Thursday, May 17, 2012


Datuk Siti Beli Rumah RM1 Juta Di Australia

    February 25, 2012

54 Comments


KUALA LUMPUR – Penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menandatangani perjanjian membeli sebuah pangsapuri satu bilik di The Istana dalam majlis pelancaran projek kediaman itu semalam.

Pemaju hartanah tempatan, Magna Prima Bhd. yang menjadi peneraju utama dalam pembinaan kediaman itu di Melbourne, Autralia menampilkan Siti Nurhaliza sebagai pembeli dan pelabur pertama unit kediaman mewah itu.

Dalam majlis pelancaran itu, Pengarah Eksekutif Magna Prima Bhd., Datuk Rahadian Mahmud berkata, sebanyak RM714 juta telah dilaburkan sebagai nilai pembangunan kasar projek tersebut.

Tidak menafikan pelaburan ke atas The Istana merupakan projek sulung syarikat itu, Rahadian melihat perkembangan projek itu sebagai langkah awal untuk memperluaskan perniagaan hartanah ke luar negara.

“Pelaburan ke atas The Istana merupakan projek sulung kami di luar negara dan sedikit sebanyak mempercepatkan langkah kami untuk meluaskan perniagaan ke peringkat serantau,” kata Rahadian.

Malah, perkembangan dan kemajuan pembinaan kediaman itu juga telah memberikan keuntungan di mana 62 peratus kediaman itu telah pun dijual kepada pembeli-pembeli warga Australia dan antarabangsa.

Kediaman The Istana yang dijangka siap dibina pada tahun 2014 juga memberikan peluang kepada warga Malaysia untuk membeli hartanah itu bagi yang menetap di negara tersebut.


“Kami melihat ramai orang memilih untuk membeli hartanah di luar negara terutamanya di Australia dan United Kingdom kerana kedua-duanya merupakan lokasi pusat pengajian tinggi malah golongan profesional muda Malaysia juga mula berminta untuk melabur ke Australia ketika ini,” katanya.

The Istana merupakan pangsapuri kediaman menara tunggal setinggi 25 tingkat terletak di A’Beckett Street iaitu di tengah-tengah kawasan pusat perniagaan Melbourne.

Sebelum ini, projek itu dikenali sebagai Dynasty Living yang dibangunkan di atas tanah sebesar 10,800 meter persegi yang mempunyai 320 unit kediaman.

Pertukaran nama kepada The Istana merupakan satu langkah strategik untuk mencerminkan ciri hartanah dan sentuhan arkitek Malaysia.

Oleh: NAIMAH SHAARI

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Siti Nurhaliza At SIMPLYSITI First Anniversary Concert
Siti Nurhaliza's Response On SimplySiti Issue
SimplySiti Confirmed Halal, Safe
Siti Nurhaliza Bertudung Atau Tidak?
Mumbai: Rumah Paling Mahal Terbiar
Penerbit Indonesia Berminat Tampilkan Siti Nurhaliza
Cubaan Letup Rumah Gagal
Penghuni Nyaris Maut Rumah Terbakar
Rumah Mampu Milik Di Kajang Siap September
PERDA Bina 238 Unit Rumah Kos Rendah
Siti Nurhaliza Minta Bayaran RM500,000 Untuk 30 Minit? Biar Betul...
Kolaborasi Siti Nurhaliza, Bruno Mars
Mangsa Kebakaran Dapat Bantuan Rumah
1022 Rumah Akan Dibina Di SPT Tahun Ini
Wanita Ubah Suai Rumah Yang Salah

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100001485382706 El Tiger

    gile laa..

    • syuk rie

      rezeki masing2….semua dtg dr ALLAH SWT…kita kena brsyukur dgn apa yg dikurniakn pd diri kita..

  • Fiqtaekwondoitf

    buat ape beli rumah mahal2.. nanti tempat kta dlm kubur jugak… tak baik membazir duit… baik sedekah kat org..

    • dingh

       kalau tak reti maksud pelaburan.. baik duk diam..

    • lily

      dia mmg suka menderma laaa.. biarlah duit dia sekali sekala nak indulge n buat pelaburan bijak

  • http://www.facebook.com/aisya.ayamegojo Aisya Ayame Gojo

    waaaaa….

