Thursday, May 17, 2012


Felda Dapat Pengiktirafan MS ISO 9001: 2008

    February 8, 2012

2 Comments


KUALA LUMPUR – Felda mendapat pengiktirafan MS ISO 9001: 2008 daripada CI Internatinal Certification Sdn. Bhd. dalam bidang perkebunan dan pembangunan komuniti pada 16 Januari lalu.

Felda melalui satu kenyataan memberitahu, pengiktirafan itu danugerahkan kepada Ibu Pejabat Felda, Pejabat Felda Wilayah Mempaga, Pejabat Felda Tembangau 1, Pejabat Felda Tembangau 2 dan Pejabat Felda Triang 3.

“Terdapat dua skop utama yang diberi perhatian bagi pensijilan ISO 9001: 2008 Felda iaitu skop perkebunan dan pembangunan komuniti. Kedua-kedua skop ini adalah merupakan bidang utama yang menjadi asas kepada penubuhan Felda selama lebih 55 tahun.

“Bagi menjayakan aspirasi untuk mencapai pensijilan ini Felda melantik juru perunding yang diiktiraf kelayakannya mulai Julai 2010 bagi membantu dan membimbing pihak Felda untuk menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan bagi pensijilan MS ISO 9001:2008,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, MS ISO 9001:2008 merupakan satu standard bertulis yang menetapkan dan menyenaraikan keperluan-keperluan asas yang perlu ada dalam Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) sesebuah agensi.

Jelas kenyataan itu, standard itu memerlukan agensi mengenal pasti kehendak pelanggan, merancang dan mengawal proses yang perlu dilaksanakan bagi memenuhi kehendak pelanggan, menyediakan latihan yang sesuai dan secukupnya bagi anggota yang terlibat dalam SPK dan menjalankan pengauditan bagi memastikan keberkesanan proses-proses dalam SPK mencapai matlamatnya.

Tambah kenyataan itu, syarat bagi mendapatkan pensijilan MS ISO itu merupakan `blueprint’ bagi melaksanakan inovasi dalam tindakan penambahbaikan dan peningkatan sistem penyampaian perkhidmatan bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan agensi berkenaan.

“Pelaksanaan MS ISO 9001:2008 di Felda akan merealisasikan hasrat kerajaan untuk mewujudkan kecekapan, ketelusan dan mengutamakan pelanggan dalam penyampaian perkhidmatan serta mengurangkan karenah birokrasi,” kata kenyataan itu lagi. – mynewshub.my

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

No Plans To Divide Felda Land To New Settlers
National Food Store Will Be Major Asset To Felda
Sambutan Aidilfitiri Khas Untuk Warga Felda
Felda Latih 35,000 Remaja Dalam Bidang Kemahiran
Buat Malu! Sekadar 50 Orang Sahaja Yang Hadir
Konsultan Bebas Kaji Penyenaraian Felda
Perkasa Sokong Transformasi Felda
Felda: Dari Lurah Bilut Ke Persada Antarabangsa
Eksklusif: Peneroka Felda Di Selangor, ‘Tan Sri’ Dan ANAK
Rasional Di Sebalik Pembatalan Mesyuarat KPF
FELDA: Najib Pengaruhi Hakim?
Najib Akan Lancar Iktiraf Ahad Depan
Bina Pusat Kesihatan Di FELDA Lembah Klau
Durian Runtuh Kepada 112,000 Peneroka Diumum Hari Ini
Durian Runtuh - Balasan Kecemerlangan Felda

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • http://twitter.com/MeiYen306 Mei Yen

    Baguslah tu!^^

  • http://www.facebook.com/dama.amore1 Khairul Naim Saedin

    felda mmg terbaik seantero dunia

G1M

Review http://mynewshub.my on alexa.com