- Malaysia Hotel: Tempah Hotel di Jom.com.my untuk Menikmati Kadar Diskaun Online
- Kekalkan Keseimbangan Aura agar Elemen Positiviti Melingkari Kehidupan Anda.
- Pendaftaran Badal Haji 1433 / Tahun Masihi 2012 DIBUKA SEKARANG!
- ++ALAT SENAMAN LELAKI DI BILIK MANDI++
- [ BISNES ] - Agen e-Reload 1 Malaysia diperlukan
KUALA LUMPUR - `Orang dalam’ perlu diberi keutamaan mengisi kekosongan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan Penswastaan.
Itu antara cadangan yang dikemukakan Kongres Kesatuan-Kesatuan Sekerja Dalam Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan menerusi memorandum yang dikemukakan kepada kerajaan pada 6 Januari 2010.
Presidennya, Mohammed Shafie Bp Mammal berkata, memorandum itu turut mengemukakan cadangan supaya umur persaraan wajib bagi semua pekerja GLC dan juga yang diswastakan dinaikkan daripada 55 tahun kepada 60 tahun.
“Kita turut mencadangkan kajian semula formula dan kadar bayaran pencen kepada kakitangan kerajaan yang menyertai Skim Penswastaan berikutan jumlah pencen yang diambil berdasarkan jumlah terakhir gaji, sehari sebelum bertukar kepada penswastaan yang dijadikan asas pengiraan pencen.
“Kerajaan juga dimohon mengkaji semula dasar pencen terbitan kepada balu pesara yang berkahwin selepas tarikh penswastaan kerana dalam tuntutan pencen ini, terdapat golongan yang berkahwin selepas tarikh penswastaan di mana apabila sekarang (pekerja itu) telah meninggal dunia, isteri atau waris tidak dapat menuntut pencen dan dianggap tidak layak memperolehnya,” katanya.
Beliau berkata demikian pada perhimpunan Kongres Kesatuan-Kesatuan Sekerja Dalam Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan yang dihadiri kira-kira 300 orang di sini.
Mengulas lanjut, Mohammed Shafie berkata, memornadum yang sama turut mencadangkan tentang penstrukturan yang kerap kali dilakukan di GLC dan Penswastaan apabila Ketua Eksekutif baru kerap membuat perubahan hingga melemahkan semangat kakitangan lain.
Menurut beliau, perubahan dalaman sesebuah syarikat itu perlu diminimumkan agar tidak memudarkan persaingan perniagaan yang merupakan agenda utama syarikat terbabit.
Justeru, katanya, beliau berharap kerajaan memberi maklum balas berhubung memorandum itu dalam usaha mengatasi masalah yang telah dikemukakan sekali gus membantu mengubah nasib ahli kongres berkenaan. – mynewshub.my
Iklan Teks:


