Thursday, May 17, 2012


Hafiz Tewaskan Chong Wei Pada Ujian Simulasi

    February 9, 2012

7 Comments


KUALA LUMPUR – Bekas Juara All England Muhammad Hafiz Hashim menumpaskan pemain nombor 1 Dunia Datuk Lee Chong Wei pada perlawanan ujian simulasi yang diadakan di Stadium Juara, Bukit Kiara di sini.

Perlawanan simulasi ini diadakan sebagai pendedahan perlawanan sebenar kepada skuad Thomas-Uber dan persediaan akhir bagi menghadapi perlawanan yang akan berlangsung di Macau dari 14 hingga 19 Feb ini.

Hafiz menunjukkan aksi cemerlang dengan menundukkan Chong Wei dengan mata 21-10 dan 23-21.

“Saya tak sasar menang, hari ini pun Chong Wei tidak memberikan permainannya sebenar. Saya percaya kalau main double set beregu saya rasa dia boleh menang.

“Bagi saya simulasi amat bagus untuk kami dan perlawanan ini memang tepat pada waktunya,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu di sini.

Hafiz berkata beliau sudah melengkapkan diri daripada persediaan mental dan akan mempertingkatkan lagi stamina fizikalnya untuk menghadapi perlawanan yang akan diadakan di Macau nanti.

Hafiz berkata beliau optimis bagi mencari satu mata untuk skuad Thomas dan tidak menafikan berdepan dengan Korea Selatan nanti adalah satu cabaran besar yang perlu digalas.

“Peranan saya adalah main dengan baik dan hanya memikirkan kemenangan untuk skuad,” katanya.

Sementara itu Ketua jurulatih perseorangan negara Rashid Sidek berkata beliau berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan Hafiz hari ini dan berharap misi untuk mendapatkan mata bagi skuad Thomas tercapai.

“Sedikit sebanyak ada perkembangan, terutama sekali pada Hafiz yang nampak hari ini main ada keyakinan dan Chong Wei hari ini main bukan tahap dia yang sebenar tetapi daripada segi perkembangan positif kita lihat pada Hafiz.

“Selain daripada itu Liew Daren dan Mohd Arif Latif nampak lebih kurang sama tahap. Kita positif untuk layak ke pusingan akhir, pemain-pemain semua nampak memang bersedia untuk menghadapi kejohanan itu nanti,” katanya.

Rashid berkata beliau tidak menafikan untuk mendapatkan tiga mata dengan mempetaruhkan tiga pemain perseorangan skuad Thomas adalah sukar bagaimanapun beliau yakin anak buahnya akan memberikan yang terbaik dalam perlawanan itu nanti.

Berikut keputusan penuh perlawanan Simulasi Badminton bagi Piala Thomas dan Uber malam ini:

SKUAD THOMAS

Peseorangan Lelaki:

Muhammad Hafiz Hashim mn Datuk Lee Chong Wei (21-10, 23-21)

Liew Daren mn Mohd Arif Latif (23-21, 17-21, 21-13)

Beregu Lelaki

Koo Kien Kiat/ Tan Boon Heong mn Goh V Shem/Teo Kok Siang (21-16, 21-12)

Hoon Thien How/Lim Khim Wah mn Tan Wee Kiong/Mak Hee Chun (21-14, 27-25)

SKUAD UBER

Peseorangan Wanita:

Kuan Kam Chung mn Tee Jing Yi (21-13, 21-15)

Teo Gee Chong mn Lydia Cheah (21-19, 21-15)

Beregu Wanita

Wong Fan Yin/Tan Aik Quan mn Wong Pei Tty/Chin Ee Hu (21-9, 21-15)

Lim Yin Loo/Goh Liu Ying mn Vivian Hoo/Lai Pei Jong (16-21, 21-10, 22-20) – BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

So Near Yet So Far For Chong Wei
Chong Wei, Khoo/Tan Mara Ke Ke Separuh Akhir
Zulkiffli Berhajat 2 Lagi Anaknya Bergelar Juara
Beregu Mohd Zakry/Mohd Fairuzizuan Layak
Chong Wei Jumpa Chen Long Pada Separuh Akhir
Chong Wei Juara Badminton Terbuka Malaysia
Koo/Tan Mungkin Dipisahkan Sebagai Strategi
Piala Thomas: Malaysia Juara Kumpulan D
Piala Thomas: Mara Ke Pusingan Akhir
Malaysia Kalah 0-3 Kepada Jepun
Kekalahan Hafiz Tidak Boleh Diterima - Zolkples
Chong Wei & Chan/Goh Mara Ke Separuh Akhir
Terbuka Switzerland: Daren Mara, Zulfadli Tewas
Piala Axiata: Malaysia Tigers Ke Separuh Akhir
Piala Axiata: Malaysia Tigers Tewas

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • Anonymous

    bagus peluang utk detect n correct error

  • pakcik moto

    piala thomas dlm genggaman

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100002724964647 Shuhada Suhaimi

    wow :D good luck :)

  • Ady

    main game sebenar?…hancurrrrrr

  • http://www.facebook.com/muiz0601 Mu’iz Abd

    tingkat kan lagi..:)

  • cold heart

    teruskan usaha dalam pertandingan sebenar

  • http://www.facebook.com/people/Cikgu-Tuan-Boboy/100001001450178 Cikgu Tuan Boboy

    cuba lah maen dgn lin dan leh menang x?? lcw bg motivasi jek dgn hafiz  bg menang utk naek smgt hafiz tue jek

G1M

Review http://mynewshub.my on alexa.com