Thursday, May 17, 2012


Kisah Budak Suka Makan Batu Dan Pasir…

    February 23, 2012

25 Comments


Kalau dilihat kepada fizikal dan keadaan kanak-kanak lelaki dari Sulawesi Selatan, Indonesia ini, tiada apa-apa yang aneh mahu pun pelik untuk difikir.

Namun, Panji, anak kepada pasangan Yusran dan Salma itu sememangnya mempunyai tabiat pelik mengenai sistem pemakanannya.

Pasti ramai yang tidak akan percaya, kanak-kanak yang berusia lima tahun itu lebih gemar menjadikan pasir dan batu sebagai menu utama makanannya setiap hari.

Menurut kata ibu bapanya, Panji mempunyai tabiat buruk tersebut sejak dia berusia setahun dan tabiat itu tidak langsung berubah apabila dia sudah memasuki alam persekolahan.

Malah, keluarga dan saudara-mara mereka juga tidak dapat melakukan apa-apa dari menegah Panji untuk terus menjadikan pasir dan batu sebagai makanan kegemarannya.

Teman-teman Panji pula sudah terbiasa dengan sikap anehnya dan akan memakan pasir dan batu ketika tidak diperhatikan oleh orang ramai.

Sekiranya terdapat orang yang memerhatikannya untuk memakan benda-benda kotor itu, Panji akan serta-merta menjadi malu dan tidak akan meneruskan tabiatnya.

Apa yang lebih pelik lagi, sekiranya Panji tidak menjamah makanan kotor itu, kesihatan tubuh badan Panji akan merosot dan menjadi lemah-lemah seperti tidak mempunyai sebarang tenaga.

Hingga kini, Panji masih belum melakukan sebarang pemeriksaan lanjut kesihatannya dan tidak pernah mengadu sakit perut setelah menjamah pasir dan batu.

Macam-macam…

Oleh: NAIMAH SHAARI

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Gadis Mati Akibat Upacara Halau Hantu
Budak Lelaki Maut Kena ‘Basuh’
Lelaki Teruna Tapi Ada 14 Orang Anak
Hantu Di Bilik Karaoke? Berhati-hati...
Berbaris Lihat Janggut Nabi Muhammad SAW
Budak Maut Dikunci Dalam Bilik Yang Sejuk
Keluarga 'India' Albino Terbesar Di Dunia
Kes Parah...Lelaki Ini Asyik Ketawa Sejak Menjalani Pembedahan Dua Tahun Lalu!
Dilema Gadis 21 Tahun Miliki Saiz Buah Dada Besar
Wanita Berubah Usia Dari 46 Kepada 20-an
VIDEO PELIK ...- Pengunjung Pantai Dibaham Paus Pembunuh Hidup-hidup
Malique Tuntut Keadilan Kerajaan Malaysia
Wanita Tarik Perhatian Kerana Berbogel Di Lapangan Terbang
Sekolah Salah Eja Nama Sendiri
Gerabak Kereta Api Dalam Rumah

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • http://www.facebook.com/amiruddin26 Amiruddin Nawawi

    Untnglah xpayah beli beras..

  • aku

    bdak ni  ada ‘pica- geophagy’ kot.. pica is one type of eating disorder… mungkin je lah

    • Topi

      btl dh tu..sindrom pnyakit pica tu..

  • http://www.facebook.com/people/Akid-Zulqarnain/100002278223203 Akid Zulqarnain

    batu camner leh hadam? mesti ‘kuar’ gak kan? hmmm… 

    -bapaknya Akid-

  • http://www.facebook.com/people/Low-Weng-Yet/100001623374660 Low Weng Yet

    makan pasir & batu? Kotor? entah lah

  • http://www.facebook.com/people/Tam-St/100002889053833 Tam St

    macam mana makan batu?

  • http://www.facebook.com/people/Sha-Fiqz/100000177339164 Sha Fiqz

    blh buat lauk lah lupak batu dgn pasir tue..

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100001031463404 Mohd Yasir

    walao.. hebat tu.. 

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100000894047859 Yamanashi Masamune

    perut budak ini mungkin memliki bacteria2 yg lain dari bacteria2 baik yg biasa hidup dalam perut manusia. perut budak ini mungkin memiliki bacteria2 yg mencernakan logam sebagai contoh arthrobacter oxydans, desulfovibrio desulfuricans, yang boleh mencerna logam2 berat dan batu.

    • Topi

      MUNGKIN..hahah..brtambah musykil dgr pekataan tu

  • http://www.facebook.com/marmaslan Mar Maslan

    jimat duit cmtu.

  • http://www.facebook.com/people/Amalina-Sport/100003184727978 Amalina Sport

    biasalah kan bila ianya berlaku seperti org yang mengidam.tak dapat banyak sikit pun jdla…mgkin tabiat itu akan hilang kerana adik ini punya sikap malu…

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100000623650451 Hafizuddin Silimiyah

    makan batu.knapa tak makan konkrit terus…inilah manusia

  • taring_girls

    kesian gak kat adik ni….ala mucuk2
    harap hilang la tabiat ni x elok utk ksihatan….

  • taring_girls

    tanda kekuasaan allah
    bukan ke smuanya ciptaan allah
    adik ni x jatuh sakit pon….insyallah!!!

  • Anonymous

    adoyai.berpasir mulut aku baca citer ko ni dik ooi

  • http://www.facebook.com/people/Zarakhi-Hafiz/100000181316446 Zarakhi Hafiz

    lain manusia lain seleranya…

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=1332859632 Fatin Hazdzirah

    Dari tanah kau di ciptakan, kat tanah jugak kau cari makan

  • Puteri Bintang

    Kekuasaan Allah SWT yang menciptakan manusia di muka Bumi ini.

  • Noormaizatulsaira

    Setiap yang d ciptakan oleh ALLAH TAALA..
    pasti akan ada nikmatNYA
    sesgguhnya hnya Dia yg Maha Mengetahui akn sesuatu kejadian…

  • Amennaem

    wah… jimat kos…hehehe

  • http://www.facebook.com/people/Ieka-Leyka-Fauzi/100000003773929 Ieka Leyka Fauzi

    kuasa allah. siapa boleh halang .

  • http://www.facebook.com/norasyimah Norasyimah Saifullah

    subhanallah Allah telah menunjukan kuasaNya

  • http://www.facebook.com/syi92 Syi Ismail

    untung MakAyah dia..jimat..:D

  • mila

    hahaha..di negara luar memang pelik2 kdg2 xmasuk akal

G1M

Review http://mynewshub.my on alexa.com