MYNEWSHUB.MY - PORTAL BERITA ONLINE TERHANGAT MASA KINI!
Friday, April 18, 2014


Perniagaan Pertukaran Wang (FOREX) Haram - Majlis Fatwa

Perniagaan Pertukaran Asing (FOREX) Haram

    February 15, 2012




KOTA BAHARU – Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan hari ini memutuskan umat Islam haram mengamalkan sistem perniagaan pertukaran wang asing.

Pengerusi Jawatankuasa itu, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata ini kerana perniagaan yang dilakukan melalui pertukaran wang asing seperti itu tidak menepati hukum syarak dan menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam.

“Hasil kajian Jawatankuasa ini, kita dapati perniagaan yang melibatkan pertukaran wang asing melibatkan spekulasi mata wang dan ini bercanggah dan berlawanan dengan hukum Islam.”

“Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa umat Islam diharamkan daripada mengamalkan sistem perniagaan cara demikian,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Ke-98 di sini hari ini.

Abdul Shukor berkata banyak isu yang meragukan mengenai perniagaan pertukaran asing, oleh itu umat Islam tidak perlu menceburkan diri, tambahan pula kegiatan itu melibatkan penggunaan internet di kalangan individu, yang menyebabkan untung rugi tidak menentu.

“Lain-lain jenis perniagaan pertukaran wang asing, seperti melalui pengurup wang atau dari bank ke bank dibenarkan, kerana ia tidak menimbulkan spekulasi mata wang atau untung rugi yang tidak menentu,” katanya.

Beliau berkata keputusan lain yang turut dicapai dalam mesyuarat itu ialah mengharuskan umat Islam membuat pelaburan atau membuat simpanan melalui Skim Sijil Simpanan Premium (SSPM) yang dikendalikan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Katanya keputusan itu dibuat selepas jawatankuasa berkenaan berpuas hati dengan kaedah pelaksanaannya melalui taklimat yang disampaikan oleh pihak penal syariah Bank Negara pada muzakarah itu.

“Pada mulanya, kita meragui tentang kaedah pelaksaaan skim itu tetapi kita berpuas hati setelah sistem perniagaan melalui SSPN itu ditukar konsep Islam iaitu Mudharabah.” – BERNAMA

Perniagaan Pertukaran Asing (FOREX) Haramhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/02/Forex-Rates-And-TodayS-Updates.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/02/Forex-Rates-And-TodayS-Updates-150x150.jpg MyNewsHub
KOTA BAHARU - Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan hari ini memutuskan umat Islam haram mengamalkan sistem perniagaan pertukaran wang asing. Pengerusi Jawatankuasa itu, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata ini kerana perniagaan yang dilakukan melalui pertukaran wang asing seperti itu tidak menepati hukum syarak dan menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam. 'Hasil...
<p style="text-align: justify;">KOTA BAHARU - Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan hari ini memutuskan umat Islam haram mengamalkan sistem perniagaan pertukaran wang asing.</p> Pengerusi Jawatankuasa itu, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata ini kerana perniagaan yang dilakukan melalui pertukaran wang asing seperti itu tidak menepati hukum syarak dan menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam. "Hasil kajian Jawatankuasa ini, kita dapati perniagaan yang melibatkan pertukaran wang asing melibatkan spekulasi mata wang dan ini bercanggah dan berlawanan dengan hukum Islam." "Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa umat Islam diharamkan daripada mengamalkan sistem perniagaan cara demikian," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Ke-98 di sini hari ini. Abdul Shukor berkata banyak isu yang meragukan mengenai perniagaan pertukaran asing, oleh itu umat Islam tidak perlu menceburkan diri, tambahan pula kegiatan itu melibatkan penggunaan internet di kalangan individu, yang menyebabkan untung rugi tidak menentu. "Lain-lain jenis perniagaan pertukaran wang asing, seperti melalui pengurup wang atau dari bank ke bank dibenarkan, kerana ia tidak menimbulkan spekulasi mata wang atau untung rugi yang tidak menentu," katanya. Beliau berkata keputusan lain yang turut dicapai dalam mesyuarat itu ialah mengharuskan umat Islam membuat pelaburan atau membuat simpanan melalui Skim Sijil Simpanan Premium (SSPM) yang dikendalikan Bank Simpanan Nasional (BSN). Katanya keputusan itu dibuat selepas jawatankuasa berkenaan berpuas hati dengan kaedah pelaksanaannya melalui taklimat yang disampaikan oleh pihak penal syariah Bank Negara pada muzakarah itu. "Pada mulanya, kita meragui tentang kaedah pelaksaaan skim itu tetapi kita berpuas hati setelah sistem perniagaan melalui SSPN itu ditukar konsep Islam iaitu Mudharabah." - BERNAMA

Iklan Teks:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • AZLAN

    hmm pelik betul la, aku trading forex sehari boleh la dalam 10 ribu usd…macam mana boleh haram nih??

    Public CommentUserhmm pelik betul la, aku trading forex sehari boleh la dalam 10 ribu usd...macam mana boleh haram nih??
  • http://twitter.com/kudatua77 anna

    Tang mana yang haram tu?
    Kami tidak berjudi.kami beranalisis,Kami ader sistem untuk trading.Kami jalankan trading melalui broker yang disahkan.Kami menjalankan trading dengan swap free account tanpa riba…Bemakna kami buat perniagaan..kerana kami berurusniaga sendiri..

    Kami dah mengkaji hukum forex sebelum kami main forex lagi.Bukan kami suka2 terjun bidang ni tanpa hukum..

    Kepada yang suka nak memekak nasihat orang lain supaya ikut hukum..nasihat kan diri anda dahulu..

    Public CommentUserTang mana yang haram tu? Kami tidak berjudi.kami beranalisis,Kami ader sistem untuk trading.Kami jalankan trading melalui broker yang disahkan.Kami menjalankan trading dengan swap free account tanpa riba...Bemakna kami buat perniagaan..kerana kami berurusniaga sendiri.. Kami dah mengkaji hukum forex sebelum kami main forex lagi.Bukan kami suka2 terjun bidang ni tanpa hukum.. Kepada yang suka nak memekak nasihat orang lain supaya ikut hukum..nasihat kan diri anda dahulu..
  • sedih

    maaf saudara saya mencelah……saya bukan trader forex….tapi saya nak tanya sikit…..saudara majlis fatwa malaysia ni betul ke??…..kalau saudara kerja sebagai penjawat awam pernahkah terfikir gaji yg di bayar datang dari mana??…..macam mana bank yg saudara guna utk simpan wang beroperasi???……dan pasal forex ni….mcm mana negara2 islam lain tidak mengharam kan forex……cuba saudara renungkan…..assalamualaikum…..

    Public CommentUsermaaf saudara saya mencelah......saya bukan trader forex....tapi saya nak tanya sikit.....saudara majlis fatwa malaysia ni betul ke??.....kalau saudara kerja sebagai penjawat awam pernahkah terfikir gaji yg di bayar datang dari mana??.....macam mana bank yg saudara guna utk simpan wang beroperasi???......dan pasal forex ni....mcm mana negara2 islam lain tidak mengharam kan forex......cuba saudara renungkan.....assalamualaikum.....


MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014