Thursday, May 17, 2012


Slogan Culik Pada Baju Bayi Timbulkan Kemarahan

    February 4, 2012

16 Comments


London – Sekumpulan ibu bapa di Britain bersepakat untuk memboikot baju bayi yang dikeluarkan oleh sebuah pengeluar baju terkenal di negara itu, Morrison susulan slogan yang tertulis pada baju berkenaan.

Slogan bertulis `Tolong, Saya diculik, mereka bukan ibu bapa saya’ pada baju berharga £9.99 itu telah mencetuskan rasa tidak puas hati golongan ibu bapa.

Walaupun syarikat itu menjelaskan baju berkenaan berkonsepkan funky namun ia tidak diterima oleh orang ramai kerana perbuatan culik bukan bahan gurauan.

Salah seorang ibu yang sedang mengandung, Hannah Kellye berkata, syarikat berkenaan sepatutnya lebih peka dengan situasi semasa.

“Mereka ternyata tidak bertanggungjawab,” katanya dalam nada marah.

Manakala seorang ahli kebajikan Ibu bapa dan Kanak-kanak, Lady Catherine Meyer pula menyifatkan perkara tersbeut sebagai sesuatu yang serius.

Produk berkenaan yang turut dijual melalui laman web juga menerima pelbagai kecaman orang ramai.

Berikutan itu, sebuah syarikat menjual pakaian bayi, Kiddicare yang turut menjual baju berkenaan, telah menarik balik jualannya namun ia menyifatkan tiada kesalahan dilakukannya ketika menjual baju tersebut.

Bagaimanapun item yang sama yang bertulis slogan `Tolong, saya diculik dan saya tidak boleh bercakap’ telah ditawarkan melalui jualan dalam talian di laman web Amazon.

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

38 Bayi Hari Malaysia 2011 Dilahirkan
3 Lagi Tempat Khas Perlindungan Bayi
JKM Kedah Cari Waris Bayi Lelaki
Mayat Bayi Comel Dan Sempurna Dalam Kotak!
Ibu Potong Kemaluan Bayi Lelaki
Wanita Lemaskan Anak Sendiri Kerana Benci
Bayi 2 Minggu Ditinggalkan Di Masjid
Simpan Mayat Bayi Dalam Peti Dingin Beku 5 Tahun
Bayi Malang Maut Selepas Didera Bapa
Polis Temui Seorang Lagi Bayi Dijual Sindiket
Bayi 2 Bulan Jadi Mangsa Anjing Peliharaan Keluarga
Bayi Kembar Tiga IVF Dilahirkan Di HRPB
Bayi Diselamat Sebelum Dibaham Anjing
Anak Berusia 18 Bulan Sudah Obesiti
Pesakit Mental Lahirkan Anak Di Tepi Jalan

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
  • http://www.facebook.com/people/Aizat-Safwan-Amir/100000456166480 Aizat Safwan Amir

    rambut sama hitam,hati lain2…lain org lain pandangan…

    bagi saya,,mmg agak funky cuma guranuan yg keras  d situ :D

  • http://www.facebook.com/aifbac Farid N Camax

    bhaye gak aku rasa..ptt dibantah pon…

  • s.A.S

    mmg bju tu ok..tp buatnya bdk tu knl culik tol2..? habis~

  • http://www.facebook.com/muiz0601 Mu’iz Abd

    gurauan keras..haha

  • Audrey

    motif?

  • http://www.facebook.com/people/Alia-Najwa/1568931568 Alia Najwa

    haihh kreatif xbertmpt..

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=1402560171 Ef Garfield

    tapi kelakar

  • Roycheen

    guraun maut

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=632803804 Salawati Hussein

    aptb… funky sgt ke? x mcm pun.

  • http://www.facebook.com/cayataro Nur Cahaya

    gilo ape?

  • http://www.facebook.com/people/Zarakhi-Hafiz/100000181316446 Zarakhi Hafiz

    macam2 style.. sampai jd kontroversi..

  • http://www.facebook.com/people/Izzatunnazmi-Syazwan-Abd-Aziz/675053253 Izzatunnazmi Syazwan Abd Aziz

    nak funky pun biar berpada..

  • awin

    apa la tulis mcm tu… tak sesuai la.. guna otak la skit…

  • wafa

    macam la, tak da perkataan lain nak letak..

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=1659176254 Alif Aiman

    Banyak lagi perkataan yg boleh guna –”

  • http://www.facebook.com/people/Akid-Zulqarnain/100002278223203 Akid Zulqarnain

    kreatif yg tak sesuai… hmm…

    -bapaknya Akid-

G1M

Review http://mynewshub.my on alexa.com