MYNEWSHUB.MY - PORTAL BERITA ONLINE TERHANGAT MASA KINI!
Saturday, April 19, 2014


Penyenaraian FGVH: Bila Terhantuk, Baru Nak Tergadah

Bila Terhantuk, Baru Nak Tergadah

    February 24, 2012




Sidang media petang Rabu 22 Februari 2012 oleh Pengerusi Lembaga FELDA Tan Sri Isa Samad, merangkap Pengerusi FELDA Global Ventures (FGV) mengenai penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) akan diteruskan walaupun terdapat beberapa halangan oleh Koperasi Permodalan FELDA (KPF).

Sebuah entiti baru (SPV) akan digunakan bagi menjamin kepentingan 112,635 peneroka FELDA dalam gerak-kerja korporat yang gergasi ini.

Oleh kerana terdapat anasir anasir dikalangan Lembaga Pengarah (BOD) dan Pengurusan KPF yang menimbulkan pelbagai halangan dan kesulitan untuk Perwakilan KPF meluluskan cadangan bagi FELDA Holdings Bhd (FHB) disuntik ke dalam FGVH bagi mendapatkan pegangan 35% dari modal berbayar syarikat konglomerat gergasi baru itu, maka rancangan gerak-kerja yang telahpun mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti ini telah diketepikan.

Secara amnya, ramai percaya Kerajaan Persekutuan telah mengkaji secara menyeluruh dan mendalam hasrat dan cadangan Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak untuk menyenaraikan FGVH di Bursa Malaysia dan memberikan KPF sebagai pemegang saham terbesar dan kesan strategik kepada masyarakat peneroka FELDA.

Ianya adalah cara bagaimana hasil berupa nilai-tambah dari perniagaan yang dijana dari aktiviti perladangan FELDA dapat disalurkan kepada 112,635 peneroka FELDA dan 108,000 warga-kerja dan keluarga FELDA, melalui KPF.

Komen Negarawan Industri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai usaha Dato’ Sri Najib memartabatkan sosio ekonomi warga FELDA, melalui penyenaraian FGVH:

Tidak senaraikan FGVH jika benar rugikan peneroka Felda

KUALA LUMPUR 23 Feb. – Kerajaan tidak akan sewenang-wenangnya meluluskan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGVH) seandainya nasib peneroka Felda tidak terjamin.

Tun Dr. Mahathir Mohamed berkata, sudah tentu kerajaan sudah memastikan rizab pemilikan kepada peneroka tidak terjejas, sebaliknya penyenaraian itu bakal memberi jaminan dan mengambil kira kepentingan peneroka.

Katanya, penyenaraian syarikat itu bertujuan meluaskan perniagaan dalam skala lebih besar dan ia memerlukan modal yang cukup banyak.

”Kalau hendak mengharapkan Felda sudah tentu tidak mampu, sebab itulah disenaraikan.

”Kalau ia sudah disenaraikan, tidak semestinya kepentingan mereka tidak terjamin, sudah tentu perkara itu diambil kira kerajaan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Persatuan Pemilik-pemilik Kapal Sokongan Luar Pesisir (OSV Malaysia) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas ditanya mengenai proses penyenaraian FGVH yang mendapat tentangan hebat.

Kemuncak tentangan itu apabila Koperasi Permodalan Felda (KPF) menerima injuksi mahkamah bagi menghalang koperasi tersebut membuat keputusan berhubung penyenaraian FGVH, semalam.

Tambahnya, dengan penyenaraian FGVH, syarikat itu berupaya meluaskan operasinya, sekali gus ia memberi manfaat dan faedah berterusan kepada para peneroka Felda.

”Penyenaraian ini bertujuan memastikan para peneroka Felda mendapat ganjaran wang dan dividen yang sama pada setiap tahun,” tambahnya.

***********************
Cadangan asal penyenaraian FGVH ini akan melibatkan 350,000 tanah milik FELDA Plantations digabungkan dengan syarikat syarikat dibawah FGV dan FHB.