  • wawa

    baik sedekah kat aku duit tu…nk mkn pon susah ank beranak….

    • toleransi

      berusaha laa.. cari rezeki sndiri.jgn dok suka mnta simpati sdekah org lain.DCTpun usaha keras jga..tu sbb dia kaya..hihi.peace…:)

    • @zura_2012

      sedekah pada org yg betul2 memerlukan tak pe…tp kalau kuat lagi tulang 4 kerat…lebeh baik usaha sendri….malu kat org jeee…..

    • firz

      kerje n berusahalah

      ct pon dulu org susah gak
      p berkat usaha n kerja keras dye ni hasilnye…
      so moral of the story kejayaan ta dtg bergolek

  • Feeq

    perhhhh..1 juta kott

  • http://www.facebook.com/people/Muhammad-Afif-Abdullah-Zawavi/844102331 Muhammad Afif Abdullah Zawavi

    perghhhh…mmbazir je…tp duit dy…xpela.huuuu…

  • TLQE

    untunglah dapat dijadikan aset

  • Zy

    Org berusaha deserve la nk beli apa pun..kalau dia ada 10juta nk dermakan 10juta juga ke kt org susah?tak payah nak sakit hati tgk kejayaan utk lain dari usaha dia sendiri.Allah swt tak akan mengubah nasib sesuatu bangsa kalau dia sendiri tak berusaha.

  • http://www.facebook.com/people/Harimau-Malaya/100000120592021 Harimau Malaya

    baek duet tue wakaf utk mebangunkan dan mengembangkan syiar islam

    • Zy

      Xpayah noob sgt la..kau tau ke dia ada buat amal kebajikan ke x..dari kau belom tentu mampu!puihh

    • firz

      ta perlu la na komen negatif camtu sgt..

      ntah2 duit dye tuh da byk ddermakan n mbantu org
      cume kite je yg ta tau, ct kan tkenal dgn sikap humble dye..
      so lau ta tau ape2 diam je lah

  • Fiza_mdnor

    kebanyakkan smua komen yg negatif mmg perangai melayu ni keji dan phd,spttnya bangga tgk org melayu blh beli kediaman mewah siapa sngka dr berek polis skrg mmpu beli rumah satu juta,dia nk mmbazir ke apa ke duit dia lg pon ct mmpu,cnth artis yg berjaya xpyah nk dedah2,seksi2,bangga dgn ct

  • amysuzana

    kita yg xde duit ni ckp membazir..bg dato ct benda 2 biasa je kot..biarla kan..dh duit dia.lg pon ct n dato k mmg terkenal sbg psgn yg dermawan..sekali sekala guna duit hasil ssh pyh utk kepuasan diri sendri rsnya xsalah..tahniah ct!!

  • Budaxxtemok

    ta pyh nk jeles sngt lar sbb org uh bnyak wet..1juta tuk die bli rumah tp wet yg lain die da bnyak sedekahkn tuk org2 ssh.ta kn ape yg die nk uat @ sedekahkn nk kecoh kt org2 plak..manusia skrng bkn nk bangga dngn melayu yg lain tp nk mnyutuk je plak..

  • http://www.facebook.com/red.one.echizen Red-one Echizen

    wah

  • Muhammad Fakhrul Alif

    byk btol komen negatif kt cni ye..camne la nk maju kalo asyik dengki je ngan org….DCT mampu beli..biarla..xpyh la nk hitung dosa pahala org//x pyh la nk hitung amal kebajikan org…..ntah2 duit dia tu dh byk sedekah kt umah anak yatim yg ada kt malaysia nih…siap diorang bina masjid lg utk penduduk kmpung…. hentikanlah dgn komen2 negatif ni…mcm mne nk maju……haishh…

  • fatanat

    alhamdulillah..syarikat MELAYU…moga ramai lagi usahawan melayu yg dpt naik..jgn kita lps kt bngsa ln ja…

  • http://www.facebook.com/people/Izzatunnazmi-Syazwan-Abd-Aziz/675053253 Izzatunnazmi Syazwan Abd Aziz

    alhamdulillah rezeki tu..

