Thursday, May 17, 2012


Ikhwanul Muslimin Tidak Berhak Hukum Anwar

    February 10, 2012

20 Comments


Seorang pemimpin Ikhwanul Muslimin yang berpangkalan di London, Dr. Azzam Tamimi, baru-baru ini melahirkan rasa kecewanya terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan menegaskan bahawa Ketua Pembangkang itu tidak layak untuk menjadi pemimpin umat Islam.

Dalam kenyataan melalui blog miliknya, www.azzamtamimi.blogspot.com, Azzam menafsirkan kenyataan Anwar di media antarabangsa, The Wall Street Journal, sebagai bertentangan dengan semangat dan kepercayaan umat Islam berhubung isu Palestin.

“Anwar Ibrahim sebagai pendukung perjuangan Islam di Malaysia baru-baru ini dipetik melalui The Wall Street Journal telah memberi sokongan kepada usaha menjaga keselamatan negara Israel.

“Ini adalah tindakan seorang pemimpin Islam yang benar-benar tidak layak memimpin,” katanya yang dipetik dari blog tersebut.

Penulis sebenarnya agak keliru dengan pendirian tokoh sebuah pertubuhan Islam yang sangat terkenal dan berpengaruh seperti Ikhwanul Muslimin yang mengecam Anwar sebegitu.

Sebagaimana maklum, Ikhwanul Muslimin yang diasaskan oleh Imam Hasan Al-Banna itu sentiasa konsisten dalam sebarang pendirian mengenai isu-isu yang berhubung dengan kepentingan dunia Islam sejak zaman berzaman.

Tidakkah Azzam sedar tentang reputasi Anwar yang menjadi pernah memimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) sehingga tergamak untuk tidak mengiktiraf beliau sebagai seorang pemimpin Islam?

Bukankah seorang tokoh agama tempatan, Dr. Badrul Amin Baharon, pernah membayangkan seolah-olah Anwar merupakan pemimpin yang ditunggu-tunggu atau disifatkan seperti ‘Imam Mahdi’?

Lagi pula, isteri Anwar pula, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini pernah mengandaikan suaminya itu sebagai ‘pemimpin anugerah Tuhan’.

Dengan gelaran-gelaran seperti itu belum melayakkan Anwar untuk menjadi seorang pemimpin Islam?

Siapa Azzam untuk menghukum Anwar sebegitu?

Apakah hanya kerana mempertahankan Israel yang berhak dilindungi dari sebarang keganasan maka ia tidak memenuhi kriteria Ikhwanul Muslimin untuk menobatkan Anwar sebagai seorang pemimpin Islam?

Di mana salahnya Anwar? –Mynewshub.my

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

EXCLUSIVE: I Won't Attack Anwar Ibrahim Anymore
DSAI Sent To Pantai Medical Centre
Pecah Penjara: Hanya Kenyataan Politik
Anwar Ibrahim Dalam Kenangan?
Sampai Hati The Economist Tuduh Anwar Begitu...
BBC: UMNO Sediakan Teks Jawapan Untuk Anwar?
Aman Malaysia Kecam Anwar Pro-Israel
Mahu Peguam Anwar Dikenakan Tindakan
Anwar Cuba Ubah Undang-Undang Di Malaysia
Anwar Ramal Pilihan Raya Umum Lebih Awal
Sokong Israel, Dapatkan Dana Untuk PRU-13
Debat : Tidak Perlu Memakan Umpan Asing
Anwar Fail Saman Fitnah Terhadap Nallakaruppan
PTPTN Dihapuskan Akan Tingkatkan Beban Kerajaan
Pendidikan Percuma Penting, PTPTN Bukan Isu

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • FIRDAUS

    DR AZZAM MEMANG CELAKA. TAK TAHU NAK HORMAT BROTHER ANWAR SEBAGAI PEJUANG ISLAM SEJATI. IKHWAN MUSLIMIN PUN DAH NAK MAMPOS

    • Dalina

      kalau dia pejuang islam sejati apasal dia gi sokong israel…tlg jelaskan…

      • http://www.facebook.com/aku.ejat Aifaa Aizat

        bls cpt persoalan diatas.. aku nak tau jgak nie.. ape sebabnyer wahai firdaus!!

    • Acieq_69

      anwar hormat org lain ke ? dye hormat ke pejuang pejuang islam yg mati dibunuh kafirullah tu ?
      ape kepentingan anwar kt israel ?  klo dye pemimpin ISLAM kenapa nk halal kan hubungan sejenis? kenapa nk halal kan yg nyata haram disisi agama ISLAM ? jelaskan secara terperinci . . apa sumbangan anwar dgn agama ISLAM ?

    • http://www.facebook.com/shuhaimiramli Shuhaimi Ramli

      sarcastic ja kot.. payah geng2 anwar nk gelar anwar sebagai brother anwar bin ibrahim.. 

    • Tipuyou

      mu bodoh la firdaus:D

    • Sunan

      No israel…No anwar

  • anu

    ye betul tu..maka celakalah pada siapa yg menentang anwar al juburi..lol

  • doubleR

    politics

  • http://twitter.com/AnGeLFiRe2806 Muhammad A’qil

    Ish.. ISRAEL Laknatullah tu.. Watpe la Anwar sokong&bantu Israel..Israel tu pembunuh umat ISLAM..sokong & bantu Israel, samalah dgn membunuh umat Islam sendiri..tak ke gitu wahai muslimin sekalian..??

  • Lost_haff

    Sapela tulis artikel nie.

  • Nini

    Biarlah si nuar tu dgn ketaksubannya terhadap israel.

  • Azmi

    Takde untungnyer kita nak cakap pasal Palestine. . .Sape yg masih peduli!!!

    • Yasminhusna

      KEPADA AZMI; 

      “ Barangsiapa yang tidak memperdulikan urusan kaum muslimin, maka ia bukanlah termasuk dari kalangan mereka”. (Hadis riwayat Abu Daud) 

    • Sunan

      Azmi, kalau ye pun taksub sangat dengan anwar ibrahim… jangan la kau cakap x pduli isu palestin… xpe jadi jahil tak tahu dari jadi munafik mempermainkan agama….

  • miki

    soalannye..siapa penulis untuk mengkritik dr azzam tamimi atas pendapat peribadi beliau..kritikan itu berasas dan dia merupakan 3rd party dan kata2 beliau neutral.

  • Tipuyou

    xperlu la menunjukkan kejahilan dan kebodohan anda di sini…sapa rasa dia pandai amek la kata2 ni:D

  • Fakhrul Islam

    Ini merupakan contoh jurnalism yang tidak bertanggungjawab. Entah siapa menulis artikel ini.

  • http://www.facebook.com/people/Haziq-Fikri/1441601180 Haziq Fikri

    sadis!

  • Ha

    kutuk gila penulis ni, damn

G1M

Review http://mynewshub.my on alexa.com