Dijangkakan modal berbayar pada nilai par FGVH ialah RM 6 billion dan dijangkakan akan melonjak kepada RM 20-21 billion dalam jangkamasa terdekat pasca penyenaraian. Keuntungan sebelum cukai dan kepentingan minoriti dianggarkan berjumlah RM 1.8-2 billion.

Kepentingan 112,635 orang peneroka FELDA dijamin melalui 35% pegangan KPF dalam FGVH, tanpa tanah tanah peneroka diambil bagi tujuan penyenaraian tersebut.

Jumaat 17 Februari lepas, lapan orang ahli KPF telah memohon dari Mahkamah Tinggi Kuantan untuk injuksi sementara bagi menghalang Mesyuarat Khas Perwakilan (EGM) EPF yang dijadualkan pada 22 Februari.

Dalam mesyuarat khas BOD KPF pada pagi 21 Feb, mereka telah mengeluarkan notis pembatalan EGM tersebut, tanpa mengarahkan peguam mewakili KPF benar benar cuba untuk menghujahkan kenapa injuksi interim itu perlu diketepikan, demi kepentingan majoriti ahli KPF.

Pada 5 Januari, injuksi menghalang EGM untuk KPF meluluskan cadangan penyenaraian FGVH juga telah dikeluarkan.

Nampaknya, beberapa personaliti Utama KPF bersekongkol dengan Pembangkang seperti Presiden ANAK Mazlan Aliman, merangkap AJK Pusat PAS, dalam usaha mengelirukan dan memberikan dakyah untuk mengagalkan penyenaraian FGVH.

Setelah program penyenaraian FGVH melibatkan KPF gagal dan Kerajaan Persekutuan masih lagi meneruskan program penyenaraian FGVH, melalui entiti lain, barulah majoriti Perwakilan KPF sedar bertapa ruginya mereka.

Ini termasuk kenyataan yang dibuat Pembangkang seperti PAS dan PKR, walaupun selama ini mereka merupakan dalang utama menghasut masyarakat peneroka menolak cadangan ini.

