- Malaysia Hotel: Tempah Hotel di Jom.com.my untuk Menikmati Kadar Diskaun Online
- Kekalkan Keseimbangan Aura agar Elemen Positiviti Melingkari Kehidupan Anda.
- Pendaftaran Badal Haji 1433 / Tahun Masihi 2012 DIBUKA SEKARANG!
- ++ALAT SENAMAN LELAKI DI BILIK MANDI++
- [ BISNES ] - Agen e-Reload 1 Malaysia diperlukan
Sudah dua penggal Timbalan Presiden PAS, Salahuddin Ayub menjadi Ahli Parlimen bagi kawasan Kubang Kerian, Kelantan.
Kalau lebih satu penggal menang, maka isyarat jelas ialah pengundi kawasan itu senang dengan beliau dan kemungkinan besar masih mahukan beliau.
Namun, tiba-tiba muncul cerita yang beliau akan dipindahkan ke kerusi lain.
Perkara itu disahkan Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali.
“Nak dikatakan khabar angin, tidak khabar angin juga, namun belum lagi muktamad. Dari segi bertanding kawasan mana, ia akan ditentukan kemudian,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada majlis perkahwinan anak Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu di sini, semalam.
Khabarnya beliau akan dibawa bertanding ke Johor.
Semua orang tahu Johor adalah antara kubu terkuat UMNO di semenanjung.
Untuk pergi bertarung di kubu kuat UMNO, kenalah seorang yang benar-benar hebat.
Apakah PAS dan Pakatan Rakyat sudah terlalu yakin dengan kemampuan diri sehingga calon-calon yang sudah sebati dengan parti ingin diperjudikan nasib mereka untuk pilihan raya umum akan datang?
Atau ini satu lagi pergerakan dalam PAS untuk menjatuhkan pemimpin-pemimpin yang bukan pro-Anwar sepenuhnya?
Masyarakat sudah melihat apa yang berlaku kepada Datuk Dr Hassan Ali.
Nasharuddin Mat Isa pun semakin hilang dari parti berkenaan.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak pun berada dalam tekanan yang sangat hebat ketika ini.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pun kelihatan semakin rapuh sehingga baru ini beliau mengeluarkan kenyataan tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.
Walaupun kenyataan itu sudah ditarik balik, namun secara jelas memperlihatkan ada sesuatu yang tidak kena dalam parti berkenaan.
Apakah pula nasib Datuk Dr Haron Din? Masa akan menentukan.
Melihat semua ini, kita harus berbalik dan bertanya mengapa Salahuddin Ayub hendak ditukar kerusi beliau? Jika benar secara tiba-tiba hendak dibawa ke Johor, maka jelaslah beliau adalah mangsa seterusnya kepada kumpulan pro-Anwar.
Oleh: AK-47
Iklan Teks:


