Thursday, May 17, 2012


‘Pinjam’ Bapa Hanya Untuk Bahagikan Harta

    February 25, 2012

29 Comments


Seorang warga emas yang berusia 75 tahun hanya ‘dipinjam’ oleh lima orang anaknya dari sebuah rumah penjagaan dan kebajikan orang-orang tua di Johor kerana ingin menyelesaikan urusan pembahagian harta pusaka yang dimiliki oleh warga emas itu.

Lelaki tua yang biasa dipanggil dengan nama Wak telah lama ditinggalkan oleh anak-anaknya di Pusat Penjagaan Warga Emas Nur Ehsan, Kempas, dan berada di bawah penjagaan Pengurus pusat kebajikan, Norijah Bidin.

Pun begitu, ketika pertengahan bulan lalu, anak-anak kepada Wak datang ke pusat penjagaan itu dan berjumpa dengan Norijah meluahkan hasrat untuk mengambil bapa mereka semula.

Malah, kelima-lima anak Wak itu menyatakan mereka sudah insaf dan ingin menjaga dan merawat Wak sendiri.

Selain itu, mereka berjanji kepada Norijah untuk menjaga Wak dengan baik dan teratur.

Tetapi, ‘kebahagian’ dan janji yang ditaburkan itu sebenarnya adalah plasu semata-mata apabila Wak ‘dipulangkan’ semula ke pusat penjagaan itu beberapa jam selepas mereka mengambil warga emas itu.

“Saya terkejut apabila kerana selepas beberapa jam, mereka datang dan menyerahkan semula Wak kepada kami untuk dijaga.

“Apabila ditanya, kelima-lima mereka memberi alasan konon kehadiran bapa mereka mencetuskan pelbagai masalah dalam keluarga,” kata Norijah.

Tatkala membaca kisah diri Wak, tak dapat penulis gambarkan kesedihan dan kekecewaan terhadap anak-anak warga emas ini yang lebih mementingkan harta dari diri bapa mereka sendiri hingga sanggup ‘membuang’ jauh seorang insan yang mempunyai pertalian darah dengan mereka.

Terlalu kejam bukan?

Islam meletakkan ibu bapa pada tempat yang tinggi dari segi kedudukannya dan seseorang itu wajib mentaati kedua ibu dan bapanya selagi ketaatan tersebut tidak bertentangan dengan Syariat Allah SWT.

Kita diperintahkan oleh Allah SWT untuk berbuat baik kepada keduanya, bercakap dengan lemah-lembut dan sopan-santun, juga dilarang mengucapkan perkataan yang dapat mengguris hati mereka walaupun sekadar mengucapkan “ah“.

Di samping itu, hendaklah kita sentiasa mendoakan kebaikan sama ada ketika kedua-duanya masih hidup atau telah meninggal dunia.

Perintah berbuat baik kepada kedua ibu bapa ini adalah kerana Allah SWT mahu kita menghargai pengorbanan mereka untuk memelihara dan membesarkan kita dengan penuh kasih-sayang.

Bahkan, Allah SWT meletakkan keterikatan keredaannya bersama keredaan ibu bapa. Seseorang itu tidak akan memperolehi keredaan Allah SWT, tanpa terlebih dahulu meraih keredaan kedua ibu bapanya.

“Keredaan Allah bergantung pada keredaan ibu bapa, dan kemurkaan Allah bergantung pada kemurkaan kedua-dua ibu bapa” – Riwayat Al-Hakim

Kalau dahulu Wak boleh berhempas pulas dan membanting tulang menjaga kelima-lima anaknya, kenapa tidak seorang dari anaknya sanggup menjaga dirinya?

Renungkanlah.

Oleh: NAIMAH SHAARI

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Bapa Wayne Rooney Ditahan Kes Judi Haram
'Peon' Miliki Harta Berjuta Ringgit
Kucing Warisi Harta RM39 Juta!
Hakim Perlu Isytihar Harta Tidak Lama Lagi
Hakim Isytihar Harta Tingkat Keyakinan Orang Ramai
Menteri Wajar Isytihar Harta Kepada SPRM - Tun M
PAS Cabar Pemimpin Kabinet Isytihar Harta
SPRM Tidak Wajar Simpan Rekod Harta Menteri
Wajibkan Menteri, Timbalan Menteri Isytihar Harta
Bapa Paling Tua Di Britain Meninggal Dunia

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • Anis_afr

    anak durjane. kecik2 tanak mampos. kesian wak tu, kalau tau besar2anaknye nak jadi binatang liar, baik dy takde anak. :’(

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=1466082003 Gjen Zyzan

    Nauzubillah…cian Wak kena tipu oleh anak sendiri tuh!kejam sungguh

  • http://www.facebook.com/people/Hafizi-PetPot/100000729185060 Hafizi PetPot

    knp lar kejam sgt..

