- Malaysia Hotel: Tempah Hotel di Jom.com.my untuk Menikmati Kadar Diskaun Online
- Kekalkan Keseimbangan Aura agar Elemen Positiviti Melingkari Kehidupan Anda.
- Pendaftaran Badal Haji 1433 / Tahun Masihi 2012 DIBUKA SEKARANG!
- ++ALAT SENAMAN LELAKI DI BILIK MANDI++
- [ BISNES ] - Agen e-Reload 1 Malaysia diperlukan
BANGI – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menempatkan empat mesin pengimbas yang menggunakan sistem gelombang dan suhu badan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam usaha mencegah aktiviti penyeludupan dadah ke negara ini.
Pengarah Bahagian Perancangan Korporat Kastam, Datuk Chik Omar Chik Lim berkata, mesin pengimbas “ThruVision” bernilai RM4 juta dari United Kingdom itu akan ditempatkan di laluan penumpang di terminal utama KLIA.
Mesin pengimbas itu kini dalam proses diuji dan jika terbukti berkesan akan turut ditempatkan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) dan kemudiannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Kota Kinabalu dan Kuching, katanya pada sidang akhbar mengenai prestasi pungutan hasil JKDM di sini hari ini.
Katanya, pada tahun lepas, kes dadah telah menunjukkan peningkatan yang ketara iaitu sebanyak 92 kes dengan nilai rampasan RM183.78 juta berbanding 74 kes dengan nilai rampasan sebanyak RM44.45 juta pada tahun sebelumnya.
Chik Omar berkata, JKDM akan melaksanakan penggunaan hanya satu laluan khas bagi pemeriksaan penumpang di KLIA yang dijangka bermula Mac ini dan menurutnya langkah itu telah mendapat kelulusan Ketua Setiausaha Negara. – BERNAMA
Iklan Teks:


