Thursday, May 17, 2012


Curi Susu: Penganggur Dipenjara Dua Bulan

    February 18, 2012

16 Comments


KUANTAN – Seorang penganggur menerima hukuman penjara dua bulan dan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana mencuri empat bungkus susu tepung bernilai RM91.96. Majistret Rini Triany Muhamad Ali menjatuhkan hukuman itu terhadap SH Zainal SH Mokhtar, 28, selepas mengaku bersalah dan berdepan hukuman penjara sebulan jika gagal membayar denda itu.

SH Zainal, dari Felda Timur Chini 1, Pekan didakwa mencuri empat bungkus susu Nestle Omega Plus Acticol bernilai RM22.99 setiap satu di pasaraya The Store, Kuantan Parade, pada 1.30 petang, 4 Februari lepas.

Dia didakwa di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Cif Inspektor Azman Ariffin manakala tertuduh tidak diwakili peguam. -BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Kegiatan Dua Kanak-kanak Mencuri Terbongkar
Polis Tumpas Kumpulan Curi Kenderaan Di BP
Polis Tumpas Sindiket Curi Motor 'Geng Acat C70'
Wanita Dituduh Curi Barang Majikan Bernilai RM2j
PAS Wilayah Persekutuan Bimbang Kes Curi Kereta
Curi Untuk Anak, Suri Rumah Dijel, Denda
3 Suspek Ditahan Curi Jentolak
Pencuci Dipenjara 8 Bulan Curi Motorsikal
Lelaki Dipercayai Cuba Curi Kabel Elektrik Maut
Sindiket Curi Kereta Akhirnya Tumpas
Denda RM500 Curi Seluar Dalam Wanita
Curi Basikal Fixie, Dua Sahabat Didenda RM2,000
6 Warga Vietnam Dituduh Miliki Kayu Gaharu
Helah Restoran Curi Air Terbongkar
Geng Susu Kangkang Didakwa

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • Fyiaswara

    keciannya. 

  • Ejull_VIP

    kalau orang dah tak de kerja ada anak nak beli susu takde duit terpaksa buat macam tu

    • farina

      ni susu tuk kurang kolesterol hehehe..pepun mmg kesian dekat die kan

  • Antu_gigi

    jgn hairan kalau masa yg akan datang ada byk kes-kes mcm tu…negara brtambah maju..tp rakyat semakin terbeban dengan masalah kewangan.

  • http://www.facebook.com/muiz0601 Mu’iz Abd

    hukuman dia bagi jer dia keje dan gaji..kesian kat anak dia..huhu

  • Feeq

    kesian die..terdesak kot

  • farina

    alahaaaiii kesiannyeee tp susu ni skrg mmg kurang stoknye cz ayah sya pun minum susu ni tuk kurangkan kolesterol..mmg susu ni baik tuk kesihatan cz paras kolesterol ayah sakit yg sakit jantung dh menurun alhamdulillah..tp apa sbb die mencuri tidak dicerikan kt sini..apepun saya turut bersimpati dgnnye

  • Malaysia

    Kalau kes rogol sder pulak nak penjara smpai 10 tahun..ni mungkin tdesak kot,, biasa la skng ni barang sume naik smpai tbeban rakyat sndri.. Untung tok rakyat xder plak nampak..

  • http://www.facebook.com/people/Jovinia-Yong/100000155372584 Jovinia Yong

    Kasihan. Tak boleh diringankan lg. Klu kes ragut, samun sehingga mendatangkan kecederaan 2 lain lah ni. Susu, mesti ada sebab br nak curi. Benda mkn ni.

  • http://www.facebook.com/people/Akid-Zulqarnain/100002278223203 Akid Zulqarnain

    salah tetap salah… walau apa pun alasannya… jgn ambil sesuatu yg bukan hak kita… kalau barang kita dicuri tentulah kita marah, sekurang2nya datang minta & bagi reason kenapa memerlukannya… nak bagi ke tidak bergantung tahap iman & kebolehpercayaan alasan yg diberi… kan? 

    -bapaknya Akid-

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100000588254457 Razuan Razak

    hehehee

  • Fasha Eifa

    undang2 ttp undang2..tp pnyebab die perlu dikaji jgk..seandainya ada phak yg sudi menbela die utk mmbuat rayuan..mgkin hukumannya akn dikurangkn..

  • http://www.facebook.com/people/Izzatunnazmi-Syazwan-Abd-Aziz/675053253 Izzatunnazmi Syazwan Abd Aziz

    kesian dia.. hukum tetap hukum. tapi patut cari punca dia mencuri. mungkin dia terdesak. kot2 bapak dia sakit ke, ape ke.. bagi dia keje or bantuan utk mulakan perniagaan sendiri.

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100001483662179 Ainezsa Rosadolly

    kesian jugak ngan dia ni…mungkin sbb dia x da duit nk beli susu anak kot…sbgai saudara islam kita ptt ambik iktibar dari benda ni…seorang muslim haruslah membantu muslim yang lain nya…sbb tu lah Nabi berpesan spy kita selalu ambil tahu perihal muslim yg lain..spy kita dpt mmbantu orang mcm ni…

  • Anonymous

    kesian -_-

  • http://www.facebook.com/shukri80 Ahmad Shukri

    sungguh menyedihkan….

G1M

Review http://mynewshub.my on alexa.com