- Malaysia Hotel: Tempah Hotel di Jom.com.my untuk Menikmati Kadar Diskaun Online
- Kekalkan Keseimbangan Aura agar Elemen Positiviti Melingkari Kehidupan Anda.
- Pendaftaran Badal Haji 1433 / Tahun Masihi 2012 DIBUKA SEKARANG!
- ++ALAT SENAMAN LELAKI DI BILIK MANDI++
- [ BISNES ] - Agen e-Reload 1 Malaysia diperlukan
- P-A-N-A-S-S-S..!!! Rahsia "KEBESARAN" Suami Saya Yang Didambakan Setiap Wanita...
KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda Pas Selangor (DPP Selangor) mendakwa penubuhan Kelab UMNO Pesara Kerajaan Malaysia (Kupekmas) bertujuan memastikan kakitangan awam memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Ketuanya, Hasbullah Mohd. Ridzwan mendakwa, penubuhan badan bukan kerajaan (NGO) itu juga sebagai satu usaha terdesak BN yang bimbang terhadap trend ramai bekas kakitangan awam kini secara terbuka menyokong parti PAS.
“DPP Selangor percaya penubuhan NGO ini mempunyai muslihat tertentu kerana BN gusar menghadapi gelombang ‘penghijrahan’ bekas kakitangan kerajaan yang telah bersara kedalam parti pembangkang,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Media pada 20 Februari lalu melaporkan bekas kakitangan awam dinasihatkan menyertai Kupekmas supaya kebajikan mereka terus dipelihara.
Setiausaha Kehormatnya, Datuk Abdul Rahman Manan dipetik berkata, penyertaan dalam Kupekmas juga secara tidak langsung dapat mengekalkan hubungan yang harmoni antara kelab dengan kerajaan.
Menurut beliau, pihak kelab akan berusaha mendapatkan peruntukan dan dana daripada kerajaan untuk memberi faedah kebajikan seperti sakit kritikal, kemalangan serius
yang dialami oleh ahli dan keluarga peserta.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman adalah Presiden Kupekmas. – mynewshub.my
Iklan Teks:


