- Malaysia Hotel: Tempah Hotel di Jom.com.my untuk Menikmati Kadar Diskaun Online
- Kekalkan Keseimbangan Aura agar Elemen Positiviti Melingkari Kehidupan Anda.
- Pendaftaran Badal Haji 1433 / Tahun Masihi 2012 DIBUKA SEKARANG!
- ++ALAT SENAMAN LELAKI DI BILIK MANDI++
- [ BISNES ] - Agen e-Reload 1 Malaysia diperlukan
- P-A-N-A-S-S-S..!!! Rahsia "KEBESARAN" Suami Saya Yang Didambakan Setiap Wanita...
BATU PAHAT – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya merampas 3,338 karton rokok keretek pelbagai jenama bernilai RM286,482 termasuk cukai yang cuba diseludup masuk menerusi perairan daerah ini semalam.
Rokok tersebut ditemui di dalam sebuah bot yang tersadai di kawasan paya bakau di muara Sungai Koris pukul 6.15 pagi, dipercayai dari Indonesia.
Terdahulu, anggota Maritim Malaysia yang melakukan rondaan dengan menggunakan bot Petir 85 mengesan bot itu dalam keadaan mencurigakan pada kedudukan enam batu nautika ke selatan Tanjung Laboh dan mengarahkan tekong supaya berhenti namun tidak diendahkan.
Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim Adon Shalan berkata, anggotanya mengejar bot itu selepas ia dipandu laju menuju daratan.
“Bagaimanapun, selepas hampir setengah jam mengejar, kami menemui bot itu yang berukuran 15 meter panjang dan dilengkapi tiga enjin Yamaha 200 kuasa kuda yang diubah suai, tersadai di kawasan paya bakau, manakala tekong dan krew telah melarikan diri.
“Di dalam bot itu ditemui sebanyak 50 guni berisi rokok pelbagai jenis seperti Gudang Garam Surya, Gudang Garam Nusantara Hijau, Gudang Garam Nusantara Merah dan Halftime 5,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Adon berkata, bot bersama enjin digunakan suspek yang dianggarkan bernilai RM35,000 turut dirampas dan ditunda ke jeti Kastam di sini untuk siasatan lanjut.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 (Akta 235) kerana kesalahan mengangkut barang larangan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 135 (1)(iii)(aa) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda antara 10 hingga 20 kali nilai dagangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Beliau meminta orang ramai terutamanya nelayan supaya menyalurkan meklumat mengenai kegiatan mencurigakan di perairan negara kepada pihaknya di talian 07-4344020. – mynewshub.my
Iklan Teks:


