Thursday, May 17, 2012


Penyampai Dahsyat Harap Jurunikah Beri Diskaun

    February 8, 2012

7 Comments


JAKARTA – Aktres dan penyampai terkenal, Ayu Dewi, sekali lagi mencuri perhatian ramai ekoran laporan dia meminta jurunikah memberi potongan harga bagi urusan pernikahannya bulan ini.

Media melaporkan, Ayu bimbang apabila kos menyempurnakan urusan perkahwinan kini semakin tinggi.

Kata Ayu, dia masih menjalankan persiapan menjelang pernikahannya tidak lama lagi.

“Mudah-mudahan jurunikah mahu memberi diskaun untuk urusan itu nanti,” katanya.

Menurut penyampai program Dahsyat terbitan stesen televisyen RCTI itu, dia sengaja merahsiakan rancangan pernikahannya.

Malah, setiap kali ditanya, Ayu sering berhelah.

Semalam, Ayu, 27, mendakwa konsep majlis yang bakal berlangsung itu masih belum diputuskan.

“Tidak pasti sama ada saya akan menggunakan khidmat perunding atau menguruskannya sendiri.

“Apa yang penting, majlis itu nanti dilangsungkan mengikut adat tradisi dan semoga semuanya lancar,” katanya. Tahun lalu, Ayu sepatutnya berkahwin dengan aktor dan ahli politik, Zumi Zola.

Bagaimanapun, rancangan itu tergendala apabila Zumi terpilih sebagai Ketua Daerah Tanjung Jabung Timur.

Hubungan mereka putus secara rasmi pada April 2011.

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Aktres Saman Amazon, Dedahkan Umur Sebenar
Aktres Pakistan Nafi Bogel Untuk Majalah
Veena Malik Saman FHM India
Aktres Indonesia Nafi Tayang Buah Dada
Aktres Diculik Maut Dipenggal

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • http://www.facebook.com/wanrofiza.afie Wan Rofiza Afie

    macam macam hal lah….

  • http://www.facebook.com/people/Liyana-Ahmad/100000115672981 Liyana Ahmad

    erk..gini pon ade ke?

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100001246894805 Aslan Zarin

    zaman skg..huhu 
    #weired..

  • Erlyn Omey

    ayu dewi mmg suke bergurau la..xpyh amik serius sgt…adoi ai..

  • lina aln

    nak buat jugak boleh? minta diskaun kat bakal mertua.haha

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=1402560171 Ef Garfield

    boleh plak mcm tu ek

  • cold heart

    hahaha,,lawak jew dia ni,,

G1M

Review http://mynewshub.my on alexa.com