Thursday, May 17, 2012


SPR Nafi Penyelewengan Dalam Pendaftaran Pemilih

    February 24, 2012

3 Comments


KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menafikan dakwaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahawa organisasi itu memindahkan pengundi dari satu kawasan ke kawasan lain.

Setiausahanya, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria, berkata dakwaan yang disiarkan dua akhbar semalam adalah tidak benar kerana SPR melaksanakan urusan pendaftaran pemilih berdasarkan kerangka undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

“Undang-undang yang ada sekarang tidak memberi kuasa kepada SPR untuk menukarkan alamat pusat mengundi seseorang pemilih berdaftar tanpa pemilih itu sendiri memohon untuk bertukar alamat seperti yang dinyatakan dalam Fasal (4) Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan.

“Subperaturan 12(1) dan (2) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftar Pemilih) 2002 menyatakan SPR hanya boleh menukar alamat pusat mengundi seseorang pemilih berdaftar jika pemilih itu telah mengisi Borang A iaitu borang pendaftaran pemilih yang ditetapkan undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mengulas dakwaan wujud sesuatu “tidak kena” mengenai senarai nama yang tidak dipamerkan, Kamaruddin berkata pihak yang tidak berpuas hati atau curiga tentang senarai nama dalam sesuatu Rang Daftar Pemilih Tambahan (DPT) boleh membuat bantahan semasa tempoh pameran Rang DPT itu berlangsung.

“Bagi Parlimen P.107 Subang, sepanjang penerimaan Borang A bagi Daftar Pemilih Tambahan suku tahun keempat 2011, SPR telah menerima sebanyak 2,352 permohonan pendaftaran baru dan 2,705 permohonan tukar alamat pusat pengundi.

“Semasa pameran Rang DPT bagi Parlimen itu semua nama tersebut telah dipamerkan beserta 1,146 nama pemilih untuk penandaan pemotongan kerana bertukar alamat dari parlimen itu,” katanya.
Beliau berkata, hasil semakan SPR sepanjang tempoh pameran Rang DPT berlangsung dari 8 hingga 14 Februari lalu, kawasan Parlimen itu menerima 90 bantahan yang dibuat ke atas pasangan tentera dengan alasan mereka tidak layak mengundi secara pos.

Berhubung pertambahan jumlah pemilih di kawasan Parlimen itu, Kamaruddin berkata statistik SPR menunjukkan peningkatan sebanyak 2,487 orang bagi tempoh 2004 hingga 2006, menjadikan jumlah keseluruhan 71,441 pengundi.

Kamaruddin berkata, urusan pembetulan lokaliti ke dalam daerah mengundi sebenar telah diselesaikan dan SPR telah memaklumkan perkara tersebut kepada semua parti politik di Selangor.

“Dari segi perubahan pusat mengundi, SPR akan memaklumkan sebarang perubahan melalui media cetak dan elektronik…dan bagi pilihan raya umum ke-13 akan datang setiap pusat mengundi akan dipasang kain rentang untuk memudahkan pengundi mengenal pasti tempat mengundi masing-masing. – BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

SPR Sediakan Pendaftaran Pemilih Secara On-Line
SPR Cadang Benarkan Beberapa Sektor Undi Awal
Persiapan SPR Hadapi PRU-13 Berjalan Lancar
30 Peratus Anggota PBTM Belum Daftar Mengundi
SPR: Guna Daftar Pemilih Bersih Untuk PRU-13
Bawa Keluar Kertas Undi Boleh Dipenjara - SPR
Tidak Wajar Anwar Gesa SPR
OKU: Perlu Tambah Baik Kemudahan Mengundi
SPR Akan Kenal Pasti Cadangan
PRU Ke-13 Mungkin Lebih Mencabar Bagi SPR
PAS Ingatkan SPR Bukan Parti Politik
Pemuda PAS Minta P'gerusi SPR Letak Jawatan
Daftar Pemilih Tambahan Boleh Disemak Mulai Hari Ini
Saifuddin: 'Kenapa Perlu Saya Minta Maaf'
SPR Kekalkan 40,558 Pengundi Ragu

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • http://www.facebook.com/people/Azrealz-Realz/100000441116081 Azrealz Realz

    ermmm

  • http://www.facebook.com/dama.amore1 Khairul Naim Saedin

    yola tu

  • http://adebrann.blogspot/ neena hs

    tak abis jd kontroversi

G1M

Review http://mynewshub.my on alexa.com