- Malaysia Hotel: Tempah Hotel di Jom.com.my untuk Menikmati Kadar Diskaun Online
- Kekalkan Keseimbangan Aura agar Elemen Positiviti Melingkari Kehidupan Anda.
- Pendaftaran Badal Haji 1433 / Tahun Masihi 2012 DIBUKA SEKARANG!
- ++ALAT SENAMAN LELAKI DI BILIK MANDI++
- [ BISNES ] - Agen e-Reload 1 Malaysia diperlukan
- P-A-N-A-S-S-S..!!! Rahsia "KEBESARAN" Suami Saya Yang Didambakan Setiap Wanita...
PETALING JAYA – Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek meminta Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menyenaraikan juara badminton remaja dunia Zulfadli Zulkifli dalam skuad negara yang akan beraksi pada Kejohanan Piala Thomas di Wuhan, China, Mei ini.
Ahmad Shabery berkata adalah lebih baik untuk negara menghantar pemain muda dan berbakat ke kejohanan itu daripada menghantar pemain yang dijangka mengalami kekalahan.
“Jika Zulfadli tewas pun saya tidak anggap ia sebagai satu kekalahan yang mengecewakan sebaliknya sebagai satu ‘kemenangan tertangguh’ kerana percaya beliau mampu menebus kemenangan pada perlawanan edisi berikutnya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM)-100Plus 2011 di sini Ahad.
Pada majlis itu Zulfadli dinobat sebagai pemenang Anugerah Atlet Remaja Terbaik 2011.
Ahmad Shabery berkata negara memerlukan lebih ramai pemain yang berumur antara 16 dan 17 tahun. – BERNAMA
Iklan Teks:


