Thursday, May 17, 2012


PAS Dakwa Kerajaan Hilang Idea Bantu Rakyat

    February 8, 2012

7 Comments


KUALA LUMPUR – PAS Wilayah Persekutuan mendakwa kerajaan pusat kehilangan idea dalam soal membantu rakyat apabila berhasrat menggunakan dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi membiayai Skim Pembiayaan Khas Penjualan Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Ketua Penerangannya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz mendakwa, dana KWSP adalah dana pekerja dan kerajaan tidak wajar mengambil wang tersebut semata-mata mahu membantu penduduk PPR membuat pinjaman bagi memiliki kediaman sendiri.

“Sebaliknya kerajaan perlu memikirkan mekanisme lain bagi membantu rakyat membuat pinjaman bagi memiliki PPR. PAS melihat kerajaan seperti kehilangan idea bagi membantu rakyat sedangkan banyak `resepi’ untuk meringkan warga kota mendapat rumah mampu milik,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Mohamad Suhaimi seterusnya mendakwa, pakatan pembangkang juga mahu membantu rakyat khususnya mereka yang berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri.

Tetapi, dakwanya, pelaksanaan hasrat itu bukan dengan mengambil dana KWSP.

Justeru, katanya, beliau mengalu-alukan debat antara wakil pemimpin pembangkang dan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin berhubung isu itu. – mynewshub.my

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

Hadi Will Not Reject To Be PM - Pas Youth
Mustafa Ali Reappointed As PAS Secretary
Pas Will Never Cooperate With Umno
Azizan Tak Mahu Undur, Hadi Nafi Arah
Rakyat Di Nasihat Tangguh Lawatan Ke Yemen
Pemimpin & Rakyat Diminta Martabatkan B.Melayu
Perhimpunan Sejuta Umat: PAS Takut DAP?
Saya Tidak Akan Biarkan Rakyat Mati - MB Pahang
Ketua Kampung Bakar Pejabat Kerajaan
Pemikiran Lama PAS Hanya Layak Exco Agama
PAS Dakwa Penubuhan Kupekmas Untuk Sokong BN
PAS Hanya Perlu Beriman, Tak Perlu Bekerja
PAS Mahu Perjelas Tohmahan Esok
Kerajaan Akan Pastikan Pelabur Tidak Lari
Lima Artis Akan Sertai PAS Dalam Masa Terdekat?

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • Lakiselamber

    wakakakakakaka..tah apa apa tah PAS ni..PKR dan DAP buat salah tak nampak pulak..DAP bantu rakyat guna duit lumba kuda pon tak nampak jugak..mmmm naga depan mata tak nampak, semut kat sebrang jugak nampak…PAS PIS PUS LAH…

    • ketot

      hati dah hitam…biasalah beb

  • wak kang

    merepek je ntah apa2 ntah… sdiri nak bantu rakyat pn ‘sangap’ pastu byk bunyi plak…

  • Darlyn W.

    Rasenya setakat ni ape2 kerajaan buat at least dia bagitau sumber daripada mana..Bukan main aci ceduk jer…Lagipun InsyaAllah berlipat ganda jika diusahakna untuk sesuatu yg halal. Lagikan duit kita simpan kat bank pun dibuat pelaburan.

  • Marksheet80

    PAS bantu apa… tlg cerita…. asyik dok ceramah saja…

    • Zai

      pas bantu orang mati cepat…hahaha

  • paspispus

    bengong budak sekor ni

G1M

Review http://mynewshub.my on alexa.com