Thursday, May 17, 2012


ICE 2012: Langkah Mula Penyiaran Ke Arah Islamik

    February 25, 2012

No Comments


Alor Gajah – Pameran Komunikasi Islam (ICE 2012) yang dianjurkan oleh para pelajar semester akhir Fakulti Komunikasi dan Multimedia Universiti Teknologi MARA (UiTM) disifatkan sebagai satu permulaan transformasi media ke arah yang lebih berkonsep Islamik.

Ketua Projek ICE 2012, Mohd Adi Lokman berkata, ICE 2012 dijangka akan menjadi pemangkin ke arah satu hala tuju baru bidang komunikasi yang kebiasaannya sering dianggap lebih menjurus ke arah dunia hiburan dan sosial.

“ICE 2012 merupakan satu langkah permulaan komunikasi media yang lebih Islamik dan saya mengharapkan agar ia mampu merubah persepsi masyarakat terhadap bidang ini.

“Biasanya bila sebut Mass Comm (bidang komunikasi), masyarakat akan fikir hiburan, sosial dan dunia glamor, jadi kami nak buktikan bahawa Mass Comm bukan terhada setakat itu. Kami juga pentingkan penyiaran yang menuju ke arah Islamik,” kata Mohd Adi di sini hari ini.

Bagaimanapun, Adi menjelaskan bahawa bukan mudah untuk menarik minat rakyat negara ini untuk ke arah pembaharuan komunikasi Islam dan ia perlu dilakukan secara perlahan-lahan, konsisten serta disulami dengan pendekatan wasatiah.

“Bukan senang nak ubah mindset masyarakat Malaysia untuk menjurus ke arah penyiaran yang Islamik, tapi saya yakin ramai umat Islam di negara ini yang akan menyokong dan minat usaha ke arah tersebut,” jelasnya lagi.

ICE 2012 merupakan sebuah program dua hari, bermula pada hari ini dan esok, yang diusahakan seratus peratus oleh 203 orang pelajar UiTM Melaka yang diilhamkan oleh Adi serta jawatankuasanya yang dipilih dari kalangan pelajar semester akhir tersebut.

Mereka sepakat untuk mencipta “ombak” transformasi bidang komunikasi ke arah yang lebih Islamik melalui ICE 2012 sama ada kepada siaran media elektronik, cetak dan sebagainya pada masa akan datang.

Pameran yang bertemakan “Reviving The Spirit of Islam” itu diadakan di kompleks membeli belah Dataran Pahlawan di sini menyediakan 38 gerai pameran yang menawarkan fesyen busana, media penyiaran dan lain-lain yang berkonsepkan Islam.

Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN / Foto: YUMNI HARUN

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Festivel Keusahawanan Mahasiswa UiTM Melaka

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
G1M

Review http://mynewshub.my on alexa.com