- Malaysia Hotel: Tempah Hotel di Jom.com.my untuk Menikmati Kadar Diskaun Online
- Kekalkan Keseimbangan Aura agar Elemen Positiviti Melingkari Kehidupan Anda.
- Pendaftaran Badal Haji 1433 / Tahun Masihi 2012 DIBUKA SEKARANG!
- ++ALAT SENAMAN LELAKI DI BILIK MANDI++
- [ BISNES ] - Agen e-Reload 1 Malaysia diperlukan
- P-A-N-A-S-S-S..!!! Rahsia "KEBESARAN" Suami Saya Yang Didambakan Setiap Wanita...
KUALA LUMPUR – Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun di Selangor maut akibat wabak denggi pada minggu lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Sri Dr. Hasan Abdul Rahman berkata, hasil pemeriksaan mendapati kadar pembiakan Aedes di tempat kediaman pesakit amat tinggi.
“Kadar pembiakan Aedes di tempat kediaman pesakit 5.8 peratus dan sebanyak dua kompaun maksimum RM500 tdikeluarkan kepada dua penghuni premis yang didapati mempunyai pembiakan,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Hasan berkata, satu gotong-royong perdana telah dijalankan di kalangan masyarakat di kawasan itu bagi membasmi tempat pembiakan Aedes.
Justeru, beliau menasihatkan masyarakat terutamanya yang berada di lokaliti berwabak peka dengan situasi itu dan mengambil langkah-langkah pencegahan Denggi.
Mengulas isu berkaitan, katanya, bermula 1 Januari hingga 18 Februari lalu sebanyak 3,511 kes denggi dilaporkan dan merupakan peningkatan sebanyak 247 kes berbanding 3,264 kes bagi tempoh sama tahun 2011.
Menurutnya, pada tempoh yang sama juga sebanyak 12 kematian akibat demam denggi dilaporkan berbanding hanya enam kematian pada tahun 2011. – mynewshub.my
Iklan Teks:


