MYNEWSHUB.MY - PORTAL BERITA ONLINE TERHANGAT MASA KINI!
Wednesday, April 23, 2014


2012 Tahun Sains & Gerakan Inovasi Nasional

2012 Tahun Sains & Gerakan Inovasi Nasional

    February 11, 2012




KUALA LUMPUR – Pembangunan negara menerusi pembudayaan sains dan inovasi dikalangan rakyat adalah penting bagi menjamin kemajuan dapat dinikmati oleh semua pihak di negara ini.

Menyedari hakikat itu kerajaan hari ini telah mengisytiharkan tahun 2012 sebagai Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, pengisytiharan itu turut mencermikan kerajaan komited memberi perhatian serius melaksanakan transformasi ekonomi menerusi sains, teknologi dan inovasi.

“Sebanyak 377 program telah diatur dan akan dilaksanakan sepanjang tahun ini di seluruh negara. Antaranya segmen-segmen Sains dan Matematik, Kesedaran dan Pembudayaan Inovasi, Inovasi, Pengkomersilan dan Pameran serta Inovasi Perkhidmatan dan Pengurusan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Pelancaran Logo dan Lagu Tahun Sains & Gerakan Inovasi Nasional 2012 (SGI2012) di sini hari ini.

Maximus seterusnya berkata, program tersebut kemudiannya akan disusuli dengan penganjuran Karnival Sains dan Inovasi di enam zon iaitu Timur, Utara, Selatan, Sabah, Sarawak dan di Zon Tengah.

Selain itu, beliau berkata, kerajaan akan mengadakan kerjasama dengan sektor swasta, badan bukan kerajaan (NGO) bagi menjayakan hasrat tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual melancarkan Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 24 Mac depan. – mynewshub.my

2012 Tahun Sains & Gerakan Inovasi Nasionalhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/02/2012-Tahun-Sains-Gerakan-Inovasi-Nasional.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2012/02/2012-Tahun-Sains-Gerakan-Inovasi-Nasional-150x150.jpg MyNewsHub
KUALA LUMPUR - Pembangunan negara menerusi pembudayaan sains dan inovasi dikalangan rakyat adalah penting bagi menjamin kemajuan dapat dinikmati oleh semua pihak di negara ini. Menyedari hakikat itu kerajaan hari ini telah mengisytiharkan tahun 2012 sebagai Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus...
<p style="text-align: justify;">KUALA LUMPUR - Pembangunan negara menerusi pembudayaan sains dan inovasi dikalangan rakyat adalah penting bagi menjamin kemajuan dapat dinikmati oleh semua pihak di negara ini. Menyedari hakikat itu kerajaan hari ini telah mengisytiharkan tahun 2012 sebagai Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, pengisytiharan itu turut mencermikan kerajaan komited memberi perhatian serius melaksanakan transformasi ekonomi menerusi sains, teknologi dan inovasi. “Sebanyak 377 program telah diatur dan akan dilaksanakan sepanjang tahun ini di seluruh negara. Antaranya segmen-segmen Sains dan Matematik, Kesedaran dan Pembudayaan Inovasi, Inovasi, Pengkomersilan dan Pameran serta Inovasi Perkhidmatan dan Pengurusan,” katanya. Beliau berkata demikian pada majlis Pelancaran Logo dan Lagu Tahun Sains & Gerakan Inovasi Nasional 2012 (SGI2012) di sini hari ini. Maximus seterusnya berkata, program tersebut kemudiannya akan disusuli dengan penganjuran Karnival Sains dan Inovasi di enam zon iaitu Timur, Utara, Selatan, Sabah, Sarawak dan di Zon Tengah. Selain itu, beliau berkata, kerajaan akan mengadakan kerjasama dengan sektor swasta, badan bukan kerajaan (NGO) bagi menjayakan hasrat tersebut. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual melancarkan Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 24 Mac depan. - mynewshub.my</p>

Iklan Teks:


PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri


MyNewsHubSatu Perubahan Dalam Sajian Berita Online2014