Friday, April 25, 2014


MCA Kedah Mahu MB Jelas Isu Pulang Wang

MCA Kedah Mahu MB Jelas Isu Pulang Wang

    February 12, 2012




ALOR SETAR – Kerajaan Barisan Nasional (BN) selama memerintah Kedah tidak pernah meminta mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) memulangkan semula bantuan yang diterima daripada kerajaan negeri.

Pengerusi MCA Kedah, Datuk Chong Itt Chew berkata, atas sebab itu beliau berasa hairan mengapa  Exco kerajaan negeri, Tan Chow Kang pula yang membuat dakwaan berkenaan terhadap BN.

“Mana dia dapat maklumat ini. BN tidak pernah melakukan ini kerana kami ada prosedur. Contohnya cek bayaran penuh dikeluarkan atas nama penerima,” dakwanya.

Itt Chew seterusnya berkata, disebalik dakwaan itu beliau sebenarnya yang mahu Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menjelaskan isu NGO perlu memulangkan semula antara 25 hingga 30 peratus daripada jumlah bantuan yang diterima daripada kerajaan negeri ketika ini.

Menurutnya, isu itu bukan sengaja direka sebaliknya sebanyak lapan NGO memaklumkan kepada MCA mengenai pemulangan balik atau rebet antara 25 hingga 30 peratus daripada jumlah bantuan yang disalurkan.

Jelasnya, perkara itu didedahkan oleh NGO terbabit sendiri yang menyertai dialog dengan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek di Sungai Petani dua hari lalu.

“Kami minta Menteri Besar jelaskan dan jika dia enggan saya minta Chow Kang yang berikan penjelasan tentang perkara ini,” katanya.

MCA Kedah Mahu MB Jelas Isu Pulang Wanghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/02/MCA-Kedah-Mahu-MB-Jelas-Isu-Pulang-Wang.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/02/MCA-Kedah-Mahu-MB-Jelas-Isu-Pulang-Wang-150x150.jpg MyNewsHub
ALOR SETAR - Kerajaan Barisan Nasional (BN) selama memerintah Kedah tidak pernah meminta mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) memulangkan semula bantuan yang diterima daripada kerajaan negeri. Pengerusi MCA Kedah, Datuk Chong Itt Chew berkata, atas sebab itu beliau berasa hairan mengapa  Exco kerajaan negeri, Tan Chow Kang pula yang membuat...
ALOR SETAR - Kerajaan Barisan Nasional (BN) selama memerintah Kedah tidak pernah meminta mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) memulangkan semula bantuan yang diterima daripada kerajaan negeri. Pengerusi MCA Kedah, Datuk Chong Itt Chew berkata, atas sebab itu beliau berasa hairan mengapa  Exco kerajaan negeri, Tan Chow Kang pula yang membuat dakwaan berkenaan terhadap BN. "Mana dia dapat maklumat ini. BN tidak pernah melakukan ini kerana kami ada prosedur. Contohnya cek bayaran penuh dikeluarkan atas nama penerima," dakwanya. Itt Chew seterusnya berkata, disebalik dakwaan itu beliau sebenarnya yang mahu Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menjelaskan isu NGO perlu memulangkan semula antara 25 hingga 30 peratus daripada jumlah bantuan yang diterima daripada kerajaan negeri ketika ini. Menurutnya, isu itu bukan sengaja direka sebaliknya sebanyak lapan NGO memaklumkan kepada MCA mengenai pemulangan balik atau rebet antara 25 hingga 30 peratus daripada jumlah bantuan yang disalurkan. Jelasnya, perkara itu didedahkan oleh NGO terbabit sendiri yang menyertai dialog dengan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek di Sungai Petani dua hari lalu. "Kami minta Menteri Besar jelaskan dan jika dia enggan saya minta Chow Kang yang berikan penjelasan tentang perkara ini,” katanya.

Iklan Teks:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014