  • http://twitter.com/risyati ris

    whowww… 1 bilik je, RM1 juta.

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=1084355758 Rohazarenka Marion Elise Dolla

    biar lah…dia bijak menggunakan duit…beli hartanah..jadi aset utk masa depan..bukan nya berfoya2… at least nampak hasil penat lelah dia selama ini.

  • Kluklexkhan

    yang mana dok negatif ni biasanya puak-puak pembangkang la nie koja depa nie memang hasad dengki sesama melayu

    • shenchz

      hek eleh..cm la krajaan xpanh negatif..oh lpe..najib kn mulia..duh~

  • http://www.facebook.com/people/Mazlinda-Moktar/100001021130850 Mazlinda Moktar

    alah kumpul harta banyak2 pun x guna.klu anak xda.

    • shenchz

      bia la dea..dh rezeki anak dea xde..ni komen berbaur jeles n negatif..

    • lily

      bukan dia saja taknak anak leeee

  • Ridz_farhana

    tahniah Datuk Siti .. smoga rmai lg artis yg ley mncontohi Datuk Siti utk buat aset di msa hdapan … thniah again Siti . .   

  • http://adebrann.blogspot/ neena hs

    rezeki….

  • http://adebrann.blogspot/ neena hs

    untung badan!

  • http://adebrann.blogspot/ neena hs

    bagus la kumpul aset!~

    • dingh

       baru ku tau, post 2 – 3 patah je komen, cepat dpt jadi top komentor.

      • http://adebrann.blogspot/ neena hs

        dah tu je aku nak komen…kalau ko nak komen panjang berjela… ko taip la panjang2… ade paham????

        • shenchz

          haha..xkn la kne troll sket dh ngamok..rilek la..

  • Oyuakguinea11

    oh tedah, apa nak diheboh2kan. Siti memang berkemampuan pun & dia bukan mengamal rasuah. Itu pun kalau Aus dollar ia hanya dlm lingkungan kurang dari 1/2  juta Aus $.

  • http://cisdel.com/ topo

    perghh apartment 1 bilik

  • http://www.facebook.com/shuhaimiramli Shuhaimi Ramli

    pehh..gilo kaya

  • http://www.facebook.com/people/Akid-Zulqarnain/100002278223203 Akid Zulqarnain

    publisiti dari pemaju je nih… 

    -bapaknya Akid-

    • http://www.facebook.com/profile.php?id=1190007684 Zamani Zahari

      mungkin jugak…..tp duit dia dh byk sgt2 ler tu bole jek nak beli umah juta2 kan…..:)

  • mat yo!

    untunglaaaaaaa

  • http://twitter.com/Adam_Lim Adam Lim ™

    best ni…my fav

  • Landsay Peterd

    siti,,,belikan rumah saya satu,,huhuhuhuhuh

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100002660167930 Hisyam Wazir

    kaya boleh la

  • Norackey

    Rumah 1 Juta 1 bilik, ermmm

  • http://www.facebook.com/people/Irma-Erlina/100002992517129 Irma Erlina

    bagus!

  • firz

    untung org pandai gune kan duit dgn btl

    kumpol aset demi mase dpn..
    tahniah DCT..
    tahniah juge tok syarikat yg berjaya membina projek dluar negare
    semoge bertambah berjaya wat mereka ber2

  • http://www.facebook.com/people/Felicia-Lim/100003027348228 Felicia Lim

    kayanya

  • shenchz

    letak 1 juta…ROI dpt berjuta2..bazir ke tidak 2?..sblum komen tnjuk kn la bijak 2 sket..org labur kt hartanah..pnh dgr ke hartanah mkin jatuh hrge?..lagi naek ade la..slagi development n peningkatan penduduk2 smkin naek..

    oh lpe..tnh jatuh kt keliling lynas nnt..

  • Tribal

    1 juta sahaja? yg lembu tu tinggal 9 juta..lagi 2 biji lagi…

  • Tuan Azman Putra

    pelaburan jakapanjang….Tribal…lembu tu nko ke yg punya kerja

G1M

Review http://mynewshub.my on alexa.com