Thursday, May 17, 2012


Polis P.Pinang Letup Bom Lama

    February 25, 2012

2 Comments


GEORGE TOWN — Unit pemusnah bom dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang memusnahkan sebiji bom mortar lama yang ditemui di tepi sungai berdekatan tapak pesta Sungai Nibong pagi ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata, bom dari jenis “dummy” bersaiz 60mm itu telah dibawa ke sebuah kuari di Jelutong untuk diletupkan pada pukul 12 tengah hari.

“Bom yang telah berkarat itu ditemui oleh seorang penduduk kampung Sungai Dua di sini dan masih berada dalam keadaan baik,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau seterusnya menasihatkan orang ramai yang menemui sebarang objek menyerupai bom supaya tidak mengubah atau membersihkannya, sebaliknya terus menghubungi polis, kerana ia dikhuatiri boleh meletup.

Gan berkata polis tidak menolak kemungkinan bom itu dihanyutkan arus sungai ke kawasan itu. — BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Letupan Bom Di New Delhi Bunuh 9 Orang
Graduan Kor Suksis Lebih Cerah Sertai Pasukan Polis
Rasuah: Bekas Polis Dipenjara 2 Tahun
PKPIM Kritik Tindakan Polis Terhadap Mahasiswa
Insiden Tebusan: Fifi Ramadhani Masih Trauma
Polis Tahan 26 Pelacur Asing Di Ampang
MCPF: Polis Tingkat Keberkesanan Kepolisan
Wanita Thailand Ditahan Bawa Dadah
Geng 6 Jari Tumpas Di Tangan Polis
Peguam Malaysia Mintak Nyawa Di Youtube
Polis Cari Warga Iran Saksi Kes Dadah
Polis Serbu Makmal Dadah Haram
Pernah Tak Kita Hormat Pasukan Polis Kita?
PDRM Pantau Keselamatan Di Sempadan Thailand
Polis Lumpuhkan Sindiket Pemerdagangan Organ

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • http://adebrann.blogspot/ neena hs

    mujur selamat…

  • http://adebrann.blogspot/ neena hs

    alhamdulillah..

G1M

Review http://mynewshub.my on alexa.com