- Malaysia Hotel: Tempah Hotel di Jom.com.my untuk Menikmati Kadar Diskaun Online
- Kekalkan Keseimbangan Aura agar Elemen Positiviti Melingkari Kehidupan Anda.
- Pendaftaran Badal Haji 1433 / Tahun Masihi 2012 DIBUKA SEKARANG!
- ++ALAT SENAMAN LELAKI DI BILIK MANDI++
- [ BISNES ] - Agen e-Reload 1 Malaysia diperlukan
KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur sedang mengesan dua saksi wanita bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Pusat Media IPK Kuala Lumpur melalui satu kenyataan media memberitahu, individu terbabit dikenali sebagai Nasiha AlSakinah Kamaruzzaman, 20, beralamat di PPR Desa Rejang Setapak di sini.
“Individu kedua adalah Wafa Nabila Kamaruzzaman, 16, juga beralamat terakhir di PPR Desa Rejang, Setapak,” kata kenyataan itu hari ini.
Sehubungan itu, kata kenyataan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali individu terbabit diminta menghubungi talian 03-21460693.
Menurut kenyataan itu, maklumat juga boleh disalurkan melalui Pusat Kawalan IPK Kuala Lumpur ditalian 03-21460584/585 selepas waktu pejabat.
“Maklumat juga boleh diberi menggunakan Hotline Rakan Cop Kuala Lumpur iaitu 03-21159999 atau SMS kepada 32728 atau mana-mana balai polis yang berhampiran,” kata kenyataan itu lagi. – mynewshub.my
Iklan Teks:


