Thursday, May 17, 2012


Lelaki Bangla Diperintah Bela Diri Kes Rogol

    February 23, 2012

1 Comment


PETALING JAYA – Seorang lelaki warga  Bangladesh diperintah membela diri oleh  Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan  merogol seorang budak perempuan berusia 13  tahun pada awal tahun lalu.

Hakim Yasmin Abdul Razak membuat keputusan  itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya  membuktikan kes prima facie terhadap lelaki itu  yang hanya dikenali sebagai Mamun di akhir kes  pendakwaan.

Tertuduh berusia 31 tahun yang bekerja sebagai  pencuci kereta itu diperintah membela diri  bermula 14 Mac depan.

Dia didakwa melakukan perbuatan tersebut di  dalam sebuah kedai kosong di Jalan PUJ 3/12,  Taman Puncak Jalil di sini pada 14 Februari tahun  lalu.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut  Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang  memperuntukkan hukuman penjara minimum  lima tahun dan maksimum 20 tahun serta  sebatan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan  Pendakwa Raya, Hemy Annerina Haja Mydin  manakala tertuduh diwakili peguam Gurmit Singh  Hullon. – mynewshub.my

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Lelaki Ditemui Mati Dengan Tangan Terikat
Askar AS Dihukum Penjara Kerana Rogol
Enam Lelaki Beli Nombor Ekor `Kantoi'
Lelaki Mengaku Pegawai Khas Perdaya Penduduk
Lelaki Bebas Tuduhan Bunuh Isteri, Cedera Anak
Bapa Pengecut Dikecam Di China
Tampil Ceritakan P'galaman Dirogol Bapa Sendiri
Lelaki Paling Pendek Dunia Enggan Berkahwin
Kisah Lelaki Paling Gemuk Di Dunia, Keith Martin
3 Lelaki Didenda RM800 Kerana Merusuh
Lelaki Masih Hidup Setelah 2 Bulan Terperangkap Dalam Salji
Lelaki Lemah Dengan Wanita?
Penganggur Didakwa Rogol, Menyamar Polis
Bekas Banduan Ditahan Rogol Anak Tiri
Lelaki Kudung Henti Kahwin Selepas 100 Anak

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • http://www.facebook.com/people/Akid-Zulqarnain/100002278223203 Akid Zulqarnain

    hmm… bangsat!

    -bapaknya Akid-

G1M

Review http://mynewshub.my on alexa.com