MYNEWSHUB.MY - PORTAL BERITA ONLINE TERHANGAT MASA KINI!
Friday, April 18, 2014


Siapa Pihak Asing Mahu Hancurkan Lynas?

Siapa Pihak Asing Mahu Hancurkan Lynas?

    February 21, 2012




OLEH: ZAMIEL HUSSEIN

Tentangan pihak pembangkang di Malaysia berhubung dengan projek pemprosesan nadir bumi oleh Lynas Corporation di Gebeng, Pahang bukanlah satu isu baru di negara ini.  Walaupun bertempayan penjelasan diberikan berhubung dengan tuduhan kononnya projek ini akan mendatangkan mudarat kepada kesihatan masyarakat, semuanya ibarat mencurah air ke daun keladi.

Termasuklah antaranya jawapan oleh pakar sains nuklear dari PAS sendiri iaitu YB Dr. Che Rosli Che Mat merangkap Ahli Parlimen Hulu Langat.

Tapi masih lagi puak-puak ini cuba mempolitikkan dan mengelirukan rakyat dengan mengutarakan fakta-fakta yang sama sekali sudah terbukti tidak benar dan disanggah oleh mereka yang benar-benar ahli di dalam bidang radiasi nuklear ini.

Tidak cukup dengan propaganda palsu secara meluas di Internet, kumpulan ini juga menggunakan modus operandi biasa yang dibuat pakatan pembangkang iaitu dengan menyeret sama rakyat melalui perhimpunan haram, terbaru pada 26hb Februari 2012 di Kuantan atas nama Himpunan Hijau 2.0.

Semua ini mencetus kepada persoalan yang lebih besar, siapa dan apa sebenarnya yang menaungi aktiviti kumpulan ini yang kelihatan bersungguh-sungguh benar menyelewengkan fakta berhubung dengan aktiviti pemprosesan nadir bumi oleh Lynas Corporation ini?

Walaupun pembangkang dikenal pasti antara yang menjadi dalang tapi kelihatannya ini bukan ‘trademark’ pembangkang yang biasa.  Isu-isu yang dibawa pembangkang biasanya akan reda dengan sendiri sebaik penjelasan yang munasabah diberikan.  Berbeza dengan isu berkaitan kilang pemprosesan Lynas ini bila mana ia masih dipertikaikan sehingga sekarang walaupun pelbagai penjelasan sudah diberikan.

Justeru, penulis percaya ada pihak lain atau tangan-tangan ghaib yang turut terlibat dengan penganjuran perhimpunan haram pada 26hb Februari di Kuantan ini.  Pihak yang penulis maksudkan ialah pihak-pihak luar yang bakal terjejas dari segi penguasaan perniagaan dengan kewujudan kilang pemprosesan nadir bumi di Malaysia oleh Lynas Corporation ini.

Alasan ini munasabah kerana produk nadir bumi ini ialah bahan yang sangat penting dalam industri pembuatan di seluruh dunia.

Walaupun penulis difahamkan produk keluaran Lynas Corporation di Malaysia nanti adalah jauh lebih mahal dari produk keluaran pesaingnya di dunia, tapi produk ini telah dibuktikan selamat kerana memiliki ‘Green Certificate’ yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

‘Green Certificate ‘ ini membolehkan produk nadir bumi keluaran Lynas di eksport ke negara-negara Eropah dan Jepun yang diketahui amat mementingkan produk mesra alam sekitar untuk industri pembuatan di negara masing-masing.

Dengan majoriti pesaing Lynas sedia ada sekarang diketahui tidak mempunyai pengiktirafan seperti yang disebutkan di atas, ia menyokong kenyataan awal penulis bahawa pihak-pihak yang terlibat menganjurkan siri bantahan ke atas pembinaan kilang pemprosesan Lynas Corporation di Malaysia ini kemungkinan besar menerima pembiayaan oleh pihak luar yang mempunyai kepentingan dari segi perniagaan.

Pendek kata, kewujudan kilang Lynas di Malaysia akan memecahkan monopoli yang sekian lama dikawal oleh pihak-pihak ini.

Penulis dengan ini menggesa pihak kerajaan menyiasat dan membongkar identiti ‘tangan-tangan ghaib’ yang mengawal dan menentukan aktiviti kumpulan penentang Lynas di Malaysia ini.  Jelasnya isu ini tidak langsung berkaitan dengan kesihatan penduduk di Kuantan tapi adalah isu yang sengaja dibangkitkan untuk kepentingan pihak luar yang tamak dan mahu menjadi kuasa tunggal di dunia yang mengawal pengeluaran produk dari hasil nadir bumi ini.

Tidak keterlaluan kalau penulis katakan, cubaan terancang memanipulasi kilang pemprosesan Lynas ini adalah satu usaha untuk mensabotaj ekonomi negara kita. Apatah lagi soal kesihatan dan kebimbangan kebocoran radioaktif bukan lagi satu isu sekarang kerana ia telah disahkan bukan sebuah loji nuklear.

