Saturday, April 12, 2014


Buka Akaun SSPN Melalui Maybank, Bank Islam - PTPTN

Buka Akaun SSPN Melalui Maybank, Bank Islam

    February 22, 2012




KUALA LUMPUR – Pelajar yang berhasrat memohon pembiayaan pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pada tahun 2012 diminta membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) melalui Maybank dan Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam)

PTPTN melalui satu kenyataan media memberitahu, arahan itu kerana setakat 31 Januari 2012 hanya Maybank dan Bank Islam yang telah berjaya menaik taraf sistem mereka untuk tujuan tersebut.

“Bermula 1 Januari 2012 PTPTN telah mewajibkan pembukaan akaun SSPN sebagai salah satu syarat kelayakan memohon pembiayaan pendidikan PTPTN.

“Bagi memastikan pembukaan akaun SSPN dapat dilaksanakan dengan cepat supaya urusan permohonan pembiayaan pendidikan tidak terganggu, semua bank (Maybank, Bank Simpanan Nasional, Agrobank, CIMB Bank Berhad, Bank Islam dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad yang menjadi ejen PTPTN telah diminta menaiktaraf sistem pembukaan akaun SSPN.

“Setakat 31 Januari 2012 hanya Maybank dan Bank Islam yang telah berjaya menaik taraf sistem mereka,” kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, kata kenyataan itu, para pelajar yang berhasrat memohon pembiayaan pendidikan PTPTN bagi membiayai pengajian mereka di Politeknik, institusi pengajian tinggi (IPT) awam atau swasta pada tahun 2012 diminta membuka akaun SSPN melalui Maybank dan Bank Islam.

Menurut kenyataan itu, pembukaan akaun SSPN melalui bank-bank lain hanya dibenarkan untuk mereka yang berhasrat memohon pembiayaan pendidikan PTPTN selepas tahun 2012.

Bagaimanapun, mereka yang telah mempunyai akaun SSPN, penambahan deposit SSPN boleh dibuat melalui semua saluran sediada iaitu Maybank, Bank Simpanan Nasional, Agrobank, CIMB Bank Berhad, Bank Islam, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad dan kaunter PTPTN.

Tambah kenyataan itu, PTPTN akan memaklumkan kemajuan pelaksanaan kenaikan taraf sistem pembukaan akaun melalui bank-bank lain dari semasa ke semasa.

Buka Akaun SSPN Melalui Maybank, Bank Islamhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/02/Buka-Akaun-SSPN-Melalui-Maybank-Bank-Islam-PTPTN.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/02/Buka-Akaun-SSPN-Melalui-Maybank-Bank-Islam-PTPTN-150x150.jpg MyNewsHub
KUALA LUMPUR - Pelajar yang berhasrat memohon pembiayaan pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pada tahun 2012 diminta membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) melalui Maybank dan Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) PTPTN melalui satu kenyataan media memberitahu, arahan itu kerana setakat 31 Januari 2012 hanya Maybank...
KUALA LUMPUR - Pelajar yang berhasrat memohon pembiayaan pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pada tahun 2012 diminta membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) melalui Maybank dan Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) PTPTN melalui satu kenyataan media memberitahu, arahan itu kerana setakat 31 Januari 2012 hanya Maybank dan Bank Islam yang telah berjaya menaik taraf sistem mereka untuk tujuan tersebut. “Bermula 1 Januari 2012 PTPTN telah mewajibkan pembukaan akaun SSPN sebagai salah satu syarat kelayakan memohon pembiayaan pendidikan PTPTN. “Bagi memastikan pembukaan akaun SSPN dapat dilaksanakan dengan cepat supaya urusan permohonan pembiayaan pendidikan tidak terganggu, semua bank (Maybank, Bank Simpanan Nasional, Agrobank, CIMB Bank Berhad, Bank Islam dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad yang menjadi ejen PTPTN telah diminta menaiktaraf sistem pembukaan akaun SSPN. “Setakat 31 Januari 2012 hanya Maybank dan Bank Islam yang telah berjaya menaik taraf sistem mereka,” kata kenyataan itu. Sehubungan itu, kata kenyataan itu, para pelajar yang berhasrat memohon pembiayaan pendidikan PTPTN bagi membiayai pengajian mereka di Politeknik, institusi pengajian tinggi (IPT) awam atau swasta pada tahun 2012 diminta membuka akaun SSPN melalui Maybank dan Bank Islam. Menurut kenyataan itu, pembukaan akaun SSPN melalui bank-bank lain hanya dibenarkan untuk mereka yang berhasrat memohon pembiayaan pendidikan PTPTN selepas tahun 2012. Bagaimanapun, mereka yang telah mempunyai akaun SSPN, penambahan deposit SSPN boleh dibuat melalui semua saluran sediada iaitu Maybank, Bank Simpanan Nasional, Agrobank, CIMB Bank Berhad, Bank Islam, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad dan kaunter PTPTN. Tambah kenyataan itu, PTPTN akan memaklumkan kemajuan pelaksanaan kenaikan taraf sistem pembukaan akaun melalui bank-bank lain dari semasa ke semasa.

Iklan Teks:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014