Thursday, May 17, 2012


Polis Belum Keluarkan Permit Himpunan Hijau

    February 23, 2012

4 Comments


KUANTAN – Polis belum memutuskan sama ada untuk mengeluarkan permit atau tidak bagi Himpunan Hijau 2.0 yang dirancang diadakan di sini, Ahad ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusof, berkata polis akan mengadakan perjumpaan dengan penganjur esok berhubung perkara itu.

“Kami sudah menghantar surat kepada penganjur untuk mengadakan mesyuarat pada hari Rabu lalu tetapi atas sebab tertentu, perjumpaan itu ditunda esok,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Kuantan, Haslinda Hassan, berkata MPK tidak akan mengeluarkan permit kepada penganjur perhimpunan itu di Padang MPK1 sekiranya mereka tidak mendapat kelulusan polis.

Selasa lalu 26 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh Pahang membuat laporan polis membantah perhimpunan itu dengan alasan ia boleh menimbulkan masalah keselamatan dan ketenteraman awam.

Himpunan Hijau 2.0 bertujuan membantah operasi syarikat Lynas Advanced Material Plants yang diberikan lesen beroperasi sementara. – BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Polis Kesan Lelaki Lempar Bahan Mudah Terbakar
Polis Buru Lelaki Terlibat Kes Penipuan
Polis Nafi Anggota Terlibat Kes Culik, Bunuh
Polis Tahan 11 Lelaki, Rampas Dadah RM20 Juta
Polis Temui 50 Pelajar Sekolah Agama Didera
Polis Kenal Pasti 2 Lelaki Terbabit Pecah Kereta
MCPF: Polis Tingkat Keberkesanan Kepolisan
Polis Kelantan Rampas Heroin Hampir RM1 Juta
Rondaan Bersama PDRM Dan ATM Di KLIA
Polis Cari Dua Saksi Wanita Kes Dadah
Wanita Thailand Ditahan Bawa Dadah
Polis Kesan Wanita Iran Saksi Kes Dadah
Siasatan Tembak Rakan Setugas Selesai
PDRM Rugi Lebih RM1 Juta Gara-Gara Bersih 3.0
MELAMPAU! - Maki Anjing Dan Mahu Tembak Polis

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • http://www.facebook.com/profile.php?id=1384806446 Syahir Alias

    dulu kuning..skrang hijau..colourfull la

  • http://adebrann.blogspot/ neena hs

    huhuhu

  • yoyo

    biasela die xde keje..jd berarak jela keje die~

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=1402560171 Ef Garfield

    hijau pulakkk

G1M

Review http://mynewshub.my on alexa.com