  • http://adebrann.blogspot/ neena hs

    kejamnya!!!

  • http://adebrann.blogspot/ neena hs

    sape la anak2 dia ni yer??

  • http://adebrann.blogspot/ neena hs

    memalukan!

  • syue zamri

    xpatut2…cian kt wak…

  • http://www.facebook.com/people/Raud-Salam/100000004994023 Raud Salam

    ni setan…bkn anak..perghh…geram jer

  • hamidah hashim

    anak yg x mengenang jasa..seeloknya wak x usah lagi doa kn utk ”mereka”..

  • http://www.facebook.com/aifbac Farid N Camax

    Ya Allah…tersentuh bace berita nih…xsangka anak die sanggup buat begitu..

    yg da anta kat rumah tu 1 hal…lame lak tu, ambik balik kejap dapat harta, buang balik..sanggup diowg wat gitu..teruk!!

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100000211075457 Ain Zulaikha

    tension la aku bce artikel ni

  • Hasri_2020

    ala nanti anak deme pulak akan buang deme masa deme tua nanti..sejarah kompom berulang,,itu janji tuhan..ruginye tak dapat pahala BONUS bela orangtua…

  • Akeilshot

    manusia mcm nie pown ade ke ???

  • dingh

    tulis je nama anak2 wak tu sini… 

  • Matt Dean93

    what comes around goes around..

    • komentar

      What goes around comes around :-) … De lo balasan utk anak derhaka cmtu… :-) ishishish…iktibar….

  • Abonk91

    dunia ank nya mmg kejam :[

  • Mc_aniey86

    bangan anaknyaaaaaaaaa iniiii..ya ALLAH….tolongla balas segala yang telah dilakukan oleh ank2nya….

  • Fyi

    :( apa punyer anak la

  • Fatin_jahafarizal

    janji allah itu pasti… 
    pasti akn ade balasan buat mereka….

  • Ramonr23

    harap cucu2 wak tu akan buang ibu bapa diaorang kt sungai..bia padan muka kau anak!!!!!!!!

  • Trabor_dd

    klu kate bodo maroh… ni spsis nape laaaaa…. bodo,bangang,gile,tongong,celake…. name yng sesuai untuk anak wak ini…….. harap2 anak die 2 insaf laaa sebelum terlambat….

  • ASH

    aq benci orang cm 2…dose besar korang anak xgune.

  • abu

    ada jugak orng mcm tu.. tak tahu ape yg ada dlm kepala hotak diorng.. bodoh yg amat..

  • taring_girls

    ingatkann crita kat tv jer!!! anak2 yg x kenang budi!!! allah maha adil…ibubapa xkan murka sbb aygkan anak jd d maafkan!!!..wahai c anak yg gila harta  sesungguhnya allah pinjamkan sj bla2 ms Dia nak akan d tariknya smula bru ko nak tgadah!!!
    insaf2la sudah2la…sian Wak!!!
    takper hari pembalasan kan ada….

  • http://adebrann.blogspot/ neena hs

    sedih baca…

  • Landsay Peterd

    issssssssssssssshhh

  • ayinn

    Dosa kepada ibubapa pembalasannya di dunia.. Kita tunggu dan lihat~

    p/s: semoga diturunkan hidayah kepada mereka dan semoga ia mnjadi iktibar kepada kita..

  • http://www.facebook.com/people/Izzatunnazmi-Syazwan-Abd-Aziz/675053253 Izzatunnazmi Syazwan Abd Aziz

    anak derhaka betoi la.. betul la, ibubapa bole jaga anak2 yg ramai tapi belum tentu anak2 yg ramai nak jaga ibubapa dorang.. nauzubillah..

G1M

Review http://mynewshub.my on alexa.com