MYNEWSHUB.MY - PORTAL BERITA ONLINE TERHANGAT MASA KINI!
Friday, April 18, 2014


Lisa Surihani Kekalkan Adat Melayu Mandi Bunga

Lisa Surihani Kekalkan Adat Melayu Mandi Bunga

    February 22, 2012




PETALING JAYA – Tinggal sehari sahaja lagi pelakon cantik dan manis, Lisa Surihani bakal menamatkan status anak daranya dengan pelakon, penyanyi dan pengarah popular Yusry Abdul Halim.

Meskipun dibesarkan dalam dunia serba canggih, Lisa masih lagi mengekalkan dan mengamalkan amalan tradisi Melayu sebelum berlangsungnya majlis perkahwinannya.

Bagi memenuhi permintaan ibunya, Siti Amira Ahmad, Lisa setuju untuk mengadakan adat melayu mandi bunga, majlis berinai dan majlis khatam Al-Quran sebelum statusnya bertukar menjadi isteri orang.

“Ibu saya berpesan, walaupun mahu mengadakan sebuah perkahwinan yang sederhana, amalan dalam adat Melayu mesti dilakukan. Justeru itu pada 17 Februari lalu, saya telah melakukan majlis berinai dan mandi bunga di rumah kawan saya bernama Huda.

“Kemudian, dua hari selepas itu pula majlis khatam Al-Quran diadakan bersama saudara-mara wanita sahaja. Malah seminggu sebelum itu, saya meminta penyanyi Datuk Julie Sudiro mengajar saya mengaji agar dapat melancarkan lagi ketika membaca ayat-ayat suci Al-Quran,” kata Lisa yang dipetik dari mStar Online.

Seperti masih lagi belajar untuk menjadi seorang isteri yang sempurna, Lisa mengaku ibunya banyak memberikan nasihat sebagai persediaan untuk melayari bahtera rumah tangga.

Menyifatkan alam rumah tangga sesuatu perkara yang indah, Lisa tidak menolak setiap rumah tangga yang dibina pasti akan diusik seketika dengan pelbagai masalah dan itu mengajar dirinya agar tidak cepat melatah serta bijak mengawal emosi diri sendiri.

Justeru itu, Lisa mengharapkan agar peminat-peminat di luar sentiasa mendoakan kebahagian dan kesejahteraan rumah tangganya yang bakal dibina nanti.

“Ibu saya berkata, bila dah bergelar isteri, maka perlulah bertolak ansur, tidak melatah dan tidak boleh membantah kata suami.

“Macam-macam lagi dia nasihat, dan yang paling penting, saya perlu tahu bahawa alam rumah tangga tidak selalunya indah dan ada masanya, ia boleh mengganggu diri jika tidak pandai mengawal emosi.

“Insya-Allah, semoga saya mengikuti setiap kata-katanya. Saya juga berharap agar mereka di luar sana mendoakan kebahagiaan kami,” kata Lisa.

Yusry dan Lisa akan diijabkabulkan di Hotel Marriot, Putrajaya pada 23 Februari manakala majlis resepsi pula akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, tiga hari selepas itu.

Oleh: NAIMAH SHAARI

Lisa Surihani Kekalkan Adat Melayu Mandi Bungahttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/02/Lisa-Surihani-Kekalkan-Adat-Melayu-Mandi-Bunga.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/02/Lisa-Surihani-Kekalkan-Adat-Melayu-Mandi-Bunga-150x150.jpg MyNewsHub
PETALING JAYA – Tinggal sehari sahaja lagi pelakon cantik dan manis, Lisa Surihani bakal menamatkan status anak daranya dengan pelakon, penyanyi dan pengarah popular Yusry Abdul Halim. Meskipun dibesarkan dalam dunia serba canggih, Lisa masih lagi mengekalkan dan mengamalkan amalan tradisi Melayu sebelum berlangsungnya majlis perkahwinannya. Bagi memenuhi permintaan ibunya, Siti...
PETALING JAYA – Tinggal sehari sahaja lagi pelakon cantik dan manis, Lisa Surihani bakal menamatkan status anak daranya dengan pelakon, penyanyi dan pengarah popular Yusry Abdul Halim. Meskipun dibesarkan dalam dunia serba canggih, Lisa masih lagi mengekalkan dan mengamalkan amalan tradisi Melayu sebelum berlangsungnya majlis perkahwinannya. Bagi memenuhi permintaan ibunya, Siti Amira Ahmad, Lisa setuju untuk mengadakan adat melayu mandi bunga, majlis berinai dan majlis khatam Al-Quran sebelum statusnya bertukar menjadi isteri orang. "Ibu saya berpesan, walaupun mahu mengadakan sebuah perkahwinan yang sederhana, amalan dalam adat Melayu mesti dilakukan. Justeru itu pada 17 Februari lalu, saya telah melakukan majlis berinai dan mandi bunga di rumah kawan saya bernama Huda. "Kemudian, dua hari selepas itu pula majlis khatam Al-Quran diadakan bersama saudara-mara wanita sahaja. Malah seminggu sebelum itu, saya meminta penyanyi Datuk Julie Sudiro mengajar saya mengaji agar dapat melancarkan lagi ketika membaca ayat-ayat suci Al-Quran," kata Lisa yang dipetik dari mStar Online. Seperti masih lagi belajar untuk menjadi seorang isteri yang sempurna, Lisa mengaku ibunya banyak memberikan nasihat sebagai persediaan untuk melayari bahtera rumah tangga. Menyifatkan alam rumah tangga sesuatu perkara yang indah, Lisa tidak menolak setiap rumah tangga yang dibina pasti akan diusik seketika dengan pelbagai masalah dan itu mengajar dirinya agar tidak cepat melatah serta bijak mengawal emosi diri sendiri. Justeru itu, Lisa mengharapkan agar peminat-peminat di luar sentiasa mendoakan kebahagian dan kesejahteraan rumah tangganya yang bakal dibina nanti. "Ibu saya berkata, bila dah bergelar isteri, maka perlulah bertolak ansur, tidak melatah dan tidak boleh membantah kata suami. "Macam-macam lagi dia nasihat, dan yang paling penting, saya perlu tahu bahawa alam rumah tangga tidak selalunya indah dan ada masanya, ia boleh mengganggu diri jika tidak pandai mengawal emosi. "Insya-Allah, semoga saya mengikuti setiap kata-katanya. Saya juga berharap agar mereka di luar sana mendoakan kebahagiaan kami," kata Lisa. Yusry dan Lisa akan diijabkabulkan di Hotel Marriot, Putrajaya pada 23 Februari manakala majlis resepsi pula akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, tiga hari selepas itu. Oleh: NAIMAH SHAARI

Iklan Teks:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014