamdulillah~

  • http://www.facebook.com/people/Mohd-Zaki-Zamani/100000620705804 Mohd Zaki Zamani

    BAGUS WARDINA NI

  • doubleR

    very truly agree with her :)

  • Anonymous

    betul2..

  • http://www.facebook.com/amaliasawal Amalia Shawal Juhari

    huhu… sememangnya betul!!! yahhooo…..!!!

  • http://www.facebook.com/muiz0601 Mu’iz Abd

    semua orang cantik..:)

  • LOL

    yuna cantik agi..

  • Arety_yat87

    semua makhluk yang ALLAH cipta semuanya cantik2….

  • http://twitter.com/rteenz rteenz

    suka wardina…:)

  • omar

    setuju ngn wardina:)

  • http://www.facebook.com/people/Akid-Zulqarnain/100002278223203 Akid Zulqarnain

    kehkeh… secara fizikal yg aku nampak memang J.Lo lagi cantik… tapi aku harus setuju jika mengikut pemahaman maksud ayat yg nak disampaikan… cantik kerana wanita Islam (yg ikut hukum-hakam ler)  ’lebih sempurna’…  lebih bersih, lebih suci… 

    -bapaknya Akid-

  • hamba allah

    sy setuju

  • http://twitter.com/shahrulfikhri Shahrul fikhri

    Syukur

  • alexandria

    betul la ni

  • zorro

    oh yeah!!wardina mmg IKON sebenar artis malaysia!!!

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100000171044391 Pojan Tera

    GO Wardina! :D

  • http://www.facebook.com/people/Hairul-Pyrex/100000476650639 Hairul Pyrex

    Cantik sebgai seorang muslimah… memeyy arrr :)

  • taring_girls

    thats right…apa yg wardina kata tu bnyak sgt kebenarannya!!!..tp ada sesetengah pompuan tu lebih suka tiru gaya ala2 korea la dedah sana sini…tayang sana sini!!!
    mmg x lawa pon….
    wardina n saya sama cantik sama dgn muslimah tutup aurat yg lain…alhamdullillah!!!
    ya allah kami mohon pada mu tempatkan la kami n ibubapa kami ke syurga kampung darussalam mu ya allah!!!! amiiin!!!

  • L.Sunan

    cantik,… tak perlu tayang apa-apa…lalala

  • Bueeekkk

    Alaa…dia ni melebih lebih! Bandingkan diri ngan org lain pun dah kira tak baik…gambar wardina dlm produk pengurusan badan pun nampak tak elok gitu!

    • Danial

      ke situ pulak,lain yg nk disampaikan oleh si wardina tu.

    • Dakwahislam123

      -.- maybe dia buat mcm tu, sbb nak tunjuk n tarik prmpuan muslimah supaya SEDAR dan berhenti nk ikot2 budaya barat. cuba la husnuzon (bersngka baik) sikit. kira elok lah dia berani nk berdakwah. dia tgh laksanakan tnggungjwb dia sbgai seorg muslimah. sbaik2nya kita support lah dia :)

  • Lakiselamber

    apa la nak pening pening kepala..tujuan warnida kata camtu untuk mengajak kaum wanita supaya menutup aurat.itu jerrrr..bagus warnida..setuju sgtt

  • chester

    DIA SENDIRI KER YG KATA DIA LBIH CANTIK DARI J.LO???? WHAT A BITCH.. PERASAN NAK MAMPOS..

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100000791675711 Aizan Aziz

    ohhhhhhhhhhhhhhhhh

G1M

Review http://mynewshub.my on alexa.com