Siapa Pihak Asing Mahu Hancurkan Lynas?http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/02/Siapa-Pihak-Asing-Mahu-Hancurkan-Lynas.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/02/Siapa-Pihak-Asing-Mahu-Hancurkan-Lynas-150x150.jpg MyNewsHub
OLEH: ZAMIEL HUSSEIN Tentangan pihak pembangkang di Malaysia berhubung dengan projek pemprosesan nadir bumi oleh Lynas Corporation di Gebeng, Pahang bukanlah satu isu baru di negara ini.  Walaupun bertempayan penjelasan diberikan berhubung dengan tuduhan kononnya projek ini akan mendatangkan mudarat kepada kesihatan masyarakat, semuanya ibarat mencurah air ke daun keladi. Termasuklah...
OLEH: ZAMIEL HUSSEIN Tentangan pihak pembangkang di Malaysia berhubung dengan projek pemprosesan nadir bumi oleh Lynas Corporation di Gebeng, Pahang bukanlah satu isu baru di negara ini.  Walaupun bertempayan penjelasan diberikan berhubung dengan tuduhan kononnya projek ini akan mendatangkan mudarat kepada kesihatan masyarakat, semuanya ibarat mencurah air ke daun keladi. Termasuklah antaranya jawapan oleh pakar sains nuklear dari PAS sendiri iaitu YB Dr. Che Rosli Che Mat merangkap Ahli Parlimen Hulu Langat. Tapi masih lagi puak-puak ini cuba mempolitikkan dan mengelirukan rakyat dengan mengutarakan fakta-fakta yang sama sekali sudah terbukti tidak benar dan disanggah oleh mereka yang benar-benar ahli di dalam bidang radiasi nuklear ini. Tidak cukup dengan propaganda palsu secara meluas di Internet, kumpulan ini juga menggunakan modus operandi biasa yang dibuat pakatan pembangkang iaitu dengan menyeret sama rakyat melalui perhimpunan haram, terbaru pada 26hb Februari 2012 di Kuantan atas nama Himpunan Hijau 2.0. Semua ini mencetus kepada persoalan yang lebih besar, siapa dan apa sebenarnya yang menaungi aktiviti kumpulan ini yang kelihatan bersungguh-sungguh benar menyelewengkan fakta berhubung dengan aktiviti pemprosesan nadir bumi oleh Lynas Corporation ini? Walaupun pembangkang dikenal pasti antara yang menjadi dalang tapi kelihatannya ini bukan ‘trademark’ pembangkang yang biasa.  Isu-isu yang dibawa pembangkang biasanya akan reda dengan sendiri sebaik penjelasan yang munasabah diberikan.  Berbeza dengan isu berkaitan kilang pemprosesan Lynas ini bila mana ia masih dipertikaikan sehingga sekarang walaupun pelbagai penjelasan sudah diberikan. Justeru, penulis percaya ada pihak lain atau tangan-tangan ghaib yang turut terlibat dengan penganjuran perhimpunan haram pada 26hb Februari di Kuantan ini.  Pihak yang penulis maksudkan ialah pihak-pihak luar yang bakal terjejas dari segi penguasaan perniagaan dengan kewujudan kilang pemprosesan nadir bumi di Malaysia oleh Lynas Corporation ini. Alasan ini munasabah kerana produk nadir bumi ini ialah bahan yang sangat penting dalam industri pembuatan di seluruh dunia. Walaupun penulis difahamkan produk keluaran Lynas Corporation di Malaysia nanti adalah jauh lebih mahal dari produk keluaran pesaingnya di dunia, tapi produk ini telah dibuktikan selamat kerana memiliki ‘Green Certificate’ yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. ‘Green Certificate ‘ ini membolehkan produk nadir bumi keluaran Lynas di eksport ke negara-negara Eropah dan Jepun yang diketahui amat mementingkan produk mesra alam sekitar untuk industri pembuatan di negara masing-masing. Dengan majoriti pesaing Lynas sedia ada sekarang diketahui tidak mempunyai pengiktirafan seperti yang disebutkan di atas, ia menyokong kenyataan awal penulis bahawa pihak-pihak yang terlibat menganjurkan siri bantahan ke atas pembinaan kilang pemprosesan Lynas Corporation di Malaysia ini kemungkinan besar menerima pembiayaan oleh pihak luar yang mempunyai kepentingan dari segi perniagaan. Pendek kata, kewujudan kilang Lynas di Malaysia akan memecahkan monopoli yang sekian lama dikawal oleh pihak-pihak ini. Penulis dengan ini menggesa pihak kerajaan menyiasat dan membongkar identiti ‘tangan-tangan ghaib’ yang mengawal dan menentukan aktiviti kumpulan penentang Lynas di Malaysia ini.  Jelasnya isu ini tidak langsung berkaitan dengan kesihatan penduduk di Kuantan tapi adalah isu yang sengaja dibangkitkan untuk kepentingan pihak luar yang tamak dan mahu menjadi kuasa tunggal di dunia yang mengawal pengeluaran produk dari hasil nadir bumi ini. Tidak keterlaluan kalau penulis katakan, cubaan terancang memanipulasi kilang pemprosesan Lynas ini adalah satu usaha untuk mensabotaj ekonomi negara kita. Apatah lagi soal kesihatan dan kebimbangan kebocoran radioaktif bukan lagi satu isu sekarang kerana ia telah disahkan bukan sebuah loji nuklear.

Iklan Teks:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014