Thursday, May 17, 2012


PABM 2012: Bila ‘Mat Salleh’ Masuk Kampung….

    February 23, 2012

9 Comments


Hari ini kita sekali lagi bercakap mengenai Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM).

Seperti yang kita tahu pada 5 Mac ini, seramai 68 orang peserta dari Afghanistan, Afrika Selatan, Albania, Amerika Syarikat, Algeria, Arab Saudi, Belanda, Hungary, Itali, Jepun dan lain-lain negara dunia akan sekali lagi mengegarkan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, tempat berlangsungnya acara itu nanti.

Sebenarnya PABM bukan sekadar satu pertandingan pidato semata-mata.

Penganjur sebenarnya telah menyediakan pelbagai aktiviti bagi membolehkan para peserta ini mengenali lebih dekat budaya dan cara hidup masyarakat Melayu.

Sebagai contoh, dalam pertandingan sebelum ini,  para peserta telah dibawa ke Homestay Agrotourism Sungai Rambai, Melaka untuk tinggal bersama keluarga angkat selama empat hari

Dengan itu, ia secara tidak langsung akan meningkatkan kefahaman mereka terhadap budaya masyarakat Melayu yang selama ini hanya diketahui melalui pembacaan dan media elektronik di negara masing-masing.

Keseluruhan program menjadi lebih berkesan kerana peserta dapat merasai sendiri pengalaman hidup bersama keluarga Melayu.

Pengalaman ini mampu memperkayakan pengetahuan peserta tentang budaya hidup masyarakat Melayu terutama dalam aspek kehidupan berkeluarga, bermasyarakat, budaya dan ekonomi.

Antara aktiviti yang telah disusun untuk para peserta sepanjang program inap desa ini adalah lawatan ke ladang sawit dan kilang sawit, ladang getah dan kolam menternak ikan; menyaksikan demonstrasi kraftangan, mencanting batik, membuat kuih tradisional Melayu, ketupat dan lemang.

Para peserta juga akan diperkenalkan dan mencuba permainan tradisional Melayu seperti gasing, congkak, batu seremban, sepak raga bulat, konda-kondi dan guli.

Ternyata kesannya lebih besar dan bermanfaat daripada sekadar membawa mereka melawat kawasan bandar raya yang mana mereka telah biasa melihat ‘hutan batu’ di negara masing-masing.

Pada pertandingan tahun ini, para peserta akan melalui pengalaman bercampur iaitu merasai kehidupan di kota besar Kuala Lumpur dan kawasan kampung di luar bandar khususnya kawasan Felda.

Ia akan lebih diingati terutama dalam aspek cara hidup masyarakat Melayu di Felda.

Selama ini mereka hanya mendengar tentang kejayaan sebuah organisasi menaiktaraf kehidupan masyarakat daripada daif kepada kehidupan yang lebih berjaya dan terjamin.

Program inap desa di Felda pada tahun ini dijangka dapat memberikan peluang secara langsung kepada para peserta ini melihat sendiri kejayaan Felda sebagai sebuah organisasi membela nasib rakyat yang berjaya di dunia.

Sebenarnya penulis rasa cukup bertuah kerana berpeluang bersama-sama dengan para peserta ini merasai program inap desa yang disediakan penganjur.

Bayangkan, kalau penulis yang memang dah biasa melalui kehidupan kampung pun masih boleh merasai keseronokan itu, apatah lagi para peserta luar yang kebanyakannya datang dari negara Eropah.

Sehinggakan ada yang tak nak balik kerana terlampau teruja dengan suasana kampung yang tenang dan mendamaikan.

Ditambah lagi penghuninya cukup mesra dan peramah…walaupun adakalanya perbualan antara orang kampung dan para peserta ibarat ‘ayam dan itik’, namun ia bukanlah penghalang untuk mereka bercampur bersama dan bergurau senda.

Agak sedih juga bila ada di antara peserta yang mengalirkan airmata apabila terpaksa berpisah dengan keluarga angkat masing-masing bila program itu tamat.

Namun itulah lumrah kehidupan, yang pasti para peserta ini tidak mungkin dapat melupakan kenangan sewaktu berada di Malaysia, bumi yang bertuah ini.

Dalam erti kata lain, PABM bukan sekadar pertandingan pidato, ia lebih dari itu! - Oleh SYAHRIL A. KADIR

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri Kembali Lagi
PABM: Ada 'Mat Salleh' Lebih Petah Dari Warga Kita Sendiri...
Jumlah Penyertaan PABM 2012 Dijangka Meningkat
Peserta PABM 2012 Mula Tiba Di Putrajaya
Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 2012
Peserta PABM 2012 Teruja Berada Di Malaysia
PABM 2012: Debaran Makin Kencang, Esok Gelanggang Dibuka
Peserta PABM 2012 Minat Filem Sepet
Gambar: Sekitar Hari Pertama PABM 2012
PABM 2012: 17 Pemidato Berentap Di Separuh Akhir
PABM Martabat Bahasa Melayu Di Mata Dunia
PABM: Gelagat Lucu Warnai Peringkat Separuh Akhir Pertandingan
PABM: Lapan Ke Peringkat Akhir
Bangsa Asing Iktiraf B.M, Bangsa M'sia Bila Lagi?
PM Umum Sayembara Novel 1Malaysia Untuk Penulis Seluruh Dunia

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • Luthfi6773

    mat salleh sdg sibuk mengenali budaya org melayu..tp org kita sibuk mengikut budaya mereka..dah trbalik..tp aku bngga ngn Malaysia..bleh di anggap Malaysia nie setaraf dgn negara lain..harap2 bahasa Melayu dpt jadi Bahasa antarabangsa..insya’allah

  • Mohamadhafizzuddin

    kita satu malaysia,tak kira apa bangsa sekali pun…orang putih gembira melihat rakyat malaysia kerana mereka suka dengan keadaan sekeliling dan kawasan yang amat indah yang berkehijauan…orang putih seronok datang kekawasan kekampungan kerana mereka dapat melihat pelbagai jenis kehidupan,adat tradisi orang malaysia yang berbilang  kaum dan mereka sangat teruja dengan kehidupan di malaysia…semoga orang putih dapat bergembira semasa berada di malaysia…thank you…

  • http://www.facebook.com/fyda.ct Fyda Ct

    nice!

  • http://adebrann.blogspot/ neena hs

    best!

  • http://www.facebook.com/people/Aizat-Safwan-Amir/100000456166480 Aizat Safwan Amir

    mantap….!budaya melambangkan kenegaraan….

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=1190007684 Zamani Zahari

    byk bagus ini event…..saya mesti tengok!!!!

  • http://www.facebook.com/Miszydian Dian Munira

    ada live kaa nati dkat tv?

  • tamu12

    best best….

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=1402560171 Ef Garfield

    comel jer mat salleh ni

G1M

Review http://mynewshub.my on alexa.com