Bila Terhantuk, Baru Nak Tergadahhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/02/Penyenaraian-FGVH.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/02/Penyenaraian-FGVH-150x150.jpg MyNewsHub
Sidang media petang Rabu 22 Februari 2012 oleh Pengerusi Lembaga FELDA Tan Sri Isa Samad, merangkap Pengerusi FELDA Global Ventures (FGV) mengenai penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) akan diteruskan walaupun terdapat beberapa halangan oleh Koperasi Permodalan FELDA (KPF). Sebuah entiti baru (SPV) akan digunakan bagi menjamin kepentingan 112,635 peneroka...
Sidang media petang Rabu 22 Februari 2012 oleh Pengerusi Lembaga FELDA Tan Sri Isa Samad, merangkap Pengerusi FELDA Global Ventures (FGV) mengenai penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) akan diteruskan walaupun terdapat beberapa halangan oleh Koperasi Permodalan FELDA (KPF). Sebuah entiti baru (SPV) akan digunakan bagi menjamin kepentingan 112,635 peneroka FELDA dalam gerak-kerja korporat yang gergasi ini. Oleh kerana terdapat anasir anasir dikalangan Lembaga Pengarah (BOD) dan Pengurusan KPF yang menimbulkan pelbagai halangan dan kesulitan untuk Perwakilan KPF meluluskan cadangan bagi FELDA Holdings Bhd (FHB) disuntik ke dalam FGVH bagi mendapatkan pegangan 35% dari modal berbayar syarikat konglomerat gergasi baru itu, maka rancangan gerak-kerja yang telahpun mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti ini telah diketepikan. Secara amnya, ramai percaya Kerajaan Persekutuan telah mengkaji secara menyeluruh dan mendalam hasrat dan cadangan Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak untuk menyenaraikan FGVH di Bursa Malaysia dan memberikan KPF sebagai pemegang saham terbesar dan kesan strategik kepada masyarakat peneroka FELDA. Ianya adalah cara bagaimana hasil berupa nilai-tambah dari perniagaan yang dijana dari aktiviti perladangan FELDA dapat disalurkan kepada 112,635 peneroka FELDA dan 108,000 warga-kerja dan keluarga FELDA, melalui KPF. Komen Negarawan Industri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai usaha Dato’ Sri Najib memartabatkan sosio ekonomi warga FELDA, melalui penyenaraian FGVH: Tidak senaraikan FGVH jika benar rugikan peneroka Felda KUALA LUMPUR 23 Feb. – Kerajaan tidak akan sewenang-wenangnya meluluskan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGVH) seandainya nasib peneroka Felda tidak terjamin. Tun Dr. Mahathir Mohamed berkata, sudah tentu kerajaan sudah memastikan rizab pemilikan kepada peneroka tidak terjejas, sebaliknya penyenaraian itu bakal memberi jaminan dan mengambil kira kepentingan peneroka. Katanya, penyenaraian syarikat itu bertujuan meluaskan perniagaan dalam skala lebih besar dan ia memerlukan modal yang cukup banyak. ”Kalau hendak mengharapkan Felda sudah tentu tidak mampu, sebab itulah disenaraikan. ”Kalau ia sudah disenaraikan, tidak semestinya kepentingan mereka tidak terjamin, sudah tentu perkara itu diambil kira kerajaan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Persatuan Pemilik-pemilik Kapal Sokongan Luar Pesisir (OSV Malaysia) di sini hari ini. Beliau berkata demikian selepas ditanya mengenai proses penyenaraian FGVH yang mendapat tentangan hebat. Kemuncak tentangan itu apabila Koperasi Permodalan Felda (KPF) menerima injuksi mahkamah bagi menghalang koperasi tersebut membuat keputusan berhubung penyenaraian FGVH, semalam. Tambahnya, dengan penyenaraian FGVH, syarikat itu berupaya meluaskan operasinya, sekali gus ia memberi manfaat dan faedah berterusan kepada para peneroka Felda. ”Penyenaraian ini bertujuan memastikan para peneroka Felda mendapat ganjaran wang dan dividen yang sama pada setiap tahun,” tambahnya. *********************** Cadangan asal penyenaraian FGVH ini akan melibatkan 350,000 tanah milik FELDA Plantations digabungkan dengan syarikat syarikat dibawah FGV dan FHB. Dijangkakan modal berbayar pada nilai par FGVH ialah RM 6 billion dan dijangkakan akan melonjak kepada RM 20-21 billion dalam jangkamasa terdekat pasca penyenaraian. Keuntungan sebelum cukai dan kepentingan minoriti dianggarkan berjumlah RM 1.8-2 billion. Kepentingan 112,635 orang peneroka FELDA dijamin melalui 35% pegangan KPF dalam FGVH, tanpa tanah tanah peneroka diambil bagi tujuan penyenaraian tersebut. Jumaat 17 Februari lepas, lapan orang ahli KPF telah memohon dari Mahkamah Tinggi Kuantan untuk injuksi sementara bagi menghalang Mesyuarat Khas Perwakilan (EGM) EPF yang dijadualkan pada 22 Februari. Dalam mesyuarat khas BOD KPF pada pagi 21 Feb, mereka telah mengeluarkan notis pembatalan EGM tersebut, tanpa mengarahkan peguam mewakili KPF benar benar cuba untuk menghujahkan kenapa injuksi interim itu perlu diketepikan, demi kepentingan majoriti ahli KPF. Pada 5 Januari, injuksi menghalang EGM untuk KPF meluluskan cadangan penyenaraian FGVH juga telah dikeluarkan. Nampaknya, beberapa personaliti Utama KPF bersekongkol dengan Pembangkang seperti Presiden ANAK Mazlan Aliman, merangkap AJK Pusat PAS, dalam usaha mengelirukan dan memberikan dakyah untuk mengagalkan penyenaraian FGVH. Setelah program penyenaraian FGVH melibatkan KPF gagal dan Kerajaan Persekutuan masih lagi meneruskan program penyenaraian FGVH, melalui entiti lain, barulah majoriti Perwakilan KPF sedar bertapa ruginya mereka. Ini termasuk kenyataan yang dibuat Pembangkang seperti PAS dan PKR, walaupun selama ini mereka merupakan dalang utama menghasut masyarakat peneroka menolak cadangan ini.

Iklan Teks:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014