Thursday, May 17, 2012


Bukan Tak Turun Padang, Tapi Kurang Liputan

    February 26, 2012

8 Comments


KUALA SELANGOR – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata menteri kabinet seperti beliau bukan tidak turun padang, sebaliknya kurang mendapat liputan berita.

“Hari ini saja, saya ada lapan program di Pontian, malam ini di sini, dan esok tiga program di Sabah,” katanya pada sidang akhbar di Majlis Penerangan Perdana Parlimen Kuala Selangor malam Sabtu.

Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk S.K Devamany.

Selaku Ketua Penerangan UMNO dan Barisan Nasional (BN), Ahmad berkata beliau kerap turun padang bersama rakan dalam kabinet untuk memperjelaskan sesuatu isu, selain memeriksa dan menguji persediaan serta persiapan jentera parti komponen itu.

Ahmad berkata penerimaan rakyat, terutama bangsa Melayu dan India, terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin meningkat dari sehari ke sehari menerusi maklum balas orang ramai dalam program yang mereka hadiri.

Sehubungan itu, jentera BN diharap bergerak seiring dengan penerimaan rakyat terhadap kepimpinan Najib agar momentum yang dibina daripada program BN sebelum ini dapat diteruskan sehingga mampu menawan kembali Selangor, katanya. – BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Ahmad Maslan Nafi Kata Blogger Pro UMNO Sampah
Empat Faktor Penentu Kemenangan BN
PKR: Ahmad Maslan bidas PAS, DAP

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • Pjo Lunatic

    kaki jilat memang mcm tu

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=1404431242 Ahmad Ash

    hihu

  • http://www.facebook.com/fiez786 Hafiz Hj Ismail

    huhuhu

  • http://www.facebook.com/people/Harimau-Malaya/100000120592021 Harimau Malaya

    yang penting ikhlas membantu rakyat

  • Jack

    jgn lupa pula jenguk rakyat di kawasan pulau-pulau terutama di sabah,rasanya lama tidak nampak muka wakil rakyat……..ambil perhatian

  • Ca_xden

    nk dkt pru br nk sibuk trun…manusia..

  • Lanunpairet

    turun padang bila ada liputan je kee

  • Faridsuearief

    rtm1,2,tv3 dll kan ada camna bole kata takde liputan, takkan rtm buat liputan utk pembangkang, nampak sangat bohongnya

G1M

Review http://mynewshub.my on alexa.com