Thursday, May 17, 2012


Cara Dan Langkah Elakkan Tidur Berdengkur

    February 25, 2012

22 Comments


Berdengkur adalah satu bunyi bising yang dikeluarkan semasa bernafas dalam tidur apabila sebahagian saluran pernafasan bahagian atas seseorang tersumbat.

 Dengkur berlaku ketika terdapatnya sekatan pada aliran udara di dalam saluran pernafasan di bahagian belakang mulut dan hidung seseorang. Bunyi bising dengkuran terjadi apabila tisu di bahagian atas saluran pernafasan bergesel dan bergetar di antara satu sama lain.

 Kebiasaannya, gejala dengkur terjadi sejak dari kecil lagi dan bertambah kerap mengikut pertambahan umur seseorang. Malah, kajian para penyelidik di Amerika Syarikat mendapati gejala dengkur yang bermula dari usia kanak-kanak berpontensi merubah keadaan diri seseorang itu seperti menjadi hiper-aktif sejak dari kecil.

 Pada 2002, pasukan penyelidik dari Universiti Michigan melaporkan, daripada 229 kanak-kanak yang ditemui, mereka yang kerap berdengkur dua kali ganda berpotensi menjadi hiper-aktif.

 Jadi, adalah amat penting untuk mencegah dan merawat gejala dengkur daripada menjadi lebih buruk hingga boleh mengundang rasa tidak selesa dan menggangu persekitaran sewaktu tidur.

 Penyelidik tersebut juga ada mengeluarkan sebab-sebab terjadinya gejala dengkur. Antaranya:

  1.     Lemah otot-otot pada lidah, lelangit lembut dan tekak.
  2.     Tisu tekak yang besar dan tebal.
  3.     Lelangit lembut dan uvula (anak tekak) yang panjang.
  4.     Saluran pernafasan tersekat.

Rawatan bagi merawat berdengkur adalah bergantung kepada diagnosis yang dibuat. Pemeriksaan akan menunjukkan dengkur adalah disebabkan oleh alahan hidung, jangkitan, kecacatan atau masalah tonsil dan rawatan akan diberi mengikut sebab-sebab yang dikenal pasti.

Antara cara dan langkah yang disarankan oleh penyelidik untuk mengurangkan dan mengelakkan tidur berdengkur ialah:

- Kurangkan berat badan jika anda mengalami masalah berat badan berlebihan.

- Kurangkan pengambilan arak atau ubatan yang mempunyai kesan mengantuk pada waktu tidur.

- Cegah pengambilan tranquilizer, pil tidur dan antihistamina sebelum tidur.

- Elak pengambilan arak sekurang-kurangnya 4 jam dan mengambil makanan berat atau ringan dalam tempoh 3 jam, sebelum berehat.

- Amalkan tidur pada waktu yang tetap setiap hari.

- Utamakan posisi tidur mengiring daripada posisi terlentang.

- Tinggikan kepala katil lebih kurang 4 inci ke atas supaya posisi kepala lebih tinggi dan lidah tidak tertolak ke belakang.

Mencegah itu lebih baik dari merawati. Kesihatan tubuh badan amat penting untuk dijaga supaya tidak akan menimbulkan sebarang kesusahan kemudian hari.

Oleh: NAIMAH SHAARI

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Tak Reti Bangun Pagi? Ramos Jawapannya!
Hak Badan Dan Tips Tidur Dari Rasulullah SAW
Tergantung Di Katil Ketika Berjalan Dalam Tidur

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • http://adebrann.blogspot/ neena hs

    baru tau…..

  • http://adebrann.blogspot/ neena hs

    tq atas info

  • http://adebrann.blogspot/ neena hs

    mohon share

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=1320608149 Puma Loco

    like

  • Ca_xden

    hahaha..nk try la~

  • Adam

    info bernas

  • http://www.infraklia.com/ arek

    tq

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100002108556824 T-ara Arzeillia

    good to know..

  • http://www.facebook.com/eman.isa Eman Isa

    owhh..patut pun ade yg tdo sampai 2-3 biji bantal kat kepala

  • http://www.facebook.com/people/Joanna-Yong/100000002605242 Joanna Yong

    tips berguna.

  • http://www.facebook.com/fyda.ct Fyda Ct

    thxs u!!

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100001061750887 Muhammad Hafizuddin

    nice tips..

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100001031463404 Mohd Yasir

    tips terbaek.. ^^

  • Faridsuearief

    sunnah nabi tidur mengiring

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=1346353863 Mohd Akil

    bagus

  • Ea_unni

    baguih nie~

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=1402560171 Ef Garfield

    membantu ni

  • http://www.facebook.com/abdulmuiez Abdul Muiez Ruslee

    bagus2

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=1190007684 Zamani Zahari

    ok akan cuba diamalkan nnt…..:)

  • http://www.facebook.com/people/Izzatunnazmi-Syazwan-Abd-Aziz/675053253 Izzatunnazmi Syazwan Abd Aziz

    good advice~

  • Ca_xden

    hahahaha….just try

  • Hidaya Hans

    owh cam 2 nnt nk try lah….

G1M

Review http://mynewshub.my on